Monday, June 8, 2009

credence

kadang-kadang, pengalaman buruk tu bukan senang nak lupa. dan setiap orang, lain pula pengalaman buruknya. ada orang, jatuh basikal. ada orang, kena dera. macam-macam la. sampai ada yang trauma (rujuk post trauma ).

kebelakangan ni, peristiwa hari tu asyik muncul dalam ingatan. walaupun dah 3 bulan berlalu. bak kata nana, don't worry erni, as time passes, you'll forget it...nampaknya, belum lagi.

3 bulan lalu., aku dan beberapa rakan-rakan terlibat dalam kemalangan. kalau difikirkan, takdela teruk sangat. i mean, kereta tu takdelah terbalik ke ape macam dalam action movie). despite that, kecederaan rakanku tu teruk juga. hurm, retak beberapa tulang. minta maaf, salah aku juga. masa tu, barulah kami tahu rasa sakit tulang patah, macamana susahnya kalau satu nikmat tu ditarik sementara. betapa seksanya tak dapat nak buka mulut, makan, bercakap dengan normal, angkat barang, baring dengan selesa, etc.... sepanjang hidup, tak pernah rasa sakit sebegitu. masih teringat macamana rasa gusi dimasukkan dawai yang besar tanpa dibius. teringat kata-kata doktor yang agak heartless ketika tu, "budak ni mesti meraung punyalah kalau tak bius" (kepada bakal doktor, jangan cakap macam tu depan patient, so unethical dan menakutkan patient, encouragement is better)

masa tu, kekuatan yang ada, Allah yang bagi. masa tu, terasa dekat sangat dengan Allah. rasa bagaimana kebergantungan sepenuhnya kepada Allah. hanya ingat Allah ketika tu. and nothing else. and surprisingly, kesakitan itu dapat ditahan dan hilang sedikit demi sedikit. tiada linangan air mata disebabkan kesakitan itu. dalam kepala, terlintas cerita-cerita yang pernah didengar tentang kesengsaraan zaman Rasulullah dulu, tentang sahabat-sahabat yang diseksa and all. terfikir pula, apa yang kami alami ketika itu, sakitnya, cuma sebahagian yang sangat kecil daripada mereka-mereka yang diseksa, tapi dengan bergantung kepada Allah, mereka dapat mengharunginya. rasa seolah-olah Allah sangat dekat, barulah faham ayat yang Allah itu lebih dekat daripada urat leher.

tu kisah 3 bulan lalu, 9.3.09. hari ni dah 9.6.09. betullah, manusia itu mudah lupa. mudahnya lupa perasaan itu, perasaan yang sangat mengharap. pada hari tu, aku berharap Allah bagi peluang untuk aku hidup lagi kerana, tak rasa lah pulak dah cukup bekalan andai mati saat itu. hari itu, Allah mentarbiyah kami semua, dengan cara sebegini supaya kami ingat, nyawa itu milik Allah, begitu mudah diambil semula, begitu mudahnya sesuatu perkara yang tidak dijangka akan terjadi.

hari ni, kalau naik kenderaan, akan ada satu perasaan yang tidak senang, dan kejadian hari tu muncul semula dalam kepala. masih ingat segala-galanya. fresh dalam ingatan, seolah-olah macam semalam je. and the feeling is not so pleasant. rasa takut akan datang tiba-tiba. sekarang dah tak mampu tidur dalam kereta. akan menjerit kalau ada lori lalu sebelah. akan pucat kalau abang aku (atau mana2 driver lain) potong kereta depan. sekarang pakai seatbelt all the time. dan nightmares juga. sekarang selalu termimpi berjalan-jalan then kena langgar kereta, kawan2 kena langgar kereta, naik kereta yang berpusing-pusing, kena langgar lori, etc. kalau dulu, saya suka naik kereta laju-laju, tapi sekarang, restless kalau kereta laju. setiap kali lalu selekoh, teringat lagi hari tu. anyhow, wounds healed, but the memory stays.

mungkin ingatan2 ni sebagai satu peringatan. peringatan, supaya aku ingat macamana perasaan sakit dulu, janji yang aku buat, supaya akan berusaha untuk jadi yang terbaik kalau aku masih diberi peluang untuk hidup. supaya aku sentiasa ingat hidup ini bukan aku yang punya. hidup ni Dia yang punya. Dia boleh buat apa saja. Dia boleh tarik semua nikmat. Dan rugilah kalau aku tak pernah nak bersyukur.

jaw sakit lagi, mungkin sebagai peringatan, dulu tak boleh nak cakap pun. baru semalam mak bagi peringatan, "ha, jerit lagi kat adik. tinggi suara dengan orang. kau tak ingat ek dulu masa mulut kau sakit, tak boleh bukak pun mulut." wow. menusuk kata-kata itu. terima kasih mak, sebab ingatkan.

but most of all, thank you Allah, for I am still alive today. but, do I use all the time to remember Him, and only Him, when I can so easily immerse in perkara-perkara keduniaan?

a remembrance for me, and for all of you reading this post.

ingatlah, kita boleh mati bila-bila masa sahaja. dan tarbiyah Allah itu hadir dalam pelbagai bentuk. walaupun dalam bentuk memori paling pahit dan menyakitkan. bergembiralah, kerana Allah telah memilih kita untuk ujian yang payah, kerana Allah tak akan bagi ujian yang tak mampu kita tanggung.

3 comments:

aisyah ismail ♥ said...

Saya teringin untuk mendengar Allah memanggil kita semua kelak apabila sampai di sana…

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. dan masuklah dalam SYURGAKU”

(89: 27-30)

erni.. perjuangan kte masih jauh... moga kte tdak bisa berhenti di tgh prjalanan

Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu

“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” - Pepatah Arab

=)

itana said...

saya suka post ini.
the way you bear the pain, sgt2la mmbuat ku berfikir..x ramai yg teringat Allah saat2 duduk dpan doc. yg org ingat, tlg ar doc ni wat x sakit, mcm really2 relying on the doc, but not Allah.

sahabiat said...

salam alaik...wah erni saya maafkan kamu.. yeap, those memory...still...

moga sama2 kita ditarbiyah di jalan ini ..insya Allah