Saturday, August 8, 2009

persediaan/preparation



bulan 9 dah nak fly. semua orang sibuk buat visa, isi borang tu borang ni, cari accommodation, contact2 senior tanya bagaimana di sana. overall, semua orang sibuk. dan oh, ada juga yang masih sibuk menunggu surat. bersabarlah ye. dalam bersedia tu, ada yang tak sedar ramadan semakin hampir. sudah bersediakah kita menyambut ramadan. ramai yang dalam kepala, termasuk saya (kadang2) fikir pasal raya. raya tak sempat lah, fly malam raya lah, macam2. tapi takpela, janji ingat ramadan dah nak hampir, dan perlulah bersedia. bagi yang tak habis lagi ganti puasa, cepat2la, nanti tak sempat pula. tapi saya yakin semua orang dah tak sabar menyambut ramadan.

sedang2 saya membuat list barang2 yang perlu dibeli etc etc, dan mengira bajet yang hampir mencecah RM1000, saya terfikir. manalah nak cari duit. silap2 bawak beg kosong je. haha. tiba-tiba terfikir. persediaan materialistik dah dirangka bajetnya. persediaan ilmu bagaimana? yelah, nak ke tempat baru, environment baru, cabaran pun baru juga. dah bersediakah saya? dah cukup ilmu di dada? nak berjuang dan bekerja di sana pula? teringat kata2 pa'a pada suatu malam di surau blok F, "nak p oversea, at least juzuk amma kena la hafal, macam mana nak jadi murabbi berjaya macam ni." hurm, betul tu pa'a. dah berbulan cuti. juzuk amma pun tak habis hafal lagi. hampeh ada la. eh, bukan hampeh, asalkan berusaha, kalau tak usaha langsung barulah hampeh. hahaha.

betul juga cakap pa'a. ada masa lagi ni untuk lengkapkan diri dengan ilmu. kalau tak, macam mana nak bawak islam di sana pula? mari rakan2, kita berusaha! agar islam tertegak di mana jua kita berada.

sekadar pandangan.

fin.

4 comments:

MimY LianA said...

itu betul erni

Scorpie said...

mana shoutbox??

NaMa SaYa ErNi!!! said...

hehe..kejap2..jap lg ada semula...

~aozora~ said...

sy sokong ckp mimy..teruskan usaha erni..