Monday, June 29, 2009

menipu dan berkata-kata

"saya tak pernah menipu sepanjang hidup saya".

orang yang sebut ayat ni adalah orang yang paling banyak menipu dalam hidup. ya, memang kita akan menipu bila situasi tak memihak kepada kita. kita sering menipu untuk menjaga hati rakan-rakan kita. saya selalu lakukannya, dan saya percaya orang lain pun sama. tapi, saya tak suka. tapi, masalah akan timbul kalau kita terlalu jujur. mulalah orang nak terasa. saya pelik, orang selalu kata, "jangan tipu2 tau, jujur...", kadang2 bila kita mengucapkan perkara yang sebenar, "kau tak sepatutnya cakap macam tu, terguris hati aku. terasa tau." ironi, atau paradoks? entahlah, saya dah lama tinggalkan malay A1..(baru sebulan sebenarnya...)

bagi saya, kata-kata yang menyebabkan kita terasa tu lah yang mampu buat kita berfikir dan menilai hidup kita. bagi orang yang berfikir. kalau tak berfikir, mungkin mereka menggunakan otak mereka untuk perkara luar kawal seperti pergerakan peristalsis di salur alimentari (makan banyak), degupan jantung (berlari banyak, sebab lari daripada kebenaran), etc. lebih banyak medulla oblongata digunakan, menyebabkan bahagian otak belakang membengkak dan memberatkan kepala sehinggakan berfikir menjadi amat susah bagi mereka ini.

"erni mungkin berkata begini kerana dia banyak menyebabkan orang terasa."

ya, memang betul. saya dah lihat orang berubah muka mendengar kata-kata saya. sebab itu saya lebih suka diam sahaja. bercakap bila perlu. dan tidak memotong kata-kata orang lain. senyum bila perlu, gelak bila lawak. dan orang yang kenal dengan saya tahu tentang ini. kalau tak tahu, tak tahulah saya.

tapi, saya harap dengan terasa, mereka akan berfikir, sebab cuma orang yang betul-betul care dengan kita yang akan cakap perkara yang kurang menyenangkan. perkara yang betul, untuk mengubah kelaziman yang kurang betul. dan bukan untuk menyalahkan apa yang dah betul.

saya tak mahu jadi hipokrit yang hanya mampu mengatakan perkara-perkara manis yang orang nak dengar, sedangkan dalam hati, kita tak tahu apa perkara yang tak betul yang kita buat, sedangkan orang lain menyedarinya. kalau tak menarik, cakap tak menarik.

atau lebih baik diam sahaja.

saya teringat cerita yang pernah orang cerita kat saya dulu. satu hari, Aisyah masak untuk Rasulullah. tak sedap. masih tak silap. bila Rasulullah rasa, Aisyah tanya, sedap ke tak. Rasulullah suruh Aisyah rasa sendiri dulu.

a very clever way to tell the truth without hurting anybody.

"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan merana/binasa." ~pepatah Melayu~




manusia luar biasa part II


sejak kecil sebahagian besar daripada kita disogokkan dengan satu mentaliti bahawa sesiapa yang cemerlang dalam peperiksaan akan berjaya dalam hidup. siapa yang malas belajar, tak akan ada kehidupan yang cerah di masa akan datang. ya, betul jugak. menurut pengalaman saya, melihat orang yang dah berjaya, pendidikan memang penting. dan salah satu cara untuk menguji tahap pendidikan kita adalah melalui peperiksaan.

ramai orang memilih untuk menjadi seperti orang biasa, blend in, be an ordinary person, etc etc...Dapat result yg ok ok sahaja, asal cukup makan, cari kerja yang ok ok sahaja, asal dapat duit tiap-tiap bulan, dan seterusnya.

bagi saya, sejak kecik saya tak suka berada dalam kalangan orang yang biasa-biasa. saya tak suka sama dengan orang lain. saya tak suka kalau dibandingkan dengan orang lain. saya tak nak jadi 'tipikal'. saya tak suka berfikir cara yang sama dengan orang lain berfikir. saya nak, bila bercakap, pandangan yang saya berikan lain daripada orang lain. benda yang saya paling tak suka dengar ialah, "erni, kau sama je dengan .....". saya tak suka pakai baju sama dengan orang lain, kasut yang sama, tudung yang sama, baca buku yang sama, guna laptop yang sama, etc etc.

saya nak berjaya, tapi saya tak nak benda yang dah biasa orang buat, saya nak buat perkara yang jarang orang buat. kalau saya berjuang untuk sesuatu, saya nak berjuang untuk perkara yang tak banyak orang yang sokong atau terima. dah banyak sangat benda ditentukan oleh pihak majoriti. kalau macam tu, siapa yang nak masuk ke dalam golongan minoriti? sedangkan, yang minoriti itulah yang mampu mempengaruhi yang majoriti.

lihat saja sejarah. yang sedikit jumlahnya mampu menundukkan yang besar. sekarang pun, negara yang kecil mampu menguasai negara yang besar. syarikat yang besar bergantung kepada syarikat yang pekerjanya sikit, tapi mampu membawa pengaruh lebih besar daripada mereka.

saya mahu jadi orang yang termasuk dalam golongan yang luar daripada kebiasaan. nak buat apa yang orang tak mampu buat. saya harapkan, satu hari nanti, saya tergolong dalam golongan kecil yang mampu mengubah sistem yang sedia ada sekarang, dalam erti kata lain, mengubah dunia. kepada apa? sudah tentulah anda tahu jawapannya, tak payah tanya saya.

oh ya, saya mahu 45 untuk IB exam juga.

Wednesday, June 24, 2009

talent

kebelakangan ni, adalah beberapa variety show yg saya tonton. kebanyakannya pasal orang yang ada talent sendiri.
ada orang ada bermacam-macam bakat tersendiri yang kebanyakan orang tak boleh buat.

tiba-tiba saya terfikir, adakah saya mempunyai bakat tersendiri yang unik daripada orang lain.

macam takde je.

hurm.

Monday, June 15, 2009

mati

satu petang yang damai, hujan turun dengan lebatnya, dengan kilat sabung-menyabung. tiba-tiba:

"kak uda, mak dah nak mati ni."

huh?

aku yang tengah menghadap laptop tiba-tiba mengangkat muka, dengan terkejutnya.

"malam tadi mimpi, arwah nenek datang ajak pergi rumah dia, lepas tu arwah nenek lagi satu pun datang, bawak kain putih banyak sangat. lepas ambik kain tu, mak terjaga."

senyap.

huh? aku nak cakap apa? nak respon pun tak tahu macam mana. nak cakap, "ish, jangan la pikir macam tu." rasa macam tak betul pulak. memang semua orang akan mati pun. tak boleh disangkal. apa yang boleh aku buat pun? mati tu urusan Dia.

lepas tu, banyak yang aku fikirkan. memang betul, semua orang akan mati. cuma tak tahu bila.

orang yang paling bijak, ialah orang yang mengingati mati.

Friday, June 12, 2009

ketandusan

ya, cuti yang agak lama memang membosankan. hasrat untuk keluar mencari kerja masih lagi belum terlaksana. bilalah agaknya nak keluar rumah, berhenti menghadap laptop and go make some money? duit pulak tinggal rm1.30. sweet. bagus sangat la tu. sekarang dah tak ada sumber duit. bagusnya kalau result keluar awal2. julai. lambat sangat.

duduk kat rumah tak produktif langsung. especially kalau aktiviti harian cuma duduk menghadap laptop, bukak blog orang, bukak youtube, tengok sume variety show yang best2, movie2 yang tak pernah tgk, and that's it. tak produktif. buang masa, tak tambah ilmu pun. rasa kosong. 0.0

banyak je buku yang tak habis baca lagi. tak nak pulak baca.
  • the world is flat
  • infidel
  • the lenovo affair
  • patriot act
  • yakjuj dan makjuj
  • the google story
  • the search
  • twilight
  • new moon
  • eclipse
  • breaking dawn
hurm. bukan main banyak buku yang tak habis baca lagi. bukan main banyak surah yang tak hafal lagi. bukan main banyak ilmu kena tambah lagi.

erni, apa nak jadi ni?
*geleng kepala*

letter of good conduct

disebabkan ramai yang tanya, dan terpaksa menjawab setiap kali benda yang sama, jadi saya akan jelaskan prosesnya.

1. download borang letter of good conduct kat sini
2. print 2 copy dan baca dulu betul-betul setiap helaian borang (ada 5 helai semuanya)
3. 2 helaian pertama merupakan borang yang perlu diisi, mengenai butir diri. 2 helaian seterusnya merupakan surat akuan kita.
4. jadi, bawak kesemua dokumen ke mahkamah atau tempat yang ada pesuruhjaya sumpah (seperti di JPN putrajaya) dan tempat yang ada hakim (obviously di mahkamah).
5. minta mereka sahkan borang akuan tu. just tunjuk borang tu, cakap nak sahkan surat akuan untuk request surat kelakuan baik dan jawab apa-apa soalan yang mungkin mereka tanya.
6. then, bawak kesemua borang tu (termasuk surat akuan yang disahkan di mahkamah tadi ) ke kementerian luar negeri, putrajaya bersama salinann IC, pasport yang dah disahkan oleh pegawai yang berkenaan (seperti peg kerajaan kumpulan A etc...) dan duit RM20.
7. berurusan di sana dan surat itu akan diissue dalam masa sejam.

harap membantu.
dan jangan tanya saya lagi.
terima kasih.




Monday, June 8, 2009

credence

kadang-kadang, pengalaman buruk tu bukan senang nak lupa. dan setiap orang, lain pula pengalaman buruknya. ada orang, jatuh basikal. ada orang, kena dera. macam-macam la. sampai ada yang trauma (rujuk post trauma ).

kebelakangan ni, peristiwa hari tu asyik muncul dalam ingatan. walaupun dah 3 bulan berlalu. bak kata nana, don't worry erni, as time passes, you'll forget it...nampaknya, belum lagi.

3 bulan lalu., aku dan beberapa rakan-rakan terlibat dalam kemalangan. kalau difikirkan, takdela teruk sangat. i mean, kereta tu takdelah terbalik ke ape macam dalam action movie). despite that, kecederaan rakanku tu teruk juga. hurm, retak beberapa tulang. minta maaf, salah aku juga. masa tu, barulah kami tahu rasa sakit tulang patah, macamana susahnya kalau satu nikmat tu ditarik sementara. betapa seksanya tak dapat nak buka mulut, makan, bercakap dengan normal, angkat barang, baring dengan selesa, etc.... sepanjang hidup, tak pernah rasa sakit sebegitu. masih teringat macamana rasa gusi dimasukkan dawai yang besar tanpa dibius. teringat kata-kata doktor yang agak heartless ketika tu, "budak ni mesti meraung punyalah kalau tak bius" (kepada bakal doktor, jangan cakap macam tu depan patient, so unethical dan menakutkan patient, encouragement is better)

masa tu, kekuatan yang ada, Allah yang bagi. masa tu, terasa dekat sangat dengan Allah. rasa bagaimana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. hanya ingat Allah ketika tu. and nothing else. and surprisingly, kesakitan itu dapat ditahan dan hilang sedikit demi sedikit. tiada linangan air mata disebabkan kesakitan itu. dalam kepala, terlintas cerita-cerita yang pernah didengar tentang kesengsaraan zaman Rasulullah dulu, tentang sahabat-sahabat yang diseksa and all. terfikir pula, apa yang kami alami ketika itu, sakitnya, cuma sebahagian yang sangat kecil daripada mereka-mereka yang diseksa, tapi dengan bergantung kepada Allah, mereka dapat mengharunginya. rasa seolah-olah Allah sangat dekat, barulah faham ayat yang Allah itu lebih dekat daripada urat leher.

tu kisah 3 bulan lalu, 9.3.09. hari ni dah 9.6.09. betullah, manusia itu mudah lupa. mudahnya lupa perasaan itu, perasaan yang sangat mengharap. pada hari tu, aku berharap Allah bagi peluang untuk aku hidup lagi kerana, tak rasa lah pulak dah cukup bekalan andai mati saat itu. hari itu, Allah mentarbiyah kami semua, dengan cara sebegini supaya kami ingat, nyawa itu milik Allah, begitu mudah diambil semula, begitu mudahnya sesuatu perkara yang tidak dijangka akan terjadi.

hari ni, kalau naik kenderaan, akan ada satu perasaan yang tidak senang, dan kejadian hari tu muncul semula dalam kepala. masih ingat segala-galanya. fresh dalam ingatan, seolah-olah macam semalam je. and the feeling is not so pleasant. rasa takut akan datang tiba-tiba. sekarang dah tak mampu tidur dalam kereta. akan menjerit kalau ada lori lalu sebelah. akan pucat kalau abang aku (atau mana2 driver lain) potong kereta depan. sekarang pakai seatbelt all the time. dan nightmares juga. sekarang selalu termimpi berjalan-jalan then kena langgar kereta, kawan2 kena langgar kereta, naik kereta yang berpusing-pusing, kena langgar lori, etc. kalau dulu, saya suka naik kereta laju-laju, tapi sekarang, restless kalau kereta laju. setiap kali lalu selekoh, teringat lagi hari tu. anyhow, wounds healed, but the memory stays.

mungkin ingatan2 ni sebagai satu peringatan. peringatan, supaya aku ingat macamana perasaan sakit dulu, janji yang aku buat, supaya akan berusaha untuk jadi yang terbaik kalau aku masih diberi peluang untuk hidup. supaya aku sentiasa ingat hidup ini bukan aku yang punya. hidup ni Dia yang punya. Dia boleh buat apa saja. Dia boleh tarik semua nikmat. Dan rugilah kalau aku tak pernah nak bersyukur.

jaw sakit lagi, mungkin sebagai peringatan, dulu tak boleh nak cakap pun. baru semalam mak bagi peringatan, "ha, jerit lagi kat adik. tinggi suara dengan orang. kau tak ingat ek dulu masa mulut kau sakit, tak boleh bukak pun mulut." wow. menusuk kata-kata itu. terima kasih mak, sebab ingatkan.

but most of all, thank you Allah, for I am still alive today. but, do I use all the time to remember Him, and only Him, when I can so easily immerse in perkara-perkara keduniaan?

a remembrance for me, and for all of you reading this post.

ingatlah, kita boleh mati bila-bila masa sahaja. dan tarbiyah Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk. walaupun dalam bentuk memori paling pahit dan menyakitkan. bergembiralah, kerana Allah telah memilih kita untuk ujian yang payah, kerana Allah tak akan bagi ujian yang tak mampu kita tanggung.

trauma

Psychological trauma is a type of damage to the psyche that occurs as a result of a traumatic event. When that trauma leads to posttraumatic stress disorder, damage may involve physical changes inside the brain and to brain chemistry, which damage the person's ability to adequately cope with stress.

A traumatic event involves a single experience, or an enduring or repeating event or events, that completely overwhelm the individual's ability to cope or integrate the ideas and emotionsinvolved with that experience. The sense of being overwhelmed can be delayed by weeks, years, even decades, as the person struggles to cope with the immediate circumstances.

After a traumatic experience, a person may re-experience the trauma mentally and physically, hence avoiding trauma reminders, also called triggers, as this can be uncomfortable and even painful. Triggers and cues act as reminders of the trauma, and can cause anxiety and other associated emotions. Panic attacks are an example of a psychosomatic response to such emotional triggers.

Consequently, intense feelings of anger may surface frequently, sometimes in very inappropriate or unexpected situations, as danger may always seem to be present. Upsetting memories such as images, thoughts, or flashbacks may haunt the person, and nightmares may be frequent.


sumber: wikipedia, the free encyclopedia


Thursday, June 4, 2009

l.i.f.e

aku lahir bulan februari tahun 1990.
5 tahun lepas tu, masuk tadika. 
umur 7 tahun sampai 11 tahun, sekolah rendah. aku takde memori sangat pun tentang sekolah rendah, kecuali main getah petang-petang dengan kawan-kawan dan kegembiraan masa lepas PTS dan UPSR. 
umur 12 tahun, masuk sekolah menengah. masa sekolah menengah, banyak sikit perkara menarik yang berlaku. dapat kawan baru, jumpa ramai orang, dan sebagainya.
lepas tu, masuk MRSM...punya pengalaman yang agak menarik di mrsm. belajar hidup sedikit berdikari, di sekolah berasrama, dapat kawan baru lagi, dan agak rapat juga, ambik SPM, peperiksaan paling penting bagi budak sekolah di Malaysia...
masuk KMB, belajar IB, bertungkus-lumus dalam program IB, dan sebagainya....
insyaAllah, kalau dapat result baik, dapatlah pergi belajar Medicine di Manchester dan dapat MBChB...dan jadi doktor, etc, etc, berkhidmat untuk rakyat Malaysia...
dan kalau panjang umur, sampai tua, dan kemudian mati...

itu je?

takde apa yang special pun dalam hidup kalau macam tu. kita tak menyumbang kepada apa-apa perubahan pun. kita tak berjaya mewujudkan atau mengubah satu sistem pun. berkhidmat untuk negara? so what? and then? tu je? 

kita perlu jadi manusia luar biasa yang mampu mengubah kebiasaan.

menuju puncak


Tinggi gunung Everest dari paras laut ialah 8848 m. berkali ganda tinggi klcc. setiap tahun, ramai yang akan mendaki untuk sampai ke puncak tertinggi dunia itu. dan ramai juga yang mati mencuba. ada bahagian di gunung itu yang dipanggil Death Zone kerana laluan yang cukup mencabar dan ramai yang mati di situ. 

tapi, setiap musim mendaki, ada sahaja orang yang datang dari seluruh dunia untuk menawan puncak Everest, sampaikan, ada satu tahap di mana traffic jam boleh berlaku. impian besar setiap pendaki, untuk sampai ke sana. 

bolehlah dikatakan hidup pun macam tu juga. puncak Everest tu macam kejayaan terbesar yang boleh kita capai. tapi, sebagai manusia, kita tak mahu puncak Everest tu. kita mahu apa? mestilah mahu syurga. semua orang mahu. tapi tak semua orang berusaha ke arahnya. siapa yang tak berusaha, akan rugi, dan akan kecundang di tengah jalan, macam pendaki-pendaki Everest yang mati, dan tulang mereka tidak akan reput, kerana tertanam di bawah ais. 

kita cuma hamba. yang tak berkuasa terhadap apa-apa. sekelip mata sahaja kehidupan kita ini boleh berakhir. kita tak mahu hidup dalam penyesalan, atau, mati dalam kekufuran, kerana dah tertutup pintu untuk kita berusaha, untuk mengumpul bekalan, agar dapat membantu kita menuju puncak jaya, 

Everest: Beyond the Limit, Thursday, 7.00 pm, Discovery Channel.

Skizofrenia

Schizophrenia is a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality. Distortions in perception may affect all five senses, including sight, hearing, taste, smell and touch, but most commonly manifest as auditory hallucinationsparanoid or bizarre delusions, or disorganized speech and thinking with significant social or occupational dysfunction.

Sumber: Wikipedia, the free encyclopedia.


Wednesday, June 3, 2009

keep moving forward~~

walau sekerap mana kita terjatuh, keep moving forward...

walau sejauh mana destinasi kita, keep moving forward...

walau sedekat mana kita dengan kegagalan, keep moving forward...

walau betapa banyak kejayaan yang kita dah capai, keep moving forward...

sebab, life never goes backward.... that's why we have to keep moving forward.

a picture tells a thousand words


background music : Memory

ib@kmb dah habis, btn dah habis. yang tinggal cuma hari-hari sebelum keputusan exam keluar. dan kenangan. 
kalau kat facebook, banyak gambar-gambar kenangan di kmb di post. 


memang banyak gambar-gambar yang ada. gambar sepanjang 2 tahun pengalaman di kmb je ada 17.7 GB. Banyak. hampir 20 % daripada memory hard disk komputer saya. 

bukan gambar yang penting, tapi memori dalam hati. ramai yang tak setuju dengan kata-kata saya ni. tapi, saya rasa gambar tu, kalau kita print dan simpan, boleh rosak dimakan tikus, berhabuk, berkarat, terbakar, hanyut masa banjir...
kalau simpan dalam hard disk, lagilah...boleh corrupted, hilang, dan sebagainya. 
tapi, memori tu dalam hati. tak akan hilang. 
asmak ada cakap hari tu, kalau ada gambar, membantu kita untuk mengingati memori itu. 
tapi, kalau betu-betul kenangan tu bermakna bagi kita, takkan kita nak lupa, walau sesibuk mana pun kita di masa akan datang. siapa yang dah lupa hari pertama dia ke sekolah, kali pertama naik basikal, hari dapat result SPM, hari grad kat sekolah menengah dulu...
kalau mudah sangat memori itu hilang, maka tak pentinglah apa yang berlaku tu. 

kenangan yang terindah.