Sunday, December 6, 2009

cerita suka-suka? mungkin tidak.

weekend hari tu saya pergi ke leeds. leeds takde la pape sangat. (jgn marah orang leeds). tapi saya datang bukan sebab nak pergi berjalan2. (mungkinkah dah expect daripada awal leeds memang takde pape?hehe...). saje nak pergi jumpa mimi dan faizah dan orang2 leeds lain.

kesimpulannya, sakit kaki kalau pergi jalan tak pakai kasut yang comfortable.

tercapai la matlamat nak pergi leeds, menjauhkan diri daripada manchester yang kadang2 menstresskan minda, dan harap2 supaya dapat la pengalaman baru, ataupun tahu perkara baru. sekarang dah tahu macamana nak buat tiramisu. haha. tahulah sedikit sebanyak apa yang berlaku di leeds, dan mimi pun memperingatkan beberapa perkara penting yang mungkin dah lama tahu, tapi dalam kesibukan ( takdela sibuk sangat ) mungkin terabai sedikit.

yang pastinya, masa perjalanan pulang menaiki keretapi ke manchester seorang diri, terfikir juga beberapa perkara. pertamanya, semalam masa nak datang, ada baki 5 minit je sebelum keretapi bergerak. hari ni, tinggal 2 minit. alhamdulillah sempat. terima kasih mimi hantar ke stesen keretapi! haish, kena work on timing lagi ni...

semalam mimi ada kata, kita kena sentiasa bersedia. sepatutnya, study tu dah setelkan awal2, baru la senang nak buat kerja lain dengan lebih mantap lagi, sebabnya, kadang2 study tu menjadi alasan supaya kita tak keluar dari comfort zone, dari kepompong, dari bilik, dari apa2 jelah, sedangkan kalau kita dah tahu study tu priority kita sebagai student, itulah yang kita kena habiskan dulu. dan habiskan bukan sekadar siap saja, kenala fahami, hayati dan master ilmu tu.

boleh jadi senang untuk kita fahami, boleh jadi susah. walau berapa jam pun duduk depan buku anatomy cuba untuk hafal semua muscle yang ada kat upper limb ngan lower limb, tak masuk2 jugak dalam kepala otak.. (situasi ini sering dialami...,:( ) itu tak boleh jadi alasan untuk putus asa.

masa yang ada 24 jam tu perlu digunakan semaksima mungkin, supaya nanti tak ada alasan, ala, tak habis study anatomy lagi la, tak habis study pbl lagi la, tak baca buku lagi la, tak makan lagi la, tak mandi lagi la. tadi goyang kaki bukak facebook update blog lepak2 tengok grey's anatomy (kalau gray's anatomy ok jugak.) boleh pulak.

manusia manusia.

manusia memang suka cari alasan.

itu lah. perkara utama yang saya belajar weekend ni. jangan cari alasan.

cakap aje, tangan tak gerak, ibarat iPhone yang skrin nye takleh ditouch.

plan aje, tak laksanakan plan tu dengan berdisiplin, ibarat roti yang dah berkulat dicampur dengan sayur yang dah berulat.