Friday, February 20, 2009

mana mereka?

mana mereka?
mereka hilang...
mereka dah pergi ke mana?
mereka sakit ke?
mungkin?
ataupun.....
tengtengteng..................

tak datang kelas? pergi mana? masak nasi ke? 
mungkin...
tak pasti sama ada cikgu still percaya atau tak

hurm.....

Thursday, February 12, 2009

di hati ini, hanya tuhan yang tahu




susah nak menjaga hati manusia. 
kadang-kadang bila kita buat salah sikit, orang dah tak puas hati. even sekecil-kecil perkara mampu buat orang sakit hati dengan kita.
semua minta supaya hati dijaga, dan bila seseorang itu dah marah atau terasa, dengan serta-merta air muka dan perwatakannya berubah. dan mulalah rasa kurang senang antara satu sama lain. 
hati manusia bukan macam hati ayam. hati manusia sangat kompleks, sedangkan hati ayam, yang buruk dibuang, yang elok dimasak kicap atau sambal pedas. boleh juga diletakkan dalam gulai. tapi, hati manusia fragile. mudah retak, rapuh, tercalar dan bila dah pecah sikit, susah nak tampal kembali rekahannya. tiada gam uhu mahupun gam gajah atau gam plastik yang mampu menyantumkan pieces hati yang dah berkecai dek perasaan marah atau keterasaan yang timbul tadi. 
bukan senang nak pujuk kembali hati yang merajuk, dan bukan senang nak dapatkan kembali kepercayaan orang lain apabila sekali dah buat silap. kadang-kadang manusia lupa, yang kita ni manusia biasa, tak lari dari kesalahan. bila kita buat silap, kita tutur ayat sebegitu. tapi, kalau orang lain yang silap, mulalah memaki hamun ke, terasa ke, dan kita claim kita manusia biasa, tak lari daripada perasaan sakit hati atau geram, dan tahap kesabaran kita ada batasnya.
sedangkan, Allah berfirman dalam al-Quran , "mengapa kamu tidak mengerjakan apa yang kamu perkatakan?". ironi sungguh.
manusia buat silap, rakan-rakan. kalau seseorang itu mintak maaf, maafkanlah. sedangkan nabi pun  maafkan umat....tapi, kita bukan nabi, kenapa nak samakan diri kita dengan nabi yang maksum, yang terpelihara daripada kemungkaran dan dosa?
kerana, sabda Rasulullah, "aku tinggalkan kamu dua perkara. jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selamanya: al-Quran dan SUNNAH."
Rasulullah kan contoh ikutan yang terbaik. akhlak Rasulullah adalah daripada al-Quran.
kenapa nak tanya soalan macam tu lagi then?
hati-hati. 
hati-hati dengan hati.
kita memahami dengan hati.
Light won't penetrate dirty hearts.
macam-macam jenis keterasaan dah dijumpai, especially kat kmb, kerana ada satu ketika tu, semuanya nak terasa. benda-benda kecik je sebenarnya. banyak lagi perkara besar yang kita kena fikir.
masalah rumahtangga, masalah keluarga, masalah UMMAH dah fikir ke?
alah, benda tu kecik bagi kau, tapi bagi aku....
benda besar datang daripada benda yang kecik-kecik la. benda remeh-temeh. berfikiran positif sentiasa akan menaikkan semangat kita. supaya kita tak mudah putus asa. supaya kita sentiasa bermotivasi, dan dapat berjuang. kalau tak ada motivasi dan semangat, macamana nak berjuang?

Monday, February 9, 2009

aku harapan mereka


aku tahu hanya aku harapan mereka. 
aku tahu hanya aku yang mampu membantu mereka. 
aku tahu hanya aku yang mampu mengubah hidup mereka. 

tapi, sejauh mana aku berusaha ke arah itu. 
sejauh mana aku berusaha untuk mengubah diriku sendiri.
sejauh mana aku mampu membantu mereka?

siapakah yang mampu menjawab persoalan ini?
siapa?

aku?
dia?
mereka?

tiada siapa.

aku hanya keseorangan.
dalam perjuangan ini.
di sana, aku keseorangan. 
walaupun di sini kami beriringan ke kiri dan ke kanan. 

aku memohon pertolongan.
tapi, jauh di sudut hatiku, aku tahu. 
aku tahu aku sentiasa mendapat perlindungan. 
perlindungan yang paling ultimate.

ini bukanlah sajak nukilanku, 
bukan juga syair, 
cuma bisikan hati, 
hati seorang hamba yang hina dan lemah.

hujan sedang turun dengan lebatnya.
hujan yang penuh rahmah dan barakah.
aku berdoa kepadaMu, 
supaya aku, 
terus TEGUH TEGAR TSABAT, 
di jalanMu ya Allah. 

JALAN YANG LURUS.


Wednesday, February 4, 2009

terima kasih semua

kepada ecah, fasya, adib n kinah, mekaseh la sebab lumurkan coklat keatas saya sampai saya kena mandi pastu...walaupun agak bengang, tapi takleh cakap pape sebab bese la kan, besday..tunggu la besday korang!hehehe!
kepada classmate saya yang bersusah payah memikirkan prank terbaik untuk mengenakan saya di hari jadi saya, terima kasih juga. ada la experience jadi mak cik ds, nyanyi ngan cikgu azlinda, wat sajak dari hati kepada adib. hurm, rasanya ada lagi...tapi, tak kisah la. janji korang happy.

TERIMA KASIH SEMUA~!!!!..

saya juga ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada sesiapa sahaja yang menyambut hari jadi hari ni, especially untuk orang yang dikenali tuh....hahaha