Friday, September 26, 2008

kawan-kawan


komen rakan-rakan sekelasku mengenai diriku:

  1. anda memang suka memotivasikan orang. tapi, kadang2 kita kena pilih teknik yg betul. lain orang, lain caranya.
  2. saya rasa kamu baik, pandai, suka menolong kawan dan sangat berterus terang. harap kamu dapat lebih menjaga hati kawan anda kerana ramai yang sudah terluka.
  3. miss bubbly~~
  4. bertekad menghadapi cabaran yang menghalang.
  5. erni comel, rajin, so smart, and so sarcastically funny
  6. you look all tough and garang on the outside but you're actually sweet and friendly once i got to know you
  7. always being positive, but sometimes you are fighting with yourself. and times, you tend to be cynical,but i can accept that, as long as it doesn't cross the border
  8. erni dah berubah! tp still maintain...
  9. brutal, gangster...ckp macam nak gado...tp sgt rajin dan berdisiplin
  10. pandai dan rajin  berusaha, tak takut mengeluarkan pandangan, lantang bersuara, tp seorang yang praktikal dan tak pernah mengikut emosi
  11. you are a good leader, but sometimes maybe awk macam bossy sangat..and kena consider jugak masalah orang lain and others opinion...and maybe awak kena perbaiki sikit cara awak berkomunikasi dgn orang...macam lebih lembut la...jgn terlalu brutal...
  12. sy rasa panggilan bos banyak mempengaruhi anda. kadang2 terlebih confident kot...
  13. kdg2 kata2 ko cam "pedas" sangat...kurangkan rempah, tambahkan gula!
  14. mak aku selalu cakap...tulah apa yang aku ingat pasal kau...erni yang aku kenal--rajin kot, sebab selalu je siapkan math. kumpulan matahari ko dah menyinar terang la. teruskan berusaha untuk semua.
  15. erni-kawan yang baik, suka gelak, kelakar, kdg2 memahami, a good listener...memang straightforward...overall, u r a good fren and i'm glad, sebab sekarang ni ko dah pandai control amarah ko...
  16. your mind is matured even though your personality isn't like that..you always think out of the box...
  17. smart and has intelligent point of views, kadang2 menakutkan...

17 komen berbeza tentang diri ini daripada 17 manusia berbeza yang belajar dalam kelas yang sama di sebuah kolej yang sama. ada komen yang membina, ada komen yang agak terkesan di hati... terutamanya part yang "kamu dapat lebih menjaga hati kawan anda kerana ramai yang sudah terluka". Ramai ke? Ramai kot...Manelah aku tahu, hati orang. Di luar nampak biasa, tapi dalam, hanya Allah yang tahu...

tak sangka kertas-kertas kecil begitu dah mampu buatkan aku mengalirkan air mata...bukan sebab kecewa, terluka atau terasa, bukan juga sebab hormon terlebih dan emo tak tentu pasal. tapi sebab hanya mereka yang betul2 care dan menyayangi saja yang dapat memberi komen yang datangnya tulus ikhlas dari hati. kalau nak diikutkan, boleh je salah sorang daripada 18 orang budak kelas N tu tak bagi cooperation dan tak take part dalam benda ni. tapi semua ok, dan semua berusaha untuk keluarkan kata2 yang datang dari hati demi classmates yang lain. 

garang?menakutkan? tak kisah... yang penting hanya kawan yang betul2 kawan je yang akan sedar yang there is more than it seems to be. bak kata nana (lebih kurang macam ni la ayatnya) "i am proud 2 have fwen like u guyz... sbb...the things that matter is when ur fwen xbtau pe yg die suppose to tell..bile kite btau kekurgn atau kelemahn yg de kt diri die..doesnt mean that kite xsyg kwn kite kn??? like u said..people dont know one's attention..and dat makes things so special..supaye hanye org2 yg btl2 hayati je bleyh tau pe mkne tsirat disebalik surat2 tuh.klo xsilap..de ayat dlm quran..beruntunglah org2 yg mengetahui..."

ya..kata2 pendek daripada 17 org tu boleh buat aku muhasabah diri...masih banyak kekurangan diri ini...bak kata wan, "little things, big effects". dia cakap lagi (sorry wan, ak quote ko) " anda sinis, erni.. anda rasa begitu?n benda ni efek orang..ada positif ada negatif..bg ku.. make sure ap yg jd, biar bermakna..after effect tu..we can't control the outcome..tp what comes before it kita bole kan?orang x tau pe kita nk buat...kita makhluk sosial..so, x ble nk elak dr berinteraksi..bila interaksi, akan berlaku kesan"

betul juga ya kata2 kawan2 aku ni... irp group member yang baik... yang pasti, kita perlukan kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar...bukan kawan-kawan yang mampu merosakkan kita..aku bersyukur kerana aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik...yang kurang baik tu, kita baiki sama...

teringat perbualan dengan izzi dan mimi di Cambodia...

izzi: "erni, ko selalu cerita pasal classmate ko kan? aku selalu dengar pasal perkara tu la, perkara ni la..."

mimi: "haah, dia selalu cerita dengan gembira..."

izzi: "ko mesti sayang gle kat classmate ko kan?"

erni:"mestilah!"

aku sedar satu perkara: 

aku SAYANG semua classmate aku!!!

thanks everyone!

Thursday, September 25, 2008

tatkala malam bulan mengambang










dah pukul 1 pagi.. malam ni pun sebenarnya takde bulan...dah nak raya..dah nak muncul anak bulan... tengah2 check out blog org len, tbe....




"kak uda, jom p jalan TAR...cari baju raya..."




biar betul abang aku nih.. pukul 1 pagi?




"kak long, serius ke nak p cr baju raye ni? time2 camni? kedai bukak lagi ke?




"SERIUS..."




hoho.....nak ikut ke tak? malas nye..siang tadi dah jalan 1 hari... rase cam nak dok umah bace buku tOk je....




"jom la. nak x? ble lagi nak pilih baju raye?"




"ala, baju yg beli kat cambodia tu dah ade dah...malasnyer.....tapi..."




fikir punya fikir punya fikir...akhirnya...




"ok lah, jap ek, p siap dulu"




hoho! pegi jugak!




jam waktu tu dah pukul 1.15. jalan di kawasan kl agak lengang. tapi, bila sampai di kawasan jalan TAR, kelihatan agak ramai manusia berduyun-duyun membeli barangan sempena hari raya..




orang KL tak tido ke?




jalan-jalan beli baju raya memangla best, sebab dapat baju baru, tapi agak bosan dan mengantuk, terutamanya kalau berjalan dengan akak-akakku yang nak bargain punyalah lama dan tak dengar lawak bodohku. kalau jalan ngan kawan2, dorang layan je lawak2 bodoh 2, tapi akak-akak ni fokus je...mungkin lepas penat bekerja di siang hari.. pagi esok kena kerja lagi...so ape lagi, tengok orang jela kerja...




ade orang yang bersungguh-sungguh promote baju, ade lelaki 2 sanggup pakai baju kurung dan tudung semata2 nak promote baju nye...ade pak cik tu, nak yakin kan orang dengan produknya, tapi kurang meyakinkan.. ade yang bergurau senda, bergelak ketawa, dan macam-macam lagi...




saat itu, aku sedar....




aku sama je macam mereka... membazirkan ramadhan semata-mata kerana raya.. raya yang cuma sehari...raya yang tak bermakna kalau kita menghayati ramadhan betul2. sepatutnya semakin berakhirnya ramadhan semakin kita sedih..




kan bagus kalau instead of pegi shopping baju raya, kita solat sunat ke, tadarus ke....




aku sama je macam mereka....




tiada bezanya...



macamana nak laksanakan tanggungjawab?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
Allah, please help me....



apakah?


drpd light.sun.shine ke a.p.a.k.a.h...kenapa yek? apa yg membuatkan aku menukar name blogku? ak pon tatau...yg pastinya....nak tukar semuanya...

nak jadi seorang yang baru...nak berubah jadi baik...

rasanya nak jadikan ramadhan ni sebagai starting point yang baru...walaupun ramadhan hampir berakhir...tapi tak kisah la... nak tukar semuanya...sampai layout blog pun nak tukar...

sekarang ni hidup aku dah ada misi yang lebih besar daripada misi-misi besar sebelum ni...harap-harap dapat pertolongan untuk misi yang paling besar ni...

hidup ni bukan lama...sekejap je...dan kita tak tahu kita mati bila..banyak lagi perkara yang belum selesai...

adakah kata-kata mengundang binasa?


Lately i got the feeling that i'm being too B.O.S.S.Y.

One of my classmates commented on being bossy and not considering other people's problems when i give orders. yes, i am a leader and i have to give orders, but there are times when i am over the top, i think. maybe that's how my friends thought about me. when i am in a group, i found that i like to give orders to people. i don't like any work to be done at the last minute and in the end we can't do any work done.

i like to say anything straighforwardly and cynically and some of my friends are already hurt by what i said. seriuosly, i thought that nobody will get hurt anymore because that's who i am... i am like this since i was little...

mungkin ramai orang yang akan terasa dengan cara percakapan aku yang agak selamba dan kurang berfikir...bukan tak berfikir langsung, tapi aku rasa honesty is the best policy...kan kita belajar kat sekolah rendah... daripada apa yang aku perasan, perkara pertama yang kuar daripada mulut orang tu adalah ape yang terpendam di hatinya. yang betul2 dorang nak cakap tapi tak sampai hati or tak berani...

contoh:

A dan B tengah sembang2 kosong.....

A: pe la ko ni...cakap tak cover langsung...

B: biar la. ko lagi la, cakap dalam kelas kuat gle...cam gedik pulak...

A: pe? ko kutuk aku ek?

B: takde la...aku main2 je...lawak je kot..jgn terasa...

sebenarnya B maksudkan ape yang nak dicakapnya tadi...

tapi dia nak simpan dalam hati je, cuma terlepas cakap...

kesimpulannya di sini, menjaga kata-kata amatlah penting...

tapi, kita tak boleh selalu nak terasa je dengan kata-kata orang...mungkin orang tu berniat baik...tak bolehke kita nak bersangka baik dengan orang? susah sangat ke? kalau kita tengok perkara dari sudut negatif, maka negatiflah kita.. 

Rasulullah ada bersabda, orang yang banyak kata-kata tu banyak ruginya, something...tak berapa nak ingat... tapi pointnyer, orang yang bercakap kosong amatlah merugikan diri sendiri...sebab tu la kita kena bercakap yang bermanfaat saja...

reminder untuk diri ini dan orang lain...

Berakhirnya...

Ramadhan tinggal 5 hari saja lagi...

Tapi, sepanjang 25 hari ini, adakah aku telah memanfaatkannya dengan sebaiknya?

Sedih...

Friday, September 12, 2008

bersama rakan


masa bersama rakan-rakan merupakan waktu yang sangat gembira...

bila kita bersama-sama dengan orang lain, kita akan cuba mencari persamaan dengan orang itu. bila kita jumpa persamaan dengan mereka, kita akan habiskan masa bersama-sama dengan gembira...

semalam kami satu kelas pergi berbuka puasa di Alamanda!!!

best sebab dapat bersama-sama dengan rakan2...

walaupun sekejap, tapi mesej yang kami dapat amat bermakna:

"STAY FAMILY-M07N"


Sunday, September 7, 2008

TERBAIK!!!

minggu ni memang TERBAIK!!!!

EE dan product checking IA...

report Sehati Serumpun...

So, silent mode for a while...

Saturday, September 6, 2008

ayah dan mak saya kata....

ayah dan ibu, 

ayah dan ibu, 

itulah permulaan kami...

dapat mengenal bulan dan matahari...

tiba-tiba terasa rindu pada ayah dan ibu di mersing, johor... 

rasa macam dah lama tak jumpa mereka... kali terakhir, waktu cuti sem bulan 6... tu pun seminggu je...

tapi, bak kata ayah, " takpelah, kita pergi jauh-jauh nak belajar... takkan nak berada di tempat yang sama je, takde kemajuan..."

betul juga ya....

apa ertinya bila kita sanggup travel jauh-jauh, merentasi benua, semata-mata nak menuntut ilmu? semua tu perlukan pengorbanan yang tinggi... tak semua orang sanggup tinggalkan kampung halaman, ibu bapa, keluarga ke tempat yang asing sebab nak belajar...

ayah aku kata, orang macam tu tak sanggup nak berkorban demi kemajuan dirinya, dia cuma nak hidup dalam keselesaan tanpa perlu merasai bagaimana kebergantungan kepada dirinya sendiri tanpa pertolongan ibu bapa.. dan menguji kebergantungan mutlak kepada Allah (bak kata kak usrahku)...

ayah aku kata lagi, " takpelah, kalau matlamat kita nak pergi jauh-jauh sebab nak membuka mata, dan belajar sesuatu yang tak semua orang boleh rasai, tak ape kalau kita nak merentas benua sekalipun..."

mak aku pulak kata, " belajar tu tak semestinya pergi sekolah, masuk uni... tapi bila kita dah besar dan perlu fikir pasal orang lain, terutamanya keluarga, lagi banyak yang kita belajar..."

bila rasa sedih atau banyak masalah, kita selalu rujuk mak ayah kita. memang, kata-kata mereka comforting... bila kita sakit, kita bagitau mereka, sebab mereka mampu mengeluarkan kata-kata yang boleh hilangkan kesakitan... 

tapi...

bagi aku, cuma perkara gembira je yang kita boleh cakap kat mak ayah, sebab mereka boleh lipatgandakan gembira itu, happy sama-sama kita....

bila ada masalah, kalau kita bagi tau mereka, mereka akan fikirkan masalah kita tu... cukuplah masalah diorang... tak payah serabutkan minda mereka... kita dah besar, kita kena selesaikan sendiri....

minggu lepas, aku demam hampir seminggu, demam biasa je, tapi entah mengapa, aku bagi tau mereka yang aku sakit, dengan harapan nak dengar suara comforting mereka, mungkin sebab dah lama tak jumpa...

dan sebab tu, diorang risau kan aku... mesti la, ibu bapa akan risaukan anak, tapi... 

mungkin sebab aku tak suka mereka risau sebab aku, aku tak nak mereka ada perasaan lain selain gembira bila mereka ingatkan aku... 

tak suka susahkan orang...

biar aku je yang risau pasal mereka, aku tak nak mereka risau pasal aku...

tapi bila fikir2 balik, doa ibu bapa terhadap anak-anak adalah paling baik... mereka boleh doakan kesihatan aku.... mungkin dengan memberi tahu mereka masalah aku, mereka boleh doakan aku... 

tapi, hati ini tetap rasa semacam bila fikir bahawa mereka terpaksa risau pasal aku... mungkin, bila mereka tengah makan, mereka ingat pasal aku, dah makan ke belum... hilang kegembiraan mereka hari tu....

walau apa pun yang terjadi, bukankah Allah tempat bergantung yang paling mutlak?

Hanya Allah tempat kita memohon perlindungan...

Friday, September 5, 2008

about others

bila kita di hadapan, kita selalu lupa bahawa ada orang di belakang yang mengejar kita.

bila kita di belakang, kita tak mahu ikut orang di hadapan, kerana kita yakin kita mampu memintas, padahal mereka terlalu jauh di hadapan yang hampir mustahil kita kejar.

bila kita di tengah-tengah, kita tak mahu ke depan, dan tak mahu ke belakang, hanya berselindung di "comfort zone" dengan nilai usaha yang sedikit...

jadi solutionnya? kita perlu jalan bersama-sama....memimpin tangan mereka yang hampir tertinggal, bagi yg terlalu ke depan, jalanlah perlahan-lahan...

apakah significant kata2 di atas?

fikirlah sendiri..

STOP BEING SELFISH...

HELPING OTHERS IS AN ACT OF HELPING YOUR OWN SELF....