Sunday, August 9, 2009

wait a minute LAH!!!


bila nak buat homework ni, nanti kalau bertangguh nanti bertimbun pulak...

"alah rilek LAH, esok boleh buat."

~esok bertambah lagi homework~

bila nak potong rumput depan rumah, dah panjang ni.

"alah, malas LAH, esok petang kalau mendung potong la..."

~tak mendung2 sampai sebulan. dah jadi semak dah depan rumah tu.~

bila nak bersihkan bilik dan kipas ni, makin banyak habuk.

"alah, esok LAH...hari ni malas."

~habuk makin banyak sampai sempot orang dalam rumah dan bilik macam tongkang pecah~

bila nak berhenti buat perkara lagho dan start tambah ilmu yang sikit ni. gunakan masa lapang sepenuhnya.

"alah, kejap lagi LAH. nak facebooking jap. jap. jap."

~sampai lepas sebulan sama je alasannya.~

bila nak bertaubat ni, dosa makin banyak kumpul.

"alah, enjoy dulu LAH. tua nanti taubat la."

~tiba-tiba esok mati. H1N1 makin teruk sekarang~

1 comment:

...zUlaIkHA... said...

Setuju...

seolah-olah semua orang sekarang ni hanya menunggu saat kematiannya sahaja..