Wednesday, October 7, 2009

first 2 weeks in manchester



ini kisah di manchester. siapa tak mahu tahu atau tak mahu baca post panjang2, sila beralih ke web site lain.

sebelum pergi

packing was done last minute. hari jumaat pergi hari khamis malam baru start. 3 jam masa dihabiskan. but the sweet thing is, akak buatkan kuih raya pagi jumaat tu jugak...hehe... kena la kumpul pukul 6 petang kat klia. so pergi la naik erl ngan akak, sebab ingatkan belum nak check in lagi. so tak bawak la beg.

sampai2 tu, semua orang macam tengah nak check-in. sudah, masalah la pulak. jadi, call la abang suruh bawak beg cepat2. boleh la check in pukul 8. tapi rasa sangat marah. marah ngan semua orang. sebenarnya dah sakit hati sejak sehari sebelum fly. rimas dengan abang dan kakak yang asyik nak mengajar itu dan ini, komen itu dan ini, sampai nak packing barang pun dorang nak komen. semua nak kena ikut cakap dorang. saya dah besar ok, saya boleh buat sendiri. pelik. orang lain sedih bila nak fly. aku nak fly marah ngan semua orang. siap tak bercakap lagi masa kat klia tu. muka masam aje. teruk benar la perangai. tapi tak kisah la, everybody forgets about it now. masa call family pun, dorang ok je. rasa cam anak dan adik yang derhaka la pulak.





Sesampai di Manchester

tunggu punya tunggu kat luggage collection area, beg tak muncul2....jadi, terpaksa la terima hakikat yang beg memang takde. segala benda ada dalam beg tu. pakaian, makanan. yang ada dalam hand luggage cuma buku dan dokumen. dan kuih raya. ujian betul. tapi, nak buat macam mana, bersabar jela. alhamdulillah, sampai hari jumaat, hari isnin tu dah dapat beg semula. penat mengangkut beg naik turun tangga bawak masuk hall. malangnya, beg dah koyak dan beberapa jenis cecair seperti baby oil dan losyen telah tumpah. habislah baju-baju. nasib baik separuh je yang terjejas.


mereport beg yang hilang.


sesampai di manchester. dengan beg tiada.

The University of Manchester

city campus, jadi bangunan bersepah-sepah. the university makes up half of the city of manchester. alhamdulillah hall sangatlah dekat dengan medical school. kalau kelas pukul 9 pagi, keluar pukul 8.55 sempat lagi.



tak tahu ni bangunan apa. yang ni kat north campus. dekat ngan city.



ini the manchester museum. x pernah masuk pun lagi. tapi kalau nak masuk free. sebelah je ngan student union.



jalan di city. gambar ni diambil daripada dalam bus.



whitworth hall. dalam dia cantik.....

PBL

minggu pertama je dah ada PBL. PBL tu apa? Problem-based learning. Dalam satu PBL ada 12 orang. 6 lelaki dan 6 perempuan. My PBL : PBL 11. Cuma ada 2 orang je international students. Sorang lagi dari Singapore. Ada dalam group tu dah ada degree, ada yang baru je habis A-Level, ada yang dah ambil gap year, ada yang dah pernah mengembara ke Australia, ada yang pandai gila. macam2. in the end, it is very awkward for me. masalah la. sebab sampai2 je, dalam first week dah ada PBL. dah ada training case. sangatlah tak faham apa uyang kena buat. tak faham english mereka. tak faham accent mereka. mereka cakap laju. by the end of every PBL, i ended up saying nothing. nampak macam orang bodoh je. dorang sume tanya kalau2 aku tak faham english. but bagus la. sebab mereka membantu kalau kita cakap tak faham. before each PBL, dorang ingatkan sama sendiri supaya cakap perlahan, dan bagi peluang kat orang2 yang senyap like me berkata2. tapi, masih mengalami masalah besar dalam kelas anatomy, sebab tak tahu apa2. kelas anatomy cuma 2 jam seminggu, dan dalam kelas tu tutor cuma tanya2 dan kami patut discuss aje. tutor tu pun macam tak best. in the end, tak tahu apa2, sebab tak prepare banyak sangat dan tak hafal body parts. tak kenal mana satu tulang apa, nerve apa, etc. setiap kali lepas kelas, akan pulang dengan hampa. rasa macam nak nangis je. sebab tak paham apa2.




my PBL group.

Sistem pembelajaran

Ruangan ni khas untuk adik2 junior kat KMB yang nak apply PBL. Basically, kalau sistem PBL kat manchester, macam ni: setiap semester akan ada theme untuk belajar. contohnya, sem 1 belajar pasal life cycle. jadi, nanti PBL cases pun pasal life cycle sahaja. setiap minggu cuma ada 2 kelas PBL. setiap selasa dan jumaat. pada hari jumaat, akan discuss PBL case yang baru. ada 1 1/2 jam untuk discuss dalam group pasal apa yang perlu dipelajari daripada case tu. Namanya ialah Intended Learning Outcomes (ILO). Contohnya kita kena jawab soalan macam What is fertilization, how does contraception works, how does miscarriage occur?. Dan soalan ni ada banyak. bukan 2 3 je. Apa yang kita nak belajar bergantung kepada discussion group tu sendiri. Semua ni kena belajar sendiri. takde orang nak ajar ya kat sini. The following week, hari selasa, ada PBL sejam untuk discuss apa yang kita dah belajar. Lectures, ada la paling banyak 5 jam seminggu. Lecture 2 jam tu memang lama dah rasanya. Lepas tu, akan ada 2 jam dissection class in which anatomy akan diajar. sorry, bukan diajar, tutor akan tanya apa yang kita dah belajar sendiri actually. this session cuma untuk discuss sesama sendiri apa yang kita tahu. akan ada la prosections, mayat2 semasa kelas ini. lepas tu from time to time, akan ada communications training. kelas ni terbaik la. setiap kelas 2 jam sekali. ada training untuk berkomunikasi dengan patient. nanti dalam first year ada early experience, p jumpa patient kat umah ke, GP visit ke, tengok la camne. hurm tula. kalau tengok jadual, memnag KOSONG gak la. tapi, masa kosong tu la kena allocate untuk private study yang masanya tak cukup pun. haha. memang kena pandai gila organize masa kat sini. Memang sangat independent dan kena ada self-motivation yang tinggi.





Hall

Walaupun agak mahal, but I found that tinggal kat halls of residence lagi best je daripada dok umah sendiri.

bayaran: 520 untuk bulan pertama, kemudian 420 sebulan sampai bulan April. Dan masa cuti summer kena keluar. Mahal kan? Tapi, ada sesetenga orang suka duduk rumah.




campus map.




bilik.


SEKIAN.


6 comments:

mIRrOr said...

ernniii..!!waahhh!life ko x sebz ak...ade byk mase free?jeles seeyyhh!neway mantap tol ek blaja kat sane...pbl 2 org jek international student?..peh hebat2mmg kne mantap btol tuh...ak pbl ngn dak2 mesia jek sume la..no wonder nk g sane kne msok kmb yg susah tuh kn?ko best kat sane?jeles..!nnt ak dtg!tungguuu...hahahah

crixerity said...

ishy tu macam dak kecik. sebelahnya lak macma nerd/geek. hehe

bilik kau lawa. :) .mesti kemas untuk tangkap gambar..hehe

teh bunga chrysanthemum said...

mana ade weh..bilik aku sentiasa kemas....

Mimy said...

alhamdulillah update pon die =)

teruskan usaha ye erni. insyaAllah ok je as time goes on,kan?

if Allah brings u to it, he will bring u through it =)

prayers for u from leeds,

halimatul saadiah said...

Salam akak!

mga akak trus kuat!!!

all da best kat manchester..takut gak dgr psai pbl tuh...

anyway,mesti akak boleh~

;)

ffh said...

omg~sis!!!!!u linked my blog but I dont ever know that you have a blog!omg~I feel very guilty.u helped me a lot sister!=)anyway,pity of you for the bag.Anything missing?Be strong erni.I believe in you.Go girl!=)

p/s i have linked your blog.Thanks for everything!