Sunday, May 10, 2009

It's Mother's Day today, 10/5/2009

Post ini khas buat ibu. umi. Mak. mok. bonda. 

(Background music: Kitaro - Caravansary)

saya ada seorang mak. (memanglah seorang, takkanlah ramai pulak. urm, mak mertua takde lagi ek...hehe)
dan ini adalah kisah hidup mak saya. 
mak saya bukanlah daripada keluarga yang berada. dia datang daripada keluarga nelayan yang sangat miskin. dulu mak saya selalu cerita, masa dia kecik2 dulu, dia dan atuk dan nenek saya selalu makan nasi gaul dengan garam, ataupun nasi dengan ikan kering je. sebab tulah, dia selalu pesan kat saya, kalau dengan makanan, jangan membazir, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, dan jangan memilih makanan. makanan yang dapat saya dan adik-beradik saya makan berganda kali lebih best daripada apa yang dia makan dulu. 

disebabkan mak saya lahir dalam keluarga yang susah, dia sedaya upaya cuba supaya kami adik-beradik tak rasa apa yang dia rasa. 
mak saya selalu pesan, belajar sungguh2, sebab dia tak pernah dapat peluang untuk belajar sebagaimana kami, sebab dulu keadaan sangat susah untuk belajar. mak saya taknak anak-anak dia tak pandai macam dia, katanya. 
tapi anak-anak dia tak semua yang rajin. ada jugak yang malas, yang tak berjaya. tak apa, katanya. asalkan anak-anak mak gembira, boleh hidup atas kaki sendiri, mak tak kisah. 
pernah satu ketika saya gaduh dengan adik saya, dan cakap "kalau adik tu, semua betul, asyik nak manjakan dia je, patutlah dia jadi macam tu."
mak saya cakap, mak tak pernah nak beza-bezakan antara anak-anak mak. mak sayang semua sama je. 

di jasin dulu, first time tinggal kat asrama. first day, saya rilek je. tak nangis, gembira, and looking forward to study in that school. dengar cerita mrsm ni cam bagus, jadi nak experience sendiri. walaupun tengahari je mak saya dah balik, sedangkan orang lain masih bersama family, saya tetap tak kisah. tapi, mak saya kisah. as soon as mak saya balik, dia cakap kat abang saya, "macamana la agaknya kak uda sekarang (urm, everyone in the family calls me kak uda), dia ok ke tak. risau jugak." sedangkan  saya dengan happynya di situ. memang mak akan risaukan anak-anaknya.

waktu nak masuk kmb, mak saya reluctant. "tak payah la nak pergi oversea, belajar kat malaysia sudahlah. kenapa nak pergi tempat orang?lama pulak tu". mungkin mak saya risau saya tak dapat survive nanti.
of course la saya protes. mana boleh. pesal abang dan akak saya boleh tapi saya tak boleh? tapi mak saya dan ayah saya tetap respect dengan apa-apa keputusan yang saya lakukan. cayalah! 

di kmb pulak, saya selalu takde duit. biasalah, kmb kan sekolah orang-orang kaya, bak kata ayah saya. semua benda nak berbayar. selalu kehabisan wang je kat sini. mungkin sebab saya belanja banyak sangat. hurm, memang pun, kadang-kadang. kadang-kadang saya complain la kat mak ayah saya. mak ayah saya pun takde duit, diorang bukan kerja pun, tapi....takpelah, mak bagi duit sikit, adalah mak korek kat mana-mana. 

masa accident, mak sayalah orang yang paling risau. walaupun orang lain risau, tapi mak saya punya risau, mengalahkan orang lain. disebabkan saya tak balik rumah, setiap hari yang berlalu mak saya rasa tak sedap hati selagi tak dapat tengok saya. menurut kata-katanya, macam-macam yang dia bayangkan. adakah saya ok? teruk ke? dah cacat ke? alhamdulillah saya cuma patah sikit2 je, kalau tak lagilah, tak taulah macamana reaksi mak saya nanti. betapa risaunya dia. 

saya tak dapat bayangkan macamana nanti bila saya nak pergi oversea (insyaAllah..berusaha!!!IB exam!), bila dah tiba masanya untuk melepaskan saya, bila saya dah boleh berdikari, bila saya dah tak perlukan pertolongan mereka lagi.(especially pertolongan kewangan), saya tahu setiap ibu akan reluctant. dan risau, kerana sayang mereka terhadap anak-anak melebihi sayang anak-anak terhadap ibubapa...

saya mungkin tak faham kasih sayang ibu terhadap anak sampailah saya sendiri menjadi seorang ibu. tapi, apa yang saya tahu, semua ibu sayangkan anaknya, walau betapa jahat pun ibu tu, pasti ada walaupun a slightest rasa sayang. 

hari ini hari ibu. saya telefon mak saya di pagi hari untuk ucapkan selamat hari ibu. "wish jela, tapi takde hadiah, takde duit nak beli." 
"takpelah, ucapan pun dah cukup...."

mak tiap hari doakan kita supaya berjaya. adakah kita doakan mak kita tiap-tiap hari jugak?

Ada hadis sahih, riwayatnya, (saya tak ingat ayat full) apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya, kecuali ilmu yang dimanfaatkan, amal jariah, dan doa anak yang soleh

jadilah anak yang soleh yang mampu doakan mereka bila mereka tiada, untuk menjadi bekalan di sana. 

sampai sinilah cerita saya hari ni. nanti kalau menangis kat sini (KMB's concourse), segan pulak. tak pasal2 jadi center of attention. 

under mother's feet = paradise. 

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".   
(Quran, 17:23-24)

4 comments:

~aozora~ said...

sy dpt rasakan mak awk sgt risaukan awk after accident tu..time lawat erni,dengar cerita mak erni..huhu..

"makcik x boleh nak tido malam slagi x tengok erni neh"..huu er..hati mak mana yg x risaukan anak2nya

dan banyak la lg cerita2 ttg erni yg terbongkar time tu..hehe

hargailah jasa ibu kita. kita tak mungkin dpt membalas jasa ibu kita..
sayangilah mereka selagi mana masa masih ada..(^_^)

ummi..mak..ibu..mama..we luv u~

Aisyah Ismail =) said...

Selamat Hari Ibu erni =)

kinkin said...

kenapa selamat hari ibu kepada erni? erni belum jd ibu lagi....
we lurve moms, anyway.

宮保雞丁Alex said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社