Friday, August 29, 2008

REZEKI ITU DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK…

Dalam kesempitan wang dan berada dalam situasi kewangan yang agak genting, air mata ini hampir mengalir mengenangkan ketiadaan wang yang cukup untuk membayar pelbagai tuntutan sekolah dan komitmen lain. Tambahan pula baru-baru ini aku telah menghilangkan kamera orang. Not my fault entirely, but somehow I felt entitled to bear some of the guilt to take responsibility of the matter. Terkenang nasib kanak-kanak dan orang-orang Kampong Cham, Cambodia di mana mereka terpaksa berpuasa, mengemis kerana kekurangan wang untuk membeli makanan. Alangkah bersyukurnya kita di Malaysia yang cukup makan, ada tempat belajar yang selesa, tapi tak pernah menyatakan syukur. Kita mengaku kita bersyukur, tapi sebenarnya kita cuma hipokrit. Walaupun hutang berlambak, tapi kita masih ada sumber untuk makan, belajar, surau dan masjid di Malaysia pun cantik… ada yang dibuat daripada Kristal, besi, konkrit, macam-macam. Tapi sayang, waktu solat Jumaat je penuh. Waktu lain, hambar. Ini bukan kritikan, tapi pernyataan hakikat… 

 Berbalik kepada masalah kewangan tadi, kawanku yang baik, Ijah ada berkata: rezeki yang Allah bagi ada kat mana-mana aje. Kadang-kadang kita tak sedar pun. Walaupun nampak remeh, tapi rezeki Allah tak disangka-sangka. Mungkin kita miskin dari segi harta, tapi dari segi budi, dari segi nilai-nilai humanity, kita kaya. Ramai je orang yang miskin harta tapi ketaqwaanNya mengatasi orang lain. 

 Dunia ini hanyalah penjara bagi orang-orang mukmin… kesenangan dunia tak penting, yang penting ialah akhirat yang kekal abadi. Aku sendiri tak sedar kadang-kadang yang aku tak bersyukur dengan rezeki yang ada. Mungkin duit tak banyak, tapi Allah telah mengurniakan akal yang mungkin lebih peka dan sharp daripada sesetengah orang lain. Sometimes I forget that there must be something special within me that no one else has. Apa yang aku boleh lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan kejayaan yang aku dapat mampu mengubah nasib keluarga dan matlamat hidup aku supaya segala yang aku dapat nanti mampu membalas balik apa yang orang lain dah bagi. Adik beradik, ibu bapa, each of them have sacrificed for me. Sacrifice for other people, that’s what I need to do. My mother always said that we must always put others before ourselves. Selfishness must never cross our mind. 

 Kita berusaha untuk membalas jasa orang yang telah berjasa kepada kita. Sebagai tanda penghargaan… Allah pemberi rezeki kepada kita, dan kita perlu bersyukur kepadaNya. Bersyukur? Bukan sekadar mengucapkan “aku bersyukur” tapi perlu juga memanfaatkan rezeki/nikmat ke tahap yang maksimum. Penyalahgunaannya menandakan kita tidak berterima kasih.

Sunday, August 24, 2008

KUDA ITU

Maka dia berkata, “Sesungguhnya aku menyukai segala yang baik (kuda), yang membuat aku kesibukan dari mengingati (kekuasaan) Tuhanku, sampai matahari terbenam.” (Surah Sad: 32)

Dalam surah ini ada cerita mengenai Nabi Sulaiman yang begitu sukakan kuda dan disebabkan dia terlalu suka kuda tu dan terlalu fikir, dia terlupa nak ingat Allah, sampailah kuda tu hilang. Matahari terbenam kat sini memberitahu perihal keadaan kuda dia yang hilang lesap lepas matahari terbenam. Kuda itu adalah simbolik. Kenapa kuda? Kenapa matahari terbenam? Begitu tersiratnya ayat al-Quran dan hanya orang yang berfikir dapat tahu maksud sebenar ayat al-Quran. Tapi, walaupun on the surface je, kita mampu tersentuh dengan ayat yang begitu pendek, tapi maksudnya…meresap dalam jiwa. Kadang-kadang kita sangat busy, fikir tu, fikir ni, fikir benda2 yang tak sepatutnya, habiskan masa macam tu je, tak wat pape… tapi tak pernah kita sedar yang actions macam tu boleh melalaikan kita.

Ayat ni macam sangat memberi impak kat aku. Ceritanya macam ni, hari tu macam sangat risau, risau dengan macam2 mende yang tak setel lagi. Fikir benda2 yang dirasakan penting…tapi, last2 hari tu dihabiskan dengan tengok cerita je. Tak de inisiatif pun nak siapkan homework ke, EE ke, IA ke… Kenapa pergi tengok cerita? Kenapa tak baca buku yang berfaedah ke, baca paper ke.. Dah la cerita Gossip Girl…Lagi lah….

Dipendekkan cerita, kadang2 kita terlupa priority kita di mana. Sesetengah orang (seperti aku) suka meletakkan keseronokan melebihi kepentingan yang lebih bermanfaat, padahal keseronokan tu tak boleh bawa ke mana2 pun. Dapat dosa lagi adalah. Kita tahu hakikat ini, tapi kita terus hanyut, ikut segala yang dimahukan. Kemahuan kita selalu melebihi segala-galanya…

Saturday, August 9, 2008

kerisauan

tak pernah rasa sebegini...
kerisauan yang amat...
tak tahu macamana nak hilangkannya...
mungkin ada penyelesaian tapi camne ek?
kenapa rasa macam ni?
adakah sebab usaha yang tak cukup?
atau adakah terlalu memikirkan perkara lain yang tak sepatutnya?
adakah kerana terlalu banyak rungutan?
adakah aku telah merungut?
tak cukup ke usaha aku?
persoalan yang tiada jawapan..
mungkin ada, tapi perlu dicari...