Monday, June 29, 2009

menipu dan berkata-kata

"saya tak pernah menipu sepanjang hidup saya".

orang yang sebut ayat ni adalah orang yang paling banyak menipu dalam hidup. ya, memang kita akan menipu bila situasi tak memihak kepada kita. kita sering menipu untuk menjaga hati rakan-rakan kita. saya selalu lakukannya, dan saya percaya orang lain pun sama. tapi, saya tak suka. tapi, masalah akan timbul kalau kita terlalu jujur. mulalah orang nak terasa. saya pelik, orang selalu kata, "jangan tipu2 tau, jujur...", kadang2 bila kita mengucapkan perkara yang sebenar, "kau tak sepatutnya cakap macam tu, terguris hati aku. terasa tau." ironi, atau paradoks? entahlah, saya dah lama tinggalkan malay A1..(baru sebulan sebenarnya...)

bagi saya, kata-kata yang menyebabkan kita terasa tu lah yang mampu buat kita berfikir dan menilai hidup kita. bagi orang yang berfikir. kalau tak berfikir, mungkin mereka menggunakan otak mereka untuk perkara luar kawal seperti pergerakan peristalsis di salur alimentari (makan banyak), degupan jantung (berlari banyak, sebab lari daripada kebenaran), etc. lebih banyak medulla oblongata digunakan, menyebabkan bahagian otak belakang membengkak dan memberatkan kepala sehinggakan berfikir menjadi amat susah bagi mereka ini.

"erni mungkin berkata begini kerana dia banyak menyebabkan orang terasa."

ya, memang betul. saya dah lihat orang berubah muka mendengar kata-kata saya. sebab itu saya lebih suka diam sahaja. bercakap bila perlu. dan tidak memotong kata-kata orang lain. senyum bila perlu, gelak bila lawak. dan orang yang kenal dengan saya tahu tentang ini. kalau tak tahu, tak tahulah saya.

tapi, saya harap dengan terasa, mereka akan berfikir, sebab cuma orang yang betul-betul care dengan kita yang akan cakap perkara yang kurang menyenangkan. perkara yang betul, untuk mengubah kelaziman yang kurang betul. dan bukan untuk menyalahkan apa yang dah betul.

saya tak mahu jadi hipokrit yang hanya mampu mengatakan perkara-perkara manis yang orang nak dengar, sedangkan dalam hati, kita tak tahu apa perkara yang tak betul yang kita buat, sedangkan orang lain menyedarinya. kalau tak menarik, cakap tak menarik.

atau lebih baik diam sahaja.

saya teringat cerita yang pernah orang cerita kat saya dulu. satu hari, Aisyah masak untuk Rasulullah. tak sedap. masih tak silap. bila Rasulullah rasa, Aisyah tanya, sedap ke tak. Rasulullah suruh Aisyah rasa sendiri dulu.

a very clever way to tell the truth without hurting anybody.

"terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan merana/binasa." ~pepatah Melayu~




3 comments:

Zarith Shafie said...

i can see sometimes u r holding urself back..
heh..
yeah, ko mmg kadang2 frank ngn orang..
n ku agak bersetuju dengan keterasaan tu..
tp at times, ada masa lebih baik utk kita masuk ikut pintu belakang rather than terjah masuk ikut pintu depan..
heh.. metaphors..
still, ku stuju ngn ko up to an extent..

dekat peti sjuk ku,
ada tertampal,
"jika saya berbuat salah dan anda berani menegur saya, anda adalah sahabat saya.
jika saya berbuat salah dan anda tidak menegur saya, anda bukan sahabat saya.
jika saya berbuat salah dan anda masih memuji saya, anda sebenarnya adalah musuh saya.
jika saya berbuat baik, berpada-padalah memuji,
takut menggugat iman saya.."

sape tah tampal.. but meaningful to me.. heh..
n yeah.. anda sahabat ku jika anda menegur saya.. n thanx for dat.. =)

NaMa SaYa ErNi!!! said...

sama2...ko pun sahabat ak gak....

adlan wafi said...

saya sahabat korang jgk ;)

tapi kan, ble kawan kte ckp sumthin yg honest kan, rase mcm terharu jgk sebenarnye though it hurts sbb it really means that they care

btw, saye kagum yg wan ade peti sejuk personal!