Monday, January 26, 2009

gerhana=eclipse


sekarang pukul 6 ptg. sepatutnya masih cerah lg. tapi, cuaca sedikit redup, walaupun tiada awan hujan kelihatan. gerhana sedang berlaku. walaupun bukan gerhana penuh, namun bayang-bayang bulan tetap dapat dilihat. mulanya tengok secara direct, punyalah sakit mata. confirmla tak nampak. lupa pulak tak boleh tengok direct. kena la pakai sunglasses yg tebal ataupun pakai filem gambar je. walaupun berlapis-lapis, namun tetap sakit mata. panahan cahaya matahari sangat menusuk. orang kata, kalau tengok direct lama-lama, boleh jadi buta. 

kali terakhir gerhana matahari anulus/cincin berlaku ialah pada 22 ogos 1998. masih ingat tarikhnya kerana waktu tu ialah hari pertunangan abang saya. masih kecil lg waktu tu. hari sabtu, pagi, dalam pukul 8. 20 (exact waktu masih ingat). kat sekolah agama time tu. tiba-tiba hari gelap. gelap macam malam. 

kenapa ada gerhana? simple expalanationnya, sebab cahaya bergerak dalam garis lurus. bila bulan, matahari dan bumi berada sejajar, dan kedudukan bulan terletak antara matahari dan bumi, berlaku gerhana matahari sebab bayang-bayang bulan jatuh kat bumi, menghalang cahaya matahari. sungguh menakjubkan kuasa Yang Maha Pencipta.

Gerhana selalu dikaitkan dengan bencana dalam pelbagai lagenda dan mitologi. banyak kaum yang menganggap gerhana ialah petanda suatu perkara buruk akan berlaku. sampai sekarang, lagenda ni diketengahkan dalam macam-macam cerita kat tv yang membawa idea yang sama. contohnya, dalam cerita Heroes. masa gerhana, kuasa semua heroes tu dah hilang. dan menyebabkan bencana ke atas dunia, sebab ada antara mereka yang mati. dalam cerita Van Helsing, gerhana sebabkan pontianak terus menerus serang manusia, menyebabkan mereka dapat mendominasi populasi. dan banyak lagi.

kesimpulannya, gerhana merupakan alamat buruk. 

ada orang kata, gerhana tu petanda kiamat.

memang betul, rasanya. kalau berlaku gerhana matahari dan bulan 3 kali berturut-turut dalam bulan ramadhan, menandakan kiamat akan berlaku. 

gerhana merupakan petanda. bahawa kuasa Allah itu sangatlah hebat, sampaikan cahaya matahari pun dapat dilindungkan oleh bulan yang jauh lebih kecil. menandakan kiamat itu semakin hampir. dan manusia, sedang leka dalam mimpi yang sementara. dunia ini hanya pinjaman. 

seperti dalam satu lagu ni:

dunia ini, hanya pinjaman...

untuk menguji, keimanan...

akhirat nanti yang menentukan, 

balasan syurga ataupun neraka...

memang, akhirat itu pasti. kiamat itu pasti. mati itu pasti. adakah kita hidup esok dan sempat bertaubat, itu tidak pasti. kalau kita hanya duduk bersandar, makan tembikai, lalu tidur kekenyangan.

Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.

(QS 2:48)

Saturday, January 17, 2009

kucing biru dan rakannya yang bodoh


kucing biru ni takut tikus. pelik, sebab biasanya tikus yang takutkan kucing. sebenarnya dulu tikus dah gigit telinga dia, walaupun dia ni kucing robot. kucing ni datang daripada abad ke 22. dia sebenarnya nak membantu seorang budak bodoh dan pemalas yang bernama nobita. robot itu adalah DORAEMON.

hahaha. sebenarnya doraemon banyak alat-alat yang menarik. dia sentiasa mengeluarkan alat-alat yang di luar jangkaan apabila nobita meminta bantuannya.

doraemon adalah anime favourite saya. daripada tadika, sampailah sekarang, saya masih menonton doraemon. walaupun dah muncul anime menarik seperti Bleach, Darker than Black, Blood+, Naruto (antara anime2 kesukaan saya), doraemon tetap di hati. walaupun dah tengok banyak kali, saya tetap akan ketawa apabila menonton doraemon. doraemon lebih seronok daripada Shinchan, pada pandangan saya. 

dalam realiti kehidupan yang sebenar, tiada robot sepperti doraemon yang mampu menolong manusia begitu. manusia sentiasa mengharapkan pertolongan sebegitu, di mana penolongnya mampu menolong apa saja, mampu menyelesaikan setiap masalah manusia. sebab tu robot dicipta.

robot2 yang ada sekarang ni, semuanya kegunaannya untuk membantu manusia. kalau dulu, banyak kerja bahaya yang manusia tak boleh lakukan. tapi, dengan adanya robot, anything's possible. 

kalaulah ada doraemon.

"doraemon, tolonglah saya, Giant buli saya lagi..Uwaaa..."

"nobita, awak ni asyik kena buli je. baiklah, alat menyelesaikan masalah!!!"

tengtengtengteng.(background music).

kita berada dalam realiti. bukan dunia manga. tak mungkin masalah boleh diselesaikan semudah itu. 

pilihlah, kita nak jadi macam doraemon, yang selalu mengeluarkan alat-alat yang mampu membantu orang, dan membahagiakan orang seperti nobita, walaupun dia tahu, dia hanya robot yang dicipta oleh manusia untuk berkhidmat kepada manusia. 

atau kita mahu jadi seperti nobita, yang sentiasa bergantung kepada bantuan orang lain, untuk mengubah hidup, tak mahu berusaha dengan titik peluh sendiri untuk mengubah nasib diri.

atau kita boleh jadi seperti Giant, yang menggunakan kekuasaan yang ada untuk membuli orang bawahan yang lebih lemah, kerana dia tahu semua orang takut kepadanya.

bagaimana pula dengan Sinyu (pronounced su-ni-yo) yang selalu berbangga dengan kekayaannya dan sentiasa mengampu orang yang berkuasa seperti Giant demi keselamatan dan kepentingan dirinya. 

Sizuka pula, seorang gadis kecil yang innocent, tak tahu apa-apa, dan sentiasa berbuat baik kepada rakan-rakan. 

"Doraemon, doraemon, awak tak ada alat untuk saya ke???"

"Awak ni Nobita, asyik nak mengharapkan orang lain je..."

Saturday, January 10, 2009

Ya Allah, selamatkan mereka...

Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudaraku di sana...

Ya Allah, bantulah jiwa-jiwa yang merana di sana...



ini wajah seorang kanak-kanak di Palestin yang berlumuran dengan darah. 

matanya penuh dengan kesayuan kerana keluarganya dan saudaranya dibunuh dengan sewenangnya.

melihat gambar-gambar saudara kita di sana, hati ini menangis. mata turut mengalirkan air jernih. sedih memikirkan kepiluan mereka. tapi aku tahu sedih sahaja tak memadai bagi mereka. bak kata seorang rakan, mereka tak mahu kita kasihankan mereka. mereka yang terkorban itu semuanya syahid, dan mereka tidak mati, mereka sentiasa hidup di sisi Allah. sungguh mulia mereka. bukan tangisan yang mereka perlukan. mereka sendiri sudah banyak menangis, kerana keluarga mereka dan kebahagiaan mereka dirampas oleh kekejaman tentera zionis laknatullah. 

hanya doa dapat mengiringi mereka di sana. 

kepada mereka yang berdoa untuk mereka, teruskan. 

doa itu senjata orang mukmin, biar dihunus pedang atau ditembak dengan peluru sekalipun, senjata kita lebih kuat. kerana kita mampu berdoa kepadaNya. 

kebebasan kita di dunia ini bukan milik kita sepenuhnya. 

warga palestin yang tak pernah bebas itu membuktikannya. 

kita milik Allah. bila-bila masa kita boleh pulang kepadaNya.

Thursday, January 1, 2009

azam tahun baru 2009/1430H



di tahun baru ini, macam-macam yang saya harapkan...tapi yang paling utama, saya nak BERISTIQAMAH...

- saya nak solat berjemaah 5 waktu 
- saya nak baca Quran selalu
- saya nak belajar hadis + mantapkan ilmu tentang islam
- saya nak berzikir sepanjang masa
- saya nak control kesabaran + taknak marah orang
- saya nak qiamullail selalu
- saya nak senyum sepanjang masa
- saya nak utamakan bg salam + ucap "terima kasih"
- saya tak nak gelakkan orang + underestimate org lain
- saya nak kuasai pelbagai cabang ilmu
- saya nak buat baik kepada semua tanpa mengira balasannya
- saya nak buang jahiliyyah dalam diri
- saya nak bg kad burfday yg sy buat sendiri kpd sume yg rapat dgn saya (esp family)
- saya nak ketahui isu semasa lebih mantap!
- saya nak dapat 45 utk IB Exam
- saya nak baca atleast 1 buku seminggu (yg tak berkaitan ngn academic)
- saya tak nak melepak tak tentu hala
- saya tak nak melengah2kan solat
- saya nak selalu lakukan perkara sunat
- saya nak siapkan semua homework on time
- saya nak kurangkan cyberslacking
- saya nak bersuara lebih banyak dalam kelas + beri idea bernas
- saya tak nak berhutang lagi
- saya nak bercakap yang penting sahaja
- saya nak selalu menangis + jarang ketawa
- saya tak nak mintak duit sesen pun kat abang dan kakak saya
- saya tak nak berbelanja yang tak perlu
- saya nak simpan duit utk infaq + beli basikal utk kembara johor ke perlis after IB + amik lesen kereta
- saya nak jadi ketua IRP paling best
- saya dah tak nak balik umah setiap weekend
- saya nak gandakan usaha dakwah kepada family
- saya nak jadi contoh yang baik kpd rakan
- saya tak nak jadi beban keluarga saya
- saya nak mintak maaf setiap kali buat salah (esp kpd family)
- saya nak berbaik dgn adik saya
- saya nak buktikan saya bukan org yg tak berguna
- saya nak tolong org buta melintas jalan
- saya tak nak kurang ajar dgn org tua lg
- saya nak perbaiki akhlak saya
- saya tak nak menyesal lagi
- saya tak nak bazir masa
- saya tak nak procrastinate lg
- saya cuma nak cari redha Allah

SAYA NAK JADI MUSLIM MUKMIN YANG BERKUALITI YANG MAMPU BUAT ORANG LAIN KAGUM DENGAN ISLAM 

InsyaAllah.

Amin.