Thursday, September 17, 2009

malam terakhir di malaysia



bye2 malaysia! moga ketemu lagi.




rakan2, teman, sahabat, musuh ke, org x dkenali, sesape je lah, doakan selamat perjalanan saya ke manchester, moga berjaya di sana. moga di bawah lindungan hidayah Ilahi selamanya.




salam pertemuan. salam persahabatan. salam 1 Malaysia.


Tuesday, September 8, 2009

aku nak jadi macam..

dulu2, aku pernah ada cte2 nak jadi pembuat gula2, boleh menggembirakan kanak2 dengannya. segala kesedihan dapat dilupakan dengan keenakan dan kemanisan gula2. orang mengantuk dalam kelas, kalau ada gula2 pun bagus juga.

dulu2, aku pernah ada cte2 nak jadi pelukis manga. macam fujio f. fujiko (atau adakah namanya fujiko f. fujio...). die buat kartun doraemon sangat best. since 1970. sekarang pun ada lagi kartun doraemon kat ntv7. dan aku masih gelak dengan gembira bila tengok doraemon.

aku pun pernah ada cte2 nak jadi seorang wartawan. yelakan, aku kan busy body. sesuai la. tapi, nak jadi wartawan pun kena pandai menulis. aku tahu menulis (yela, semua orang tahu..) tapi x excellent.

aku pernah ade cte2 nak jadi angkasawan juga. nak pergi ke bulan, lompat2 macam neil amstrong. (bila aku tgk video moon landing hoax masa tok, aku kecewa..haha tapi mythbusters team da provekan moon landing hoax tu bukan hoax. haha...busted man...ngehe)

aku pernah ada cte2 nak bukak zoo. sebab nak bela harimau. cool ape bela harimau. tapi harimau endangered species. dan masa buat voluntary work kat zoo negara, sangatlah tak best menjaga zoo.

aku pernah ada cte2 nak jadi waiter. ala bukan waiter cikai2. waiter baik punya. yang biasa ade kat hotel2 5 bintang tu.

aku pernah ada cte2 nak jadi macam j.k. rowling. wah, dia jadi jutawan tulis buku mengarut pasal ahli sihir je.

aku ada keinginan nak jadi macam beberapa orang yang aku kenal. nak jadi macam suhaila, sebab dia rajin. nak jadi macam ijah, sebab dia semangat. nak jadi macam aisyah ismail, sebab die sangat mantap. nak jadi macam asmak, sebab dia sangat baik dan bertimbang rasa. nak jadi macam kinah, dia sangat carefree, nak jadi macam syamin, dia baik dan semua orang suka dia. nak jadi macam ashley faizah, dia sangat straightforward and honest. nak jadi macam ameera fatin, yang selalu ceria. nak jadi macam wanchong, disukai ramai dan baik hati. nak jadi macam arep, dia selalu menggembirakan orang lain. nak jadi macam kak cik, dia sanggup berkorban demi family. nak jadi macam abg long, sangat bertanggungjawab. nak jadi macam kak long, baik gila dengan adik beradik. nak jadi macam orang2 lain yang berjaya.

nak jadi macam orang itu dan orang ini. nak jadi itu dan ini. nak jadi macam rasulullah, contoh ikutan terbaik.

bukan setakat nak. kalau nak jadi macam rasulullah, kena ikut sunnah. bukan setakat nak ikut sunnah. owh, tahu sirah juga. dan Quran juga.

walau apa pun, nak jadi siapa pun, lebih bagus kalau, saya nak jadi orang yang buat orang lain cakap, saya nak jadi macam erni. in a good way of course.

you must dream big to act big.

Sunday, September 6, 2009

ke mana 3 bulan menghilang?


masa itu emas. masa itu duit. demi masa, manusia itu dalam kerugian. masa masa masa. masa tak boleh berputar kembali, masa akan terus meninggalkan kita.

ke mana 3 bulan menghilang?

well, let's see.

bulan pertama: lepas habis exam, pergi btn, balik daripada btn, pergi pahang, balik daripada pahang, ke mersing. sebelum result exam keluar, melangok kat rumah. tak buat apa2. tak kerja, tak keluar rumah langsung.

bulan kedua: lepas result keluar, cepat2 mara panggil ambik agreement. dok kl la plak. bosan juga. lepas sehari dok kl, tiba2 demam pulak. hampir 2 minggu. nasib baik bukan h1n1. kalau tak, naya je. semua program predeparture yang ada masa tu tak pergi.

bulan ketiga: lepas semuanya selesai, pulang semula ke mersing. melangok lagi. sebelum tu, ada lah pergi jalan2 sekitar kl, sebab ada predeparture la, induksi la, jalan2 dengan asmak, buat visa, macam2 lagi. ok la juga. 2 minggu terakhir dihabiskan di mersing sahaja dan kembali melangok. oh ya, menghabiskan ramadan bersama keluarga.

dah nak pergi uk dah. rasa cam malas pulak nak blaja balik. (ya Allah, teroknye kau erni..). ada beberapa doubts, kadang2 rasa betul ke amek medic ni. sepanjang hidup x pernah ada cita2 nak jadi doktor pun. hurm, ada hari lain pulak, rasa, betul ke pilihan aku nak p universiti yang fully pbl ni. kang kalau ketinggalan kang, bla3...kena berdedikasi habis la camni.

tapi, ini lah yang terbaik untuk aku. perancangan Allah kan yang terbaik. banyak sangat kalau. apa yang perlu dilakukan selepas ni, walau di mana pun kita, ialah berusaha dengan sepenuh keikhlasan.

sekian.

salam ramadhan al-mubarak.

Friday, September 4, 2009

come home

background music: one republic - come home


oh, bila terfikir lagi beberapa minggu je nak fly ni, terasa nostalgic. akan meninggalkan malaysia buat masa yang lama. satu tempat yang sangat berbeza. dah 19 tahun tinggal, belajar, menetap kat malaysia, tiba-tiba nak pergi tempat orang. untuk masa yang agak lama. 5 tahun. budak kecik dah besar dalam 5 tahun. lepas 5 tahun, anak sedara yang paling kecik pun dah 10 tahun. dah besar tu. well, bukannya tak balik langsung dalam 5 tahun. terima kasih kepada teknologi dan mara yang memberi duit, bolehlah balik kalau simpan duit sikit2. teknologi pun ada. boleh ym, skype, facebook, dan bermacam2 lagi. sekarang bukan 10 tahun dulu, teknologi dah maju.

lepas pergi tempat orang, akan rasa rindu kat tempat sendiri, rindu kat mak ayah, keluarga, kawan2 yang masih disini. bila kat sini, takdelah rasa nak rindu sangat. minggu lepas, masa kat umah abang, yang dah diduduki sejak bulan julai. dan berzaman tinggal kat situ. dah bosan dah pun, rasa macam tak sabar2 nak balik rumah sendiri. tapi, bila dah balik, gaduh ngan adik la, kena marah ngan akak la. konflik dengan mak la. tarik muka la. gaduh la. macam2. lagi2 aku ni yang useless kat rumah. tak buat kerja langsung. orang lain adalah nak tolong2 mak masak ke, apa ke, yelah kan, nak fly, kena la pandai masak. tapi aku tak kisah langsung. reti masak ape je pun. nasi goreng,mi goreng, sambal2...ala benda2 mudah. nak masak lauk2 complicated memang x reti la. setakat level ayam masak kicap je ha. gulai sme jangan cerita la. sup2 lagi la. betapa malasnya aku sampai fikir nanti nak makan roti jela. oat pun ok. ya Allah, pemalasnye aku ni.

dah tau diri tu pemalas, tapi tak suka kalau orang cakap aku malas. sebab aku dah tahu aku malas, so tak suka kalau orang lain yang bagitau aku malas. huh. apa punya perangai. teruk betul.

bila mak aku cakap, kenapalah kau tak macam akak kau, walau tak reti masak pun, tapi still jenguk2, tanya, kalau2 ada nak tolong. ni tak, tengok pun jauh sekali. hurm, beberapa orang dalam family yang dah label aku macam tu. pemalas. sanggup tidur tak beralas cadar sebab malas nak kemas cadar bila bangun tidur. yalah, benda yang paling aku tak suka buat ialah kemas cadar, katil, etc. tak tahu kenapa. benda yang aku rajin buat cuma belajar. haha nampaknya mereka belum kenal aku yang sebenar. rajin belajar? tu zaman pmr ada lah. sekarang dah malas. pemalas, menghabiskan duit je, mengahabiskan beras. tau mintak duit, tapi keje tak nak. teruk.

tapi, seteruk mana pun aku, di sini tetap rumah aku, tetap family aku. nothing can change that. tak kisah pun. orang boleh kata apa mereka nak, tapi aku tetap aku. aku yang buat pilihan apa yang aku nak buat. aku cuba untuk jadi yang terbaik.

walau seannoyed mana pun aku dengan lawak bodoh yang tak kelakar adik beradik aku, diorang tetap adik beradik aku. walau lain macamana pun perangai aku dengan adik beradik aku yang lain, aku tetap sebahagian daripada family.

urh, my chest is hurting while writing this post.

apa pun, doa je yang aku mintak, duit yang aku pinjam aku akan bayar balik, insyaAllah. bila aku ada duit.
aku tau family aku takkan baca post ni pun, tapi x kisah la. it's the thought that counts.

masih mencuba untuk menjadi yang terbaik.

harap2 usaha itu berkali ganda di bumi Manchester, insyaAllah.


Hello world
Hope you're listening
Forgive me if I’m young
For speaking out of turn
There’s someone I’ve been missing
I think that they could be
The better half of me
They’re in the wrong place trying to make it right
But I’m tired of justifying
So i say you’ll..

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
So come home

I get lost in the beauty
Of everything i see
The world ain’t as half as bad
As they paint it to be
If all the sons
If all the daughters
Stopped to take it in
Well hopefully the hate subsides and the love can begin
It might start now..
Well maybe I’m just dreaming out loud
Until then


Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home

Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
Everything i can’t be
Is everything you should be
And that’s why i need you here
So hear this now

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
And right now there's a war between the vanities
But all i see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
Ever known
So come home
Come home

Tuesday, September 1, 2009

Suhaila's donat!


Kepada rakan kelas saya Suhaila, selamat terbang ke Olomouc. Semoga selamat, sejahtera dan berjaya di sana.


resepi donut su:

-Tepung 1kg
-gula (dikisar) -1 cawan
-marjerin/planta - (lbh kurang sengenggam la)... Read More
-telur sebiji
-yis 1 paket (larutkan dalam air)
-air (+- 1 cawan)

gaul sumer bahan2 tu hingga sebati. Campur kan air sikit2 sehingga membentuk doh. Uli dan uli sehingga anda rasa ulian anda dah rasa best. (Bahagikan doh yg besar tu kepada 3 atau 4 doh yg lebih kecil.. nanti senang nak bentuk)Then, biar about 30 minutes supaya tepung naik.

then, bolehla bentukkan doh ikut bentuk yg disukai..tak kisah la bulat ke, pintal2 ke.. asal leh makan..

Panaskan minyak..lepas dah bentuk donut tu, jgn goreng terus.. tunggu jap supaya donut tu naik lagi..

Goreng donut sekejap je.. Once masuk dalam kuali, always balik2 kan donut tu hingga warna keemasan.. (jgn hitam sgt)

lepas dah siap tu.. gaul2 ngan gula (yg dah dikisar) dan MAKAN !!!

Selamat Mencuba.. senang je..
Nana dah pernah try... anda bila lagi?
=D

tanyalah, jawapan dah ada

Kita selalu Bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12