Wednesday, April 8, 2009

Itu dan Ini

akhirnya aku menjumpainya. 
akhirnya aku jumpa apa yang aku cari sejak sekian lama. 
sebenarnya dah lama ada di depan mata. cuma aku mencari terlalu jauh sedangkan yang dekat aku tak pandang. 
memang benar peribahasa, "semut di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak."
terima kasih ya Allah kerana menunjukkan jalan. sesungguhnya aku sangat bersyukur aku tersedar daripada mimpi ini sebelum terlewat. aku bersyukur aku mampu menitiskan air mata setelah sekian lama bergelak ketawa. aku bersyukur hati aku masih mampu lagi tersentuh. aku bersyukur aku masih sempat lagi berusaha ke arah itu. aku bersyukur ada mereka yang memberikan sokongan tak berbelah bahagi. 
aku bersyukur masih ada masa untukku. aku bersyukur aku masih sempat. aku berharap masih ada masa lagi untukku untuk Itu. terima kasih Ya Allah kerana masih berikan kesempatan untuk Ini. Aku mahu yang Itu, tapi aku mahu juga yang Ini. 
aku mahu Itu lebih daripada segalanya. Namun berilah juga aku peluang untuk berjihad ke arah Ini disamping berjihad ke arah Itu. 
Aku bersyukur.
Alhamdulillah. 
Alhamdulillah. 
Sesungguhnya Allah itu Maha M\enyayangi hamba-hambaNya.

1 comment:

Aisyah Ismail =) said...

=) moga gembira d tempat baru hehehe