Monday, June 29, 2009

manusia luar biasa part II


sejak kecil sebahagian besar daripada kita disogokkan dengan satu mentaliti bahawa sesiapa yang cemerlang dalam peperiksaan akan berjaya dalam hidup. siapa yang malas belajar, tak akan ada kehidupan yang cerah di masa akan datang. ya, betul jugak. menurut pengalaman saya, melihat orang yang dah berjaya, pendidikan memang penting. dan salah satu cara untuk menguji tahap pendidikan kita adalah melalui peperiksaan.

ramai orang memilih untuk menjadi seperti orang biasa, blend in, be an ordinary person, etc etc...Dapat result yg ok ok sahaja, asal cukup makan, cari kerja yang ok ok sahaja, asal dapat duit tiap-tiap bulan, dan seterusnya.

bagi saya, sejak kecik saya tak suka berada dalam kalangan orang yang biasa-biasa. saya tak suka sama dengan orang lain. saya tak suka kalau dibandingkan dengan orang lain. saya tak nak jadi 'tipikal'. saya tak suka berfikir cara yang sama dengan orang lain berfikir. saya nak, bila bercakap, pandangan yang saya berikan lain daripada orang lain. benda yang saya paling tak suka dengar ialah, "erni, kau sama je dengan .....". saya tak suka pakai baju sama dengan orang lain, kasut yang sama, tudung yang sama, baca buku yang sama, guna laptop yang sama, etc etc.

saya nak berjaya, tapi saya tak nak benda yang dah biasa orang buat, saya nak buat perkara yang jarang orang buat. kalau saya berjuang untuk sesuatu, saya nak berjuang untuk perkara yang tak banyak orang yang sokong atau terima. dah banyak sangat benda ditentukan oleh pihak majoriti. kalau macam tu, siapa yang nak masuk ke dalam golongan minoriti? sedangkan, yang minoriti itulah yang mampu mempengaruhi yang majoriti.

lihat saja sejarah. yang sedikit jumlahnya mampu menundukkan yang besar. sekarang pun, negara yang kecil mampu menguasai negara yang besar. syarikat yang besar bergantung kepada syarikat yang pekerjanya sikit, tapi mampu membawa pengaruh lebih besar daripada mereka.

saya mahu jadi orang yang termasuk dalam golongan yang luar daripada kebiasaan. nak buat apa yang orang tak mampu buat. saya harapkan, satu hari nanti, saya tergolong dalam golongan kecil yang mampu mengubah sistem yang sedia ada sekarang, dalam erti kata lain, mengubah dunia. kepada apa? sudah tentulah anda tahu jawapannya, tak payah tanya saya.

oh ya, saya mahu 45 untuk IB exam juga.

2 comments:

adlan wafi said...

i like ur ambition especially the last one! all the best!

Anonymous said...

oh ya, saya mahu 45 untuk IB exam juga....erni..jangan marah saya tanya..dapat tak.if yes..congrats ye..juga kerana study medicine in uk..