Saturday, August 8, 2009

titik hitam


apa yang anda nampak dalam gambar di atas?

tentu titik hitam bukan? sungguh mudah untuk kita nampak titik hitam itu kerana yang hitam itu telah 'mengotorkan' yang putih.

sama saja dengan pandangan manusia. biasanya orang akan nampak titik hitam yang kecil berbanding latar belakang putih yang besar di belakang titik hitam itu. kalau kita anggap titik hitam kecil itu sebagai perkara negatif atau keburukan seseorang, bolehlah kita membuat andaian bahawa orang sering melihat keburukan orang lain terlebih dahulu berbanding kebaikannya. apabila keburukan orang dah dikesan, semua benda baik yang dilakukannya tidak akan dipandang malahan tidak dipedulikan. beginilah manusia. saya, anda juga manusia. kita ada tendency untuk men'judge' orang berdasarkan perkara buruk yang dilakukannya sedangkan yang dilakukannya itu mungkin tidak sengaja. atau dia tidak tahu perkara itu salah.

oleh itu, daripada kita mencemuh seseorang kerana keburukannya, maka baiklah kita menolongnya ke arah yang lebih baik. itu merupakan perbuatan yang lebih mulia daripada mengumpat di belakang orang. ramai orang sanggup makan daging saudaranya sendiri berbanding membantu mereka. dapat pahala.

fin. fikirkanlah.

No comments: