Wednesday, November 12, 2008

makin jauh

jauh sekali kurasakan dengannya..
dah lama tak balik kampung...
di kampunglah aku kenal semua ini.
di kampunglah aku bertemu dengannya...

dia mendengar segala kata hati aku
yang gembira, yang sedih lagi mengecewakan.
dia dengar semuanya.
sebelum aku pergi, dia hadiahkan aku sesuatu...
sesuatu yang amat berharga, yang tak dapat ditukarganti dengan yang lain.
sesuatu yang mampu buat aku menangis tatkala aku sedih
dan membuat aku senyum tatkala aku gembira...

kini aku rasa aku makin jauh darinya.
aku hanyut dalam dunia aku sendiri
aku lebih pentingkan orang lain daripadanya
aku lebih pentingkan diri sendiri.
aku cintakan diriku lebih daripadanya.
aku seorang yang pentingkan diri.
aku jahat.
aku memang tak sayang dia.

aku memang tak sayang dia.
sedangkan dia sayangkan aku.
aku lawan cakap dia.
aku tak nak ikut apa yang dia suruh.
sedangkan, aku tahu, itulah yang terbaik untukku.

aku dah jauh daripadanya.
sedangkan orang lain berlari lari untuk dekat dengannya.
aku tak mampu nak kejar
aku tak mampu nak kejar.
aku tertinggal di belakang.
aku makin jauh.
hanya tangisan dan ratapan pilu bersimpul di dadaku.
sedangkan bayangannya makin lama makin hilang.

aku takut.
kalau-kalau aku akan kehilangannya
terus.

hatiku akan gelap.
pandanganku akan kabur.
hidupku seperti tanpa arah tuju.

1 comment:

ana_khadijah said...

xde istilah x mampu erni...
sebab mampu xmampu tue pilihan di tgn kte..so kena usaha n tanpa henti mengejar Dia..
kerana yg diukur adalah usaha ko..
dan stp ujian yg ko lalui nanti adalah ujian yg ko mampu tempuh..
n sama ader ku psycho atau x?
ku bwk ko sama2 dlm jln nie sebab ukhuwah yg ku nak bina ialah atas dasr Islam yg sama2 menuju redha Allah dan mengejar cintaNya..

you heard me, CINTA ALLAH...
insya ALLAH kite sm2 berjaya