Saturday, January 17, 2009

kucing biru dan rakannya yang bodoh


kucing biru ni takut tikus. pelik, sebab biasanya tikus yang takutkan kucing. sebenarnya dulu tikus dah gigit telinga dia, walaupun dia ni kucing robot. kucing ni datang daripada abad ke 22. dia sebenarnya nak membantu seorang budak bodoh dan pemalas yang bernama nobita. robot itu adalah DORAEMON.

hahaha. sebenarnya doraemon banyak alat-alat yang menarik. dia sentiasa mengeluarkan alat-alat yang di luar jangkaan apabila nobita meminta bantuannya.

doraemon adalah anime favourite saya. daripada tadika, sampailah sekarang, saya masih menonton doraemon. walaupun dah muncul anime menarik seperti Bleach, Darker than Black, Blood+, Naruto (antara anime2 kesukaan saya), doraemon tetap di hati. walaupun dah tengok banyak kali, saya tetap akan ketawa apabila menonton doraemon. doraemon lebih seronok daripada Shinchan, pada pandangan saya. 

dalam realiti kehidupan yang sebenar, tiada robot sepperti doraemon yang mampu menolong manusia begitu. manusia sentiasa mengharapkan pertolongan sebegitu, di mana penolongnya mampu menolong apa saja, mampu menyelesaikan setiap masalah manusia. sebab tu robot dicipta.

robot2 yang ada sekarang ni, semuanya kegunaannya untuk membantu manusia. kalau dulu, banyak kerja bahaya yang manusia tak boleh lakukan. tapi, dengan adanya robot, anything's possible. 

kalaulah ada doraemon.

"doraemon, tolonglah saya, Giant buli saya lagi..Uwaaa..."

"nobita, awak ni asyik kena buli je. baiklah, alat menyelesaikan masalah!!!"

tengtengtengteng.(background music).

kita berada dalam realiti. bukan dunia manga. tak mungkin masalah boleh diselesaikan semudah itu. 

pilihlah, kita nak jadi macam doraemon, yang selalu mengeluarkan alat-alat yang mampu membantu orang, dan membahagiakan orang seperti nobita, walaupun dia tahu, dia hanya robot yang dicipta oleh manusia untuk berkhidmat kepada manusia. 

atau kita mahu jadi seperti nobita, yang sentiasa bergantung kepada bantuan orang lain, untuk mengubah hidup, tak mahu berusaha dengan titik peluh sendiri untuk mengubah nasib diri.

atau kita boleh jadi seperti Giant, yang menggunakan kekuasaan yang ada untuk membuli orang bawahan yang lebih lemah, kerana dia tahu semua orang takut kepadanya.

bagaimana pula dengan Sinyu (pronounced su-ni-yo) yang selalu berbangga dengan kekayaannya dan sentiasa mengampu orang yang berkuasa seperti Giant demi keselamatan dan kepentingan dirinya. 

Sizuka pula, seorang gadis kecil yang innocent, tak tahu apa-apa, dan sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan. 

"Doraemon, doraemon, awak tak ada alat untuk saya ke???"

"Awak ni Nobita, asyik nak mengharapkan orang lain je..."

2 comments:

adlan wafi said...

hurm...menarik2! gunakan favourite anime sbg bhn utk smpikn msg...;)

teh bunga chrysanthemum said...

huhu..
sebenarnya time tu saya baru je tengok doraemon....