Saturday, July 25, 2009

Kisah Hari Sabtu

Hari ni barulah keluar rumah lepas seminggu demam. Niat di hati nak pergi buat medical checkup. Pagi tadi, dalam pukul 9, "Kak Uda, kata nak pergi hospital, buat checkup. Bangun la."

"Malas la. Nak tido. Isnin la." Maklumlah, malam tadi tidur lambat, tengok cite Wizards of Waverly Place.

Tiba-tiba teringat. Eh, bukan hari isnin nak pergi KMB dengan Asmak? Hurm, kenalah bangun nampaknya. Dah bersiap, turunlah ke dapur. Hasrat hati nak makan. Lapar. Tengok nasi dagang. kalau makan, lambat pulak. malas lah. sebelum keluar, hampir dimarahi kerana tak makan. ah, nasiblah, i made up my mind.

Dalam pukul 9.45, naiklah teksi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak. Pak cik teksi tu baik pula orangnya. "Awak ni asyik batuk aje. Tak sihat ke?"

"Saya baru baik demam. tapi, saya nak pergi hospital sebab nak buat checkup."

"Dapat kerja baru ke?"

"Bukan. Nak sambung belajar."

"Ke mana?"

"UK."

"Oh, bagus. Ambik bidang apa? Mak ayah awak mesti bangga."

"Perubatan. Mak ayah saya biasa-biasa je."

"Nanti, sampai sana, belajar rajin-rajin. Kita pergi negeri orang kena jaga diri baik-baik. Ingat, belajar tu penting."

Terima kasih Pak Cik teksi. "Hurm, kalau tak belajar betul2, bukan main banyak nanti kena bayar balik."

Sampai di hospital, soalan sama ditanya.

"Adik nak sambung belajar mana?"

"UK."

"Oh, UKM?"

"Bukan UKM. UK."

"Oh, bagus2. Belajar baik2."

Terima kasih kepada orang-orang tak dikenali yang telah memberi nasihat kepada saya. Memang bagus, anak bangsa mereka dapat pergi ke luar sana dan belajar di sana. Mereka mengharapkan yang terbaik, dan kejayaan anak bangsa mereka sendiri. Yalah, duit mereka juga. Duit rakyat. RM 1.2598 juta. Banyak tu. Hasil duit orang ramai. Amanah orang ramai. Kepada rakan-rakan, ingat. Amanah orang tu.

Hospital tu ramai orang. Macam sesetengah hospital kerajaan yang tak sibuk. Nak masuk ke wad kecemasan untuk berjumpa doktor, kena guna hand sanitizer dan check temperature dulu. Langkah berjaga2. H1N1 kan sekarang.

Disebabkan saya asyik batuk, ramai lah orang yang pandang semacam. Mungkin dorang ingat saya kena H1N1. Haha. saya demam je, dah baik dah pun. Batuk sikit2 aja. Mungkin orang pandang sebab bila batuk, tak tutup mulut guna tisu. Maaflah, tak bawak tisu.

Doktor: Datang dengan sape ni?
"sorang je."
Doktor: Ni nak pergi mana ni?
"UK." Nasib baik tak jawab, lepas ni nak balik rumah. nampak bodoh pulak kalau jawab macam tu.
Doktor: Bagus, bagus.

Bagus. Jadi, lepas habis checkup, masa menunggu bas rapidkl muncul, saya pun terasa macam nak tengok cerita Harry Potter. Jam baru pukul 11.30. Awal lagi. Checkup tak sampai 2 jam. Ke KLCC kita mari! Setelah memujuk kakak saya, akhirnya dia dengan mudah membenarkan saya ke KLCC dengan alasan nak pergi tengok cerita Harry Potter. Akhirnya, tengok juga! Best!

Kat Kinokuniya pun bnayak buku best. Nak beli buku "Post American World" ngan " The Idea of Zionism." Duit pun takde, tengok jela. Jeles dengan orang yang boleh pickup buku banyak2 dan bayar. HUrm, no money, no talk. Tengok jela.

Akhirnya, saya pulang ke rumah pada pukul 5.30 petang dengan menaiki LRT selepas bersiar-siar di Vincci tengok kasut baru yang cantik. Of coz, no money, no talk. Hari Sabtu yang tidak berapa menarik, tapi, baguslah boleh keluar rumah sekali sekala. Esok: di rumah sahaja. Isnin: Ke KMB kita!

Friday, July 24, 2009

KULSEM'S DAY OUT

Kepada perempuan sume,

mari ke KULSEM's DAY OUT.

bila? 30 julai 2009

kat mana? KLCC

pukul? 10 pg

sampai? 4 ptg kot

nak bawak apa? kertas lukisan. haha. takyah bawk pape. bawak telinga dan mata. dan kaki.

nak pergi? nek lrt boleh, bas rapidkl pun boleh, teksi pun boleh, tumpang kawan pun boleh.

JOM JOM!!!

Apakah yang dah berlaku? Blog ini sudah matikah?

Apa? Betul ke?
Eh tidak. Blog ini belum mati. Masih sihat walafiat.
Minggu lepas sibuk dengan demam. tak sempat nak update.
sekarang takde modal la pulak.
Tengokla nanti. Bila ada idea, updatelah.

Wednesday, July 8, 2009

edisi khas selepas IB - Jalan - jalan di KMB

dah 2 tahun berlalu sejak masuk ke KMB kali pertama dan mengenali program IB yang dikatakan sebagai tough tu. apapun, IB dah berlalu, examnya dah berlalu, resultnya pun dah berlalu, alhamdulillah lepas requirement..now praying for the unconditional offer pula. apapun, perjalanan di kmb banyak ceritanya, ada yang best, ada yang tak best, tapi itulah pengalaman berharga.



di kmb, saya tinggal di blok E, bersama mereka yang best.


belajar pula dalam kelas yang best bersama classmate yang best2 belaka.

cas project kat sabak bernam.


bercuti di cameron. gambar ni cool.


buka puasa kat alamanda. happy times.


beraya kat rumah Cikgu Azlinda. best.



irpku yang sangat best dan bising.


pose menarik di pokok berhantu.


gambar comel dalam lab.


exhibition time!!!


batik bergaya..kami kaler sume tu!!!haha..

the gurlz.


the guyz.


M07N yang disayangi. haha. nampak sangat farid di'photoshop'.

CAS pun tak kurang best. lagi banyak yang dipelajari semasa CAS. jumpa orang-orang istimewa, main dengan haiwan kat zoo, jumpa gajah, pergi jumpa orang Kemboja, buat yearbook...macam-macamlah.


Zoo Negara.


Gajah kat Kuala Gandah.

Sehati Serumpun. pengalaman paling berharga.

geng Sehati Serumpun di Angkor Wat.


masa-masa yang best.


Sehati Serumpun Hi Tea. yang ni pun best juga.


front cover yearbook yg kami hasilkan. cantik kan?


Prostar Camp.


PDK Telok Panglima Garang bersama group saya, Group D.

and lastly, di kmb la saya mengenal apa itu ukhuwwah islamiah. harap bond of ukhuwwah ni akan kekal terjalin walau di mana saja kita berada.





dan harapnya, lepas ni, walau destinasi berbeza, kita tahu asal-usul kita, dan untuk apa kita di sana. masa lalu tak akan berulang lagi, tapi, apa yang baik, kita kutip, yang buruk, kita perbaiki. tak guna tahu sejarah tapi tak ambil pengajaran, betul tak?



harap-harap lepas ni, di sinilah destinasi saya, insyaAllah. kepada rakan-rakan, jangan lupakan saya.

TAMAT.

Thursday, July 2, 2009

renungan pendek

semasa menyalin semula nota2 lama, saya terjumpa beberapa informasi berguna dalam buku nota, koleksi ceramah-ceramah khamis malam jumaat yang diadakan tiap2 minggu di kmb. mujurlah ada nota sedikit, kalau tak mesti dah tak ingat isi-isi ceramah. walaupun ada yang tulis beberapa baris sahaja (biasalah, kalau dah sampai tengah2 ceramah tu ada tendency untuk terlelap seketika, especially kalau penceramah tu membosankan dan pelajar-pelajar KMB yang bajet pandai semuanya nak memberikan pandangan masing-masing semasa ceramah berlangsung yang mengganggu tumpuan orang yang nak mendengar). antara isi-isi yang menarik perhatian saya hari ini:

mati, boleh dalam :
  • husnul khatimah (cahaya yang baik)
  • su'ul khatimah (malaikat menyentap nyawa dan roh dibungkus, busuk dan dihadapkan kepada Allah, lalu Allah menempelak roh mereka, kemudian disoal oleh Munkar & Nakir dalam kubur, dan ditunjukkan jalan ke neraka bagi mereka)
mesti kita tak nak mati dalam keadaan su'ul khatimah.

moga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah.

sekadar renungan pendek.