Thursday, June 4, 2009

l.i.f.e

aku lahir bulan februari tahun 1990.
5 tahun lepas tu, masuk tadika. 
umur 7 tahun sampai 11 tahun, sekolah rendah. aku takde memori sangat pun tentang sekolah rendah, kecuali main getah petang-petang dengan kawan-kawan dan kegembiraan masa lepas PTS dan UPSR. 
umur 12 tahun, masuk sekolah menengah. masa sekolah menengah, banyak sikit perkara menarik yang berlaku. dapat kawan baru, jumpa ramai orang, dan sebagainya.
lepas tu, masuk MRSM...punya pengalaman yang agak menarik di mrsm. belajar hidup sedikit berdikari, di sekolah berasrama, dapat kawan baru lagi, dan agak rapat juga, ambik SPM, peperiksaan paling penting bagi budak sekolah di Malaysia...
masuk KMB, belajar IB, bertungkus-lumus dalam program IB, dan sebagainya....
insyaAllah, kalau dapat result baik, dapatlah pergi belajar Medicine di Manchester dan dapat MBChB...dan jadi doktor, etc, etc, berkhidmat untuk rakyat Malaysia...
dan kalau panjang umur, sampai tua, dan kemudian mati...

itu je?

takde apa yang special pun dalam hidup kalau macam tu. kita tak menyumbang kepada apa-apa perubahan pun. kita tak berjaya mewujudkan atau mengubah satu sistem pun. berkhidmat untuk negara? so what? and then? tu je? 

kita perlu jadi manusia luar biasa yang mampu mengubah kebiasaan.

3 comments:

shahkang said...

haha
memang kita rasa mcm tu
tapi at least kita ada gak menyumbang
tp mmg la tak nampak

jejaka said...

luar biasa cemana tu?

NaMa SaYa ErNi!!! said...

fikir la sendiri...
setiap org ade definisi msg2...