Monday, January 26, 2009

gerhana=eclipse


sekarang pukul 6 ptg. sepatutnya masih cerah lg. tapi, cuaca sedikit redup, walaupun tiada awan hujan kelihatan. gerhana sedang berlaku. walaupun bukan gerhana penuh, namun bayang-bayang bulan tetap dapat dilihat. mulanya tengok secara direct, punyalah sakit mata. confirmla tak nampak. lupa pulak tak boleh tengok direct. kena la pakai sunglasses yg tebal ataupun pakai filem gambar je. walaupun berlapis-lapis, namun tetap sakit mata. panahan cahaya matahari sangat menusuk. orang kata, kalau tengok direct lama-lama, boleh jadi buta. 

kali terakhir gerhana matahari anulus/cincin berlaku ialah pada 22 ogos 1998. masih ingat tarikhnya kerana waktu tu ialah hari pertunangan abang saya. masih kecil lg waktu tu. hari sabtu, pagi, dalam pukul 8. 20 (exact waktu masih ingat). kat sekolah agama time tu. tiba-tiba hari gelap. gelap macam malam. 

kenapa ada gerhana? simple expalanationnya, sebab cahaya bergerak dalam garis lurus. bila bulan, matahari dan bumi berada sejajar, dan kedudukan bulan terletak antara matahari dan bumi, berlaku gerhana matahari sebab bayang-bayang bulan jatuh kat bumi, menghalang cahaya matahari. sungguh menakjubkan kuasa Yang Maha Pencipta.

Gerhana selalu dikaitkan dengan bencana dalam pelbagai lagenda dan mitologi. banyak kaum yang menganggap gerhana ialah petanda suatu perkara buruk akan berlaku. sampai sekarang, lagenda ni diketengahkan dalam macam-macam cerita kat tv yang membawa idea yang sama. contohnya, dalam cerita Heroes. masa gerhana, kuasa semua heroes tu dah hilang. dan menyebabkan bencana ke atas dunia, sebab ada antara mereka yang mati. dalam cerita Van Helsing, gerhana sebabkan pontianak terus menerus serang manusia, menyebabkan mereka dapat mendominasi populasi. dan banyak lagi.

kesimpulannya, gerhana merupakan alamat buruk. 

ada orang kata, gerhana tu petanda kiamat.

memang betul, rasanya. kalau berlaku gerhana matahari dan bulan 3 kali berturut-turut dalam bulan ramadhan, menandakan kiamat akan berlaku. 

gerhana merupakan petanda. bahawa kuasa Allah itu sangatlah hebat, sampaikan cahaya matahari pun dapat dilindungkan oleh bulan yang jauh lebih kecil. menandakan kiamat itu semakin hampir. dan manusia, sedang leka dalam mimpi yang sementara. dunia ini hanya pinjaman. 

seperti dalam satu lagu ni:

dunia ini, hanya pinjaman...

untuk menguji, keimanan...

akhirat nanti yang menentukan, 

balasan syurga ataupun neraka...

memang, akhirat itu pasti. kiamat itu pasti. mati itu pasti. adakah kita hidup esok dan sempat bertaubat, itu tidak pasti. kalau kita hanya duduk bersandar, makan tembikai, lalu tidur kekenyangan.

Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.

(QS 2:48)

No comments: