Thursday, August 13, 2009

sakit, penyakit & menyakitkan

sakit itu. sakit ini. macam-macam penyakit ada kat dunia sekarang ni. H1N1, cancer, tuberculosis, melanoma, dementia...kalau nak senaraikan sampai tahun 2020 tak habis lagi. masa sakitlah kita baik. masa sakitlah kita nak minta maaf dengan orang. masa sakitlah kita nak berdoa bersungguh-sungguh. masa sakitlah kita beriya-iya minta pada Pencipta kita, supaya disembuhkan penyakit, supaya terselamat, supaya tak dijangkiti, kerana kita takut, kalau-kalau kita akan mati. sebab penyakit ini. kita takut kita akan bergantung kepada ubatan selama-lamanya. kita takut dengan masa depan. kita takut akan kesakitan.

sakit ini adalah ujian. bagaimana kita boleh bertahan. sejauh mana kebergantungan kita padaNya. bila sakit, dosa-dosa berguguran. Allah bagi peluang untuk dosa-dosa kita digugurkan. Allah bagi peluang untuk kita sentiasa dekat denganNya. Allah bagi peluang supaya kita mohon padaNya, tanpa bergantung kepada yang lain.

kita mesti pernah dengar cerita pasal Nabi Ayub kan, Nabi Ayub sangat sabar dengan ujian yang Allah beri, walaupun anak-anak dan isterinya semua meninggalkannya keseorangan. kerana Allah itu sentiasa bersamanya. sampaikan semua anggota badannya ditimpa penyakit, hanya tinggal hatinya yang digunakan untuk mengingati Allah. Dan dengan izin Allah juga, Nabi Ayub sembuh daripada penyakitnya. Kisah ini ada dalam al-Quran.

Sabarlah seperti mana Nabi Ayub. Allah ingin menguji kita dengan kesakitan. Allah boleh menguji kita dengan apa sahaja. dan kita yakin, orang beriman itu sentiasa diuji. biarlah kita menangis kerana ingatkan Allah, bukan menangis kerana sakit semata-mata. kerana kesakitan itu Allah yang beri, dan jika kesakitan itu sentiasa mendekatkan kita kepadaNya, bersyukurlah di atas kesakitan itu, dan jika dengan izin Allah kita sembuh, bersyukurlah berkali ganda kepadaNya.

penyakit mengingatkan kita dengan kematian. apatah lagi kalau penyakit itu berbahaya. yang doktor kata, kita tak ada peluang lagi nak hidup. Allah itu Maha Kuasa, Dia boleh buat apa saja. Miracle happens, dengan kuasa Allah. kita kena ingat, mati itu tetap akan datang walau kita tak sakit sekalipun. senang sahaja. accident pun boleh mati. duduk atas kerusi pun boleh mati. sebab tu orang bijak ialah orang mengingati mati.

masa depan. kita takut dengan masa depan. kita takut kita tak ada masa depan kalau kita ditimpa penyakit yang kronik, atau yang melibatkan kecacatan, etc. Masa depan itu bukan kerja kita. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada 45 minit akan datang pun, apa yang kita boleh buat ialah merancang dan berusaha ke arah plan kita tu, tapi perancangan Allah tu juga yang lebih baik.

jangan takut dengan kesakitan, jangan takut dengan penyakit. kerana yang kita perlu takut ialah Dia, yang mencipta kita, yang berkuasa mengadakan penyakit-penyakit itu. tapi, kita perlu berusaha untuk mencegah, sebab kita tak boleh lakukan perkara yang boleh memudaratkan diri kita, apatah lagi kalau boleh menyukarkan kita untuk beribadah.

dan bukan ubat, atau doktor yang mampu menyembuhkan kita. kita hanya mampu berikhtiar. cuma Allah yang berkuasa menyembuhkan.

Cerita selingan: Saya ingat lagi masa saya sakit, ramai kawan-kawan yang ingatkan saya supaya ingat Allah. Ayat yang saya paling suka (masih ingat sampai sekarang), if Allah brings you to it, He will bring you through it.

A person with a positive skin test, a normal chest x-ray, and no symptoms
most likely has only a few TB germs in an inactive state and is not contagious.
Nevertheless, treatment with an antibiotic may be recommended for this person to
prevent the TB from turning into an active infection. The antibiotic used for
this purpose is called isoniazid (INH). If taken for six to 12 months, it will
prevent the TB from becoming active in the future. In fact, if a person with a
positive skin test does not take INH, there is a 5%-10% lifelong risk that the
TB will become active (source: http://www.medicinenet.com/tuberculosis/page5.htm)

No comments: