Saturday, December 13, 2008

saya tak suka dia

saya tak suka dia.
dia selalu buat saya marah.
dia selalu buat saya hilang sabar.
dia selalu buat saya rasa macam nak belasah orang.

saya tak suka dia.
dia selalu gunakan tangisannya sebagai senjata.
dia selalu membuatkan orang rasa simpati kepadanya.
dia selalu membuatkan orang rasa bersalah terhadapnya.

saya tak suka dia.
dia selalu mengejek saya.
dia selalu membuat muka kat saya.
dia suka rosakkan barang saya.

tapi, jauh di sudut hati saya,
mungkin saya sayang dia.
mungkin saya akan menangis kalau dia tak ada.
mungkin saya akan menyesal saya buat dia macam tu dan macam ni.

tapi,
tak mungkin saya akan katakannya di depan muka dia.
sebab saya yakin dia pun tak akan ucapkannya kepada saya.
bukan kata sayang, saya tak pernah pun mintak maaf kat dia.
jauh sekali dia nak mintak maaf kat saya.

saya tak patut cakap saya tak suka dia.
saya tahu.
tapi, apa yang boleh saya buat.
bukan salah saya dia jadi begitu.

mungkin salah saya juga.
mungkin saya tak patut layan dia begitu.
tapi dia pun layan saya begitu.
mungkin saya patut mengalah dengan dia.
tapi dia tak pernah mengalah dengan saya.

mungkin saya yang patut mulakannya.
mungkin saya yang perlu minta maaf kat dia.
tapi saya tak tahu bagaimana nak lakukannya.
mungkin saya ego.
dia pun ego juga.
egois semuanya.

kadang-kadang saya rasa bersalah juga.
biasanya perkara kecil dibesar-besarkan.
inilah yang dikatakan making a mountain out of a molehill.
mungkin berpunca daripada saya.
mungkin juga daripada dia.
seolah-olah macam saya begitu bencikan dia.
tapi saya tak benci dia.
mungkin dia yang benci saya.
hurm, siapa tahu...

tapi masih ada secebis rasa kasih padanya.
after all, dia darah daging saya.
tapi terlalu meluat mengatakannya.
kerana apa?
mungkin saya yang bermasalah.
bukan dia.

2 comments:

Anonymous said...

"Dia" adalah cermin.. iaitu cermin for urself.. maybe selama ni, nti x sedar yg nti adalah org yg nti xnak jadi dan benci.. dengan adanya cermin, ia dpt membantu kita berubah...

PS: Nti patut lebih brsyukur sbb nti ada dia.. ana tiada dia, perlu usaha lebih dan cari cermin sendiri...

teh bunga chrysanthemum said...

hrmm...mungkin juga cermin kepada diri..
mungkin diri ini tak pernah nak sedar..
mungkin sy spt yg dikatakan..
seorg yg mempunyai sikap yg dibenci diri sendiri..
ni betul2 muhasabah diri ni..
harap dpt berubah..
insyaAllah