Tuesday, September 8, 2009

aku nak jadi macam..

dulu2, aku pernah ada cte2 nak jadi pembuat gula2, boleh menggembirakan kanak2 dengannya. segala kesedihan dapat dilupakan dengan keenakan dan kemanisan gula2. orang mengantuk dalam kelas, kalau ada gula2 pun bagus juga.

dulu2, aku pernah ada cte2 nak jadi pelukis manga. macam fujio f. fujiko (atau adakah namanya fujiko f. fujio...). die buat kartun doraemon sangat best. since 1970. sekarang pun ada lagi kartun doraemon kat ntv7. dan aku masih gelak dengan gembira bila tengok doraemon.

aku pun pernah ada cte2 nak jadi seorang wartawan. yelakan, aku kan busy body. sesuai la. tapi, nak jadi wartawan pun kena pandai menulis. aku tahu menulis (yela, semua orang tahu..) tapi x excellent.

aku pernah ade cte2 nak jadi angkasawan juga. nak pergi ke bulan, lompat2 macam neil amstrong. (bila aku tgk video moon landing hoax masa tok, aku kecewa..haha tapi mythbusters team da provekan moon landing hoax tu bukan hoax. haha...busted man...ngehe)

aku pernah ada cte2 nak bukak zoo. sebab nak bela harimau. cool ape bela harimau. tapi harimau endangered species. dan masa buat voluntary work kat zoo negara, sangatlah tak best menjaga zoo.

aku pernah ada cte2 nak jadi waiter. ala bukan waiter cikai2. waiter baik punya. yang biasa ade kat hotel2 5 bintang tu.

aku pernah ada cte2 nak jadi macam j.k. rowling. wah, dia jadi jutawan tulis buku mengarut pasal ahli sihir je.

aku ada keinginan nak jadi macam beberapa orang yang aku kenal. nak jadi macam suhaila, sebab dia rajin. nak jadi macam ijah, sebab dia semangat. nak jadi macam aisyah ismail, sebab die sangat mantap. nak jadi macam asmak, sebab dia sangat baik dan bertimbang rasa. nak jadi macam kinah, dia sangat carefree, nak jadi macam syamin, dia baik dan semua orang suka dia. nak jadi macam ashley faizah, dia sangat straightforward and honest. nak jadi macam ameera fatin, yang selalu ceria. nak jadi macam wanchong, disukai ramai dan baik hati. nak jadi macam arep, dia selalu menggembirakan orang lain. nak jadi macam kak cik, dia sanggup berkorban demi family. nak jadi macam abg long, sangat bertanggungjawab. nak jadi macam kak long, baik gila dengan adik beradik. nak jadi macam orang2 lain yang berjaya.

nak jadi macam orang itu dan orang ini. nak jadi itu dan ini. nak jadi macam rasulullah, contoh ikutan terbaik.

bukan setakat nak. kalau nak jadi macam rasulullah, kena ikut sunnah. bukan setakat nak ikut sunnah. owh, tahu sirah juga. dan Quran juga.

walau apa pun, nak jadi siapa pun, lebih bagus kalau, saya nak jadi orang yang buat orang lain cakap, saya nak jadi macam erni. in a good way of course.

you must dream big to act big.

4 comments:

aisyah ismail ♥ said...

insyaallah erni.. u just perlu gilap kuat2 logam n permata yg ada dalam diri u.. everyone is unique and have good potential and speciality yg Allah kurniakan.. =)

bersama kte berubah dan terus mengubah ke arah yg lebih baik.

take care erni. u'll be someone great if u keep improving ur self. (^_^)

if there's a will.. there's a way. all the best!~ dan istiqamahlah.

aisyah ismail ♥ said...

erniii... hehehe aku cm nk smtin je dlm post nih ngeh3 =p

teh bunga chrysanthemum said...

ko nak ape? btw, ko ni macam pengomen tetap blog aku..haha...ko da la update blog setiap hari..rajen tol.

aisyah ismail ♥ said...

hahaha... aku bukan nak ape.. typo typo.. "aku cam nmpk samtin"

ngeh2.. hmm aku an peminat setia ko... aku suka je baca blog ko.. sbb ade byk bunyi rebel haha..

xpe2.. aku pasti satu hari nnt ko akan transform.. dan aku nk ikut prkmbgn blog ko ni slame2 nye insyaAllah hehe... best pe tgk perubahan pemikiran org

kadang2 ble baca blk pe yg tulis kt blog awal2 pon sungguh kanak2.. skarang nih.. bunyi cam kanak2 dewasa lak yg menulis.. =)

p/s: mekaseh erni kerana slalu melayan aku mengarut (^_~)