Saturday, January 10, 2009

Ya Allah, selamatkan mereka...

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di sana...

Ya Allah, bantulah jiwa-jiwa yang merana di sana...



ini wajah seorang kanak-kanak di Palestin yang berlumuran dengan darah. 

matanya penuh dengan kesayuan kerana keluarganya dan saudaranya dibunuh dengan sewenangnya.

melihat gambar-gambar saudara kita di sana, hati ini menangis. mata turut mengalirkan air jernih. sedih memikirkan kepiluan mereka. tapi aku tahu sedih sahaja tak memadai bagi mereka. bak kata seorang rakan, mereka tak mahu kita kasihankan mereka. mereka yang terkorban itu semuanya syahid, dan mereka tidak mati, mereka sentiasa hidup di sisi Allah. sungguh mulia mereka. bukan tangisan yang mereka perlukan. mereka sendiri sudah banyak menangis, kerana keluarga mereka dan kebahagiaan mereka dirampas oleh kekejaman tentera zionis laknatullah. 

hanya doa dapat mengiringi mereka di sana. 

kepada mereka yang berdoa untuk mereka, teruskan. 

doa itu senjata orang mukmin, biar dihunus pedang atau ditembak dengan peluru sekalipun, senjata kita lebih kuat. kerana kita mampu berdoa kepadaNya. 

kebebasan kita di dunia ini bukan milik kita sepenuhnya. 

warga palestin yang tak pernah bebas itu membuktikannya. 

kita milik Allah. bila-bila masa kita boleh pulang kepadaNya.

No comments: