Monday, April 27, 2009

Running with gazelles, eating with lions

Dipetik daripada buku The World Is Flat oleh Thomas L. Friedman:


Every morning in Africa, a gazelle wakes up. 
It knows it must run faster than the fastest lion or it will be killed. 
Every morning a lion wakes up.
It knows it must outrun the slowest gazelles or it will starve to death.
It doesn't matter whether you are a lion or a gazelle.
When the sun comes up, you better start running.
~old African proverb~

Sunday, April 19, 2009

post buat teman

saya ada seorang kawan....nama dia Kiki. 
Kiki seorang yang pelik. dia suka bercakap sorang2. 
pagi-pagi, kalau nampak dia jalan-jalan, mesti dia tengah bercakap sorang2. 
saya terfikir, dia ni gila ke?
tapi, kalau nak kata dia gila, setiap kali periksa, mesti dia dapat nombor satu. 
kenapa ek? kawan dia tu bagi tahu jawapan kat dia ke?
ada kawan saya lagi satu cakap, Kiki bela toyol. 
bila fikir, macam logik. mungkin dia bela hantu raya. HAHAHA, gelak saya dalam hati. tak berani nak gelak depan-depan. nanti hantu raya dia tangkap saya. 

satu hari, saya nampak Kiki menangis. 
saya tanya dia, "Kiki, kenapa nangis ni? Caca buli awak ye?"
"Bukan. Saya sedih, sebab tu saya nangis." Huh, mestilah kalau sedih akan nangis, getus hatiku. 
"Saya sedih, kawan-kawan saya semua tak faham saya. Saya bukan gila, kenapa orang cakap saya gila? Kenapa?"
"Mungkin sebab awak suka cakap sorang2?"
"Saya cakap sorang2? Mana ada? Bila?"
"Huh?"
"Selama ni saya cakap dengan awak la. Saya mana ada kawan lain."
Huh, bila? Ni kali pertama lah Kiki....

Tengtengtengteng.....(background music: X-Files)

flash back

flash back, imbas kembali. (background music:palchelbel's canon in D piano version)

selama hampir 2 tahun di KMB, banyak benda dah berlaku. rasa macam baru semalam daftar ke KMB, tiba-tiba, lagi 2 minggu dah nak IB exam. datang ke KMB dengan harapan dapat melanjutkan pelajaran ke manchester university (alhamdulillah, dapat offer manchester...offer baru.... kena dapat 35 dulu utk IB exam). 

macam-macam dah berlaku di KMB. macam-macam dah ditempuhi. macam-macam dah berubah, termasuklah diri ini. aku dulu lain dengan aku sekarang. ramai orang dah jumpa. macam-macam spesis manusia ada kat KMB. ada yang baik, yang bajet, yang gedik, yang sombong, yang macam angel, yang sopan, yang berhati-hati, semua ada. 

banyak juga dapat pengalaman baru di KMB (thanks to CAS for that), macam-macam tempat dah pegi. pegi IJN, pegi Zoo, pergi Kuala Gandah, pergi Hospital Sultan Ismail, pergi Kemboja, pergi PDK....

memori akan kekal sebagai memori... hanya gambar yang akan tinggal dalam hard disk laptop... tapi gambar dalam hard disk pun boleh hilang, kalau corrupted ke, reformat laptop ke....yang tinggal, cuma kenangan dalam hati... 2 3 bulan daripada sekarang, ramai yang akan move on dan kenangan di KMB akan terhakis satu persatu dari ingatan....

norma kehidupan, people move on....semua yang berlaku di masa lalu tidak perlu diingat lebih-lebih. kita perlu berpijak di bumi nyata, bukan hidup dalam dunia fantasi.... 

best macamana pun, the future ahead is still blurry. 

the past doesn't determine the future, the present does..what you did in the past is the past, you cannot return to the past to mend it, but anything that you do in the present will affect your future...


Someday - Dedikasi kepada seseorang

As days go by 
And fade to nights
I still question 
Why you left
I wonder how
It didn't work out
But now you're gone
And memories 
All I have for now
But no it's not over

We'll get older 
We'll get over
We'll live 
To see the day 
That I hope for
Come back to me
I still believe that
We'll get it right again
We'll come back 
To life again

We won't say 
Another goodbye again
You'll live 
Forever with me
Someday, someday
We'll be together
Someday, someday
We'll be together
I heard someday
Might be today

Mysteries of destinies 
They are somehow
And are someway
For all we know 
They come tomorrow 
For today 

My eyes are open 
My arms are raised 
For your embrace 
My hands 
Are here to mend 
What is broken 
To feel again 
To walk on the face
I believe there 
Is more to life

Oh, I love you 
Much more 
Than life and still
I believe 
I can change your mind
Revive 
What is dying inside
And someday, someday
We'll be together

Someday, someday
We'll be together
Someday, someday
We'll be together
We'll be together
We'll be together
Someday

Friday, April 17, 2009

itu Dia punya

IB exam dah semakin dekat. semua orang bertungkus lumus study, dengan harapan akan dapat yang terbaik. tapi, dalam masa kita study, kita kena ingat, yang menentukannya adalah Allah. Walau sebanyak mana kita usaha, kalau tak dapat apa yang kita nak tu adalah yang terbaik, maka lebih baik begitu, kerana Allah Maha Mengetahui. Tapi, setiap usaha yang kita lakukan, kita akan dapat kebaikannya. Biasanya, kalau kita usaha, kita akan dapat kejayaan yang kita nak tu. walaupun bukan sekarang kita dapat kejayaan tu, tapi janji Allah itu pasti. Setiap kebaikan, walau sebesar biji sawi sekalipun, akan dapat balasannya. Yakinlah dengan kekuasaanNya, walaupun kita tak yakin dengan diri sendiri. Yakinlah cuma Allah akan bagi yang terbaik buat kita. Nasib kita bukan ditentukan oleh diri kita sendiri. 

tapi, kita kena ingat, study, study jugak. akhirat jangan lupa beb...

" Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya, dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa."

" Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat."
Asy-Syura, 42: 19 - 20

Wednesday, April 8, 2009

Itu dan Ini

akhirnya aku menjumpainya. 
akhirnya aku jumpa apa yang aku cari sejak sekian lama. 
sebenarnya dah lama ada di depan mata. cuma aku mencari terlalu jauh sedangkan yang dekat aku tak pandang. 
memang benar peribahasa, "semut di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak."
terima kasih ya Allah kerana menunjukkan jalan. sesungguhnya aku sangat bersyukur aku tersedar daripada mimpi ini sebelum terlewat. aku bersyukur aku mampu menitiskan air mata setelah sekian lama bergelak ketawa. aku bersyukur hati aku masih mampu lagi tersentuh. aku bersyukur aku masih sempat lagi berusaha ke arah itu. aku bersyukur ada mereka yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi. 
aku bersyukur masih ada masa untukku. aku bersyukur aku masih sempat. aku berharap masih ada masa lagi untukku untuk Itu. terima kasih Ya Allah kerana masih berikan kesempatan untuk Ini. Aku mahu yang Itu, tapi aku mahu juga yang Ini. 
aku mahu Itu lebih daripada segalanya. Namun berilah juga aku peluang untuk berjihad ke arah Ini disamping berjihad ke arah Itu. 
Aku bersyukur.
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 
Sesungguhnya Allah itu Maha M\enyayangi hamba-hambaNya.

Tuesday, April 7, 2009

sakit~~~


biasanya kalau sakit, biasanya orang akan memejamkan mata dan menunjukkan ekspresi seperti terseksa. in most cases, kalau terlampau sakit, ada yang akan menjerit meminta tolong. macam hari tu, masa kat hospital, ada la seorang ni, kena tikam kat belakang badannya, darah mencurah-curah dan orang tu asyik jerit...sakit, sakit...dan asyik menjerit mintak painkiller kat doktor...doktor pun da bagi painkiller paling kuat, still jerit-jerit jugak...

bayangkan ibu kita semasa bersalin, mestilah sakitnya amat sangat...masa pergi hospital attachment, berkesempatanlah tengok orang bersalin...wah, betapa sakitnya ibu-ibu ni bersalin..rasa nak hargai mak lebih lagi pastu..rasa sakit tuh, hanya mereka je yang tau...patutlah ibubapa ni kena hargai, hormati, sayangi.....

tapi, rasa sakit yang paling ultimate kat dunia ni ialah masa sakaratul maut...tak dapat bayangkan bagaimana sakitnya...kalau setakat patah tulang dah sakit gila, macamana dengan mati nanti? lagilah kalau mati dalam kesudahan yang tidak baik...nauzubillah...harap kita bukan dalam golongan itu...

tapi, memang betullah, kalau sakit tuh, ingat Allah memang ubat terbaik...bukan endorphin, bukan tramadol, bukan morphine. zikrullah itu mampu menghilangkan rasa sakit..cukuplah dengan mengingati Allah itu sentiasa bersama kita, dan Allah itu sentiasa menyayangi hamba-hambanya, segala rasa sakit akan hilang...cukup dengan yakin bahawa kita boleh harungi rasa sakit itu, dan sesungguhnya bila sakit, dosa-dosa kita akan berguguran...Allah bagi kita rasa sakit sebab Allah itu sayangkan kita..dan ujian yang Allah bagi tu, semuanya yang mampu kita hadapi, kalau tak, takdelah Allah nak uji kita sebegitu...

13:28