Saturday, July 25, 2009

Kisah Hari Sabtu

Hari ni barulah keluar rumah lepas seminggu demam. Niat di hati nak pergi buat medical checkup. Pagi tadi, dalam pukul 9, "Kak Uda, kata nak pergi hospital, buat checkup. Bangun la."

"Malas la. Nak tido. Isnin la." Maklumlah, malam tadi tidur lambat, tengok cite Wizards of Waverly Place.

Tiba-tiba teringat. Eh, bukan hari isnin nak pergi KMB dengan Asmak? Hurm, kenalah bangun nampaknya. Dah bersiap, turunlah ke dapur. Hasrat hati nak makan. Lapar. Tengok nasi dagang. kalau makan, lambat pulak. malas lah. sebelum keluar, hampir dimarahi kerana tak makan. ah, nasiblah, i made up my mind.

Dalam pukul 9.45, naiklah teksi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak. Pak cik teksi tu baik pula orangnya. "Awak ni asyik batuk aje. Tak sihat ke?"

"Saya baru baik demam. tapi, saya nak pergi hospital sebab nak buat checkup."

"Dapat kerja baru ke?"

"Bukan. Nak sambung belajar."

"Ke mana?"

"UK."

"Oh, bagus. Ambik bidang apa? Mak ayah awak mesti bangga."

"Perubatan. Mak ayah saya biasa-biasa je."

"Nanti, sampai sana, belajar rajin-rajin. Kita pergi negeri orang kena jaga diri baik-baik. Ingat, belajar tu penting."

Terima kasih Pak Cik teksi. "Hurm, kalau tak belajar betul2, bukan main banyak nanti kena bayar balik."

Sampai di hospital, soalan sama ditanya.

"Adik nak sambung belajar mana?"

"UK."

"Oh, UKM?"

"Bukan UKM. UK."

"Oh, bagus2. Belajar baik2."

Terima kasih kepada orang-orang tak dikenali yang telah memberi nasihat kepada saya. Memang bagus, anak bangsa mereka dapat pergi ke luar sana dan belajar di sana. Mereka mengharapkan yang terbaik, dan kejayaan anak bangsa mereka sendiri. Yalah, duit mereka juga. Duit rakyat. RM 1.2598 juta. Banyak tu. Hasil duit orang ramai. Amanah orang ramai. Kepada rakan-rakan, ingat. Amanah orang tu.

Hospital tu ramai orang. Macam sesetengah hospital kerajaan yang tak sibuk. Nak masuk ke wad kecemasan untuk berjumpa doktor, kena guna hand sanitizer dan check temperature dulu. Langkah berjaga2. H1N1 kan sekarang.

Disebabkan saya asyik batuk, ramai lah orang yang pandang semacam. Mungkin dorang ingat saya kena H1N1. Haha. saya demam je, dah baik dah pun. Batuk sikit2 aja. Mungkin orang pandang sebab bila batuk, tak tutup mulut guna tisu. Maaflah, tak bawak tisu.

Doktor: Datang dengan sape ni?
"sorang je."
Doktor: Ni nak pergi mana ni?
"UK." Nasib baik tak jawab, lepas ni nak balik rumah. nampak bodoh pulak kalau jawab macam tu.
Doktor: Bagus, bagus.

Bagus. Jadi, lepas habis checkup, masa menunggu bas rapidkl muncul, saya pun terasa macam nak tengok cerita Harry Potter. Jam baru pukul 11.30. Awal lagi. Checkup tak sampai 2 jam. Ke KLCC kita mari! Setelah memujuk kakak saya, akhirnya dia dengan mudah membenarkan saya ke KLCC dengan alasan nak pergi tengok cerita Harry Potter. Akhirnya, tengok juga! Best!

Kat Kinokuniya pun bnayak buku best. Nak beli buku "Post American World" ngan " The Idea of Zionism." Duit pun takde, tengok jela. Jeles dengan orang yang boleh pickup buku banyak2 dan bayar. HUrm, no money, no talk. Tengok jela.

Akhirnya, saya pulang ke rumah pada pukul 5.30 petang dengan menaiki LRT selepas bersiar-siar di Vincci tengok kasut baru yang cantik. Of coz, no money, no talk. Hari Sabtu yang tidak berapa menarik, tapi, baguslah boleh keluar rumah sekali sekala. Esok: di rumah sahaja. Isnin: Ke KMB kita!

5 comments:

f said...

cool la sifu! g medikel cekap sensorang. ai, sy ni bergantung kat parents lg rupenye =(

sifu=sumber inspirasi

kui3

~aozora~ said...

erm..erm..erm..

teh bunga chrysanthemum said...

lol....mimy takkan ko pegi ngn mak ko kot..wei, dah besar dah, jgn nyusahkan orang lg...ish2..

kepada asmak, pe yg erm erm erm tu?

~aozora~ said...

hehe..xde pape..saje..hmm..hmm..

aisyarazak said...

aah. jeles ngn org yg leh bw bakul kat kino then beli buku byk2. huhu...