Thursday, June 4, 2009

menuju puncak


Tinggi gunung Everest dari paras laut ialah 8848 m. berkali ganda tinggi klcc. setiap tahun, ramai yang akan mendaki untuk sampai ke puncak tertinggi dunia itu. dan ramai juga yang mati mencuba. ada bahagian di gunung itu yang dipanggil Death Zone kerana laluan yang cukup mencabar dan ramai yang mati di situ. 

tapi, setiap musim mendaki, ada sahaja orang yang datang dari seluruh dunia untuk menawan puncak Everest, sampaikan, ada satu tahap di mana traffic jam boleh berlaku. impian besar setiap pendaki, untuk sampai ke sana. 

bolehlah dikatakan hidup pun macam tu juga. puncak Everest tu macam kejayaan terbesar yang boleh kita capai. tapi, sebagai manusia, kita tak mahu puncak Everest tu. kita mahu apa? mestilah mahu syurga. semua orang mahu. tapi tak semua orang berusaha ke arahnya. siapa yang tak berusaha, akan rugi, dan akan kecundang di tengah jalan, macam pendaki-pendaki Everest yang mati, dan tulang mereka tidak akan reput, kerana tertanam di bawah ais. 

kita cuma hamba. yang tak berkuasa terhadap apa-apa. sekelip mata sahaja kehidupan kita ini boleh berakhir. kita tak mahu hidup dalam penyesalan, atau, mati dalam kekufuran, kerana dah tertutup pintu untuk kita berusaha, untuk mengumpul bekalan, agar dapat membantu kita menuju puncak jaya, 

Everest: Beyond the Limit, Thursday, 7.00 pm, Discovery Channel.

No comments: