Friday, October 10, 2008

KEMAAFAN

Topic yang sering kali hangat dibicarakan semasa musim hari raya aidilfitri. Tapi, kemaafan bukan setakat di hari raya saja. Mulut kata maafkan, dalam hati geram. Selalu sahaja perkara bergini berlaku. Jadi saya ingin mendedikasikan entry kali ini kepada seorang, atau dua, atau tiga, atau empat, atau banyak, rakan saya. Kepada orang itu, kalau ada rasa, maka awaklah orang yang saya tujukan itu.

Kata-kata ini lahir daripada hati saya.

Saya memang suka menyindir.

Saya memang suka berkias.

Saya memang sinis.

Kadang-kadang, kalau saya buka mulut, ramai orang yang akan terasa.

Kadang-kadang saya memang berniat nak buat orang terasa dengan harapan mereka akan berfikir. Ya, kita kena mengingatkan, tapi mungkin ada orang akan argue tak kena caranya. Tapi kadang-kadang cara itu berkesan. Ada orang bagi tahu saya, kalau mereka terasa dengan saya, terutama dalam konteks tak buat kerja, mereka akan segera berfikir sendiri dan ambil yang positif.

Kadang-kadang saya memang tak sengaja. Saya nak cakap dengan lemah lembut dan kadang-kadang sindiran itu tidak perlu pun, tapi ada masanya akan terlepas begitu saja. Jadi, saya minta maaf ya.

Maafkan saya.

Dan kalau rasa saya melampau, cakap kat saya: “Erni, anda melampau!”.

Kalau saya melampau. Bukan anda yang melampau.

2 comments:

Anonymous said...

salam alaik...

good! because u know who u r..
mu'atabah dan muhasabah diri sendiri..

untuk erni, pada pendapat saya apabila anda tahu yang anda org sedemikian mngkin anda patut cuba mengubahnya sedikit demi sedikit...bukan demi sesiapa tetapi demi Allah dan Islam..

untuk menegur atau mengingatkan kadang2 tidak memerlukan kata-kata yang sinis atau lembut. mungkin dengan perbuatan kita sendiri sudah mampu untuk menyentuh hati manusia.

dan mungkin anda perlu berhati-hati dengan kata-kata anda supaya tidak terlepas..sebab yang mendengar mungkin tersenyum tetapi hakikat hati mereka yang terasa atau tidak itu hanya Dia sahaja yang tahu..

dan kita tidak mahu mereka terasa dengan kata-kata kita kan? sebab itu mungkin akan merosakkan ukhuwah antara kita dengan mereka...

jadi jagalah kata-kata anda...dan ya, saya maafkan anda!

selagi hati hamba Allah ini masih bernyawa akan cuba untuk terus memberi...

Anonymous said...

stakat ni.. ku agak berpegang ngan apa yang ku kata aa..
keterasaan itu bagus andai utk menegur..
kerna dengan terasa itu bermakna ada lah kena kat mana2.. kiranya tak tersasar lah..
tp, mungkin bak kata anonymous, jgn sampai merosakkan ukhuwwah..
papehal.. ku jua seperti kamoo...
mulut maken main lepas..
maaf jualah dari sini..
anyways, cam ku ckp.. ku x terasa sangat pon ngn ko.. siyes,.
sbb ku pnah rasa lg "best".. n slalu lak tu...