Friday, August 28, 2009

i don't care?

situasi yang sering berlaku

*seorang mengatakan sesuatu yang kita tahu salah*
*ish, annoying gila pompuan/lelaki ni. malas nak layan*
dan, berlalu begitu saja.

sedangkan kita tahu perkara yang sebenarnya.

*ish, dia ni. ntah pape. dia tak tau ke apa yang dia cakap tu tak betul? tapi gila2 nak pertahankan.*

kita menyumpah dalam hati.

dia cuma nak pertahankan apa yang dia percaya. well, at least he/she says it out loud.
better than kita yang berlalu begitu saja.
kita dah tahu, nape tak beritahu dia yang tak tahu? sedangkan kita percaya sangat yang dia tu salah dan dia tu betul?

takkan nak "i don't care" je?

tengtengteng.

Monday, August 24, 2009

samat hari jadi



saya ada sorang kawan. nama dia ijah. hari ni (24/8/2009) ialah besday dia yang ke 20. dah 20 tahun dah. dah tua, sedo sedo diri la sikit yek..hehe.. umur makin tambah, mati makin dekat, so saya harap kawan saya tu (dan diri ini sendiri juga) beringatlah yek.

saya duduk sebelah dia daripada 1st day masuk kelas sampailah last day.(well not exactly, time irp dia grup lain), ok lah, sampai last day before IRP start. dulu saya duduk kat blok E tapi sebulan before keluar KMB saya pindah ke sebelah bilik dia. blok lain pulak tu. well, saya pindah bukan sebab dia tapi sebab saja nak ketenangan. lagipun, bilik sebelah dia kosong, dan dia asyik promote je, kata takde kawan konon. ceh, roommate ko tu ade ape. saje je soh aku pindah sebelah bilik ko. haha. dia satu usrah dengan saya. in fact, terima kasih kepada dia, sebab dia yang ajak saya for the first time supaya masuk usrah dengan dia. well, thanks, because it led to a new beginning, and I sincerely thank you for that.

dia adalah pengasas grup matahari. kerana pada suatu hari, masa amal islami, tiba2 dia kata nak buat geng dan lantik saya jadi bos geng tersebut. geng matahari ialah geng paling femes dan berpengaruh dalam kelas m07n. haha. jangan jeles flower group. bersama-sama kinah (taiko kedua), farah, nana dan dayang, kami telah berkongsi suka duka dan berusaha menjayakan geng kongsi gelap kami.

oh, saya bukan mento mentee sama ngan dia. mentor mentee saya way cooler. hahahaha. anyway, tu cite lain. honestly, i am glad you are alive safe and sound today. sebab masa hari tu, (yes, masa accident tu..), honestly, lepas ko cam tak bangun, i thought masa ko dah tak lama. sebab tu la aku nangis macam nak gila sebelah ko kat hospital. oh, mungkin ko tak sedar, sebab ko macam separuh nyawa je time tu. haha. sebab tu, 2 3 hari lepas tu masa aku tepon ko, dan dapat dengar suara ko, aku nangis lagi. just glad you are alive. aku nak bgtau ko satu perkara. ingat tak, lepas accident tu, ko dok cakap kat kitorang, sorry korang, sorry. cuma nak bagitau ko yang tak pernah pon kitorang salah kan ko. not ever. semua selamat, dan hari ni boleh sambung belajar lagi, alhamdulillah.

good luck for your rcsi interview! i am praying hard for you, so that ada lah rezeki ko nak p rcsi. leh jumpa kat sana. leh p program sama2 lagi. good luck.

SELAMAT HARI LAHIR!!!!

friends ke syurga, insyaAllah.

nah, amek hadiah:


Thursday, August 13, 2009

sakit, penyakit & menyakitkan

sakit itu. sakit ini. macam-macam penyakit ada kat dunia sekarang ni. H1N1, cancer, tuberculosis, melanoma, dementia...kalau nak senaraikan sampai tahun 2020 tak habis lagi. masa sakitlah kita baik. masa sakitlah kita nak minta maaf dengan orang. masa sakitlah kita nak berdoa bersungguh-sungguh. masa sakitlah kita beriya-iya minta pada Pencipta kita, supaya disembuhkan penyakit, supaya terselamat, supaya tak dijangkiti, kerana kita takut, kalau-kalau kita akan mati. sebab penyakit ini. kita takut kita akan bergantung kepada ubatan selama-lamanya. kita takut dengan masa depan. kita takut akan kesakitan.

sakit ini adalah ujian. bagaimana kita boleh bertahan. sejauh mana kebergantungan kita padaNya. bila sakit, dosa-dosa berguguran. Allah bagi peluang untuk dosa-dosa kita digugurkan. Allah bagi peluang untuk kita sentiasa dekat denganNya. Allah bagi peluang supaya kita mohon padaNya, tanpa bergantung kepada yang lain.

kita mesti pernah dengar cerita pasal Nabi Ayub kan, Nabi Ayub sangat sabar dengan ujian yang Allah beri, walaupun anak-anak dan isterinya semua meninggalkannya keseorangan. kerana Allah itu sentiasa bersamanya. sampaikan semua anggota badannya ditimpa penyakit, hanya tinggal hatinya yang digunakan untuk mengingati Allah. Dan dengan izin Allah juga, Nabi Ayub sembuh daripada penyakitnya. Kisah ini ada dalam al-Quran.

Sabarlah seperti mana Nabi Ayub. Allah ingin menguji kita dengan kesakitan. Allah boleh menguji kita dengan apa sahaja. dan kita yakin, orang beriman itu sentiasa diuji. biarlah kita menangis kerana ingatkan Allah, bukan menangis kerana sakit semata-mata. kerana kesakitan itu Allah yang beri, dan jika kesakitan itu sentiasa mendekatkan kita kepadaNya, bersyukurlah di atas kesakitan itu, dan jika dengan izin Allah kita sembuh, bersyukurlah berkali ganda kepadaNya.

penyakit mengingatkan kita dengan kematian. apatah lagi kalau penyakit itu berbahaya. yang doktor kata, kita tak ada peluang lagi nak hidup. Allah itu Maha Kuasa, Dia boleh buat apa saja. Miracle happens, dengan kuasa Allah. kita kena ingat, mati itu tetap akan datang walau kita tak sakit sekalipun. senang sahaja. accident pun boleh mati. duduk atas kerusi pun boleh mati. sebab tu orang bijak ialah orang mengingati mati.

masa depan. kita takut dengan masa depan. kita takut kita tak ada masa depan kalau kita ditimpa penyakit yang kronik, atau yang melibatkan kecacatan, etc. Masa depan itu bukan kerja kita. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada 45 minit akan datang pun, apa yang kita boleh buat ialah merancang dan berusaha ke arah plan kita tu, tapi perancangan Allah tu juga yang lebih baik.

jangan takut dengan kesakitan, jangan takut dengan penyakit. kerana yang kita perlu takut ialah Dia, yang mencipta kita, yang berkuasa mengadakan penyakit-penyakit itu. tapi, kita perlu berusaha untuk mencegah, sebab kita tak boleh lakukan perkara yang boleh memudaratkan diri kita, apatah lagi kalau boleh menyukarkan kita untuk beribadah.

dan bukan ubat, atau doktor yang mampu menyembuhkan kita. kita hanya mampu berikhtiar. cuma Allah yang berkuasa menyembuhkan.

Cerita selingan: Saya ingat lagi masa saya sakit, ramai kawan-kawan yang ingatkan saya supaya ingat Allah. Ayat yang saya paling suka (masih ingat sampai sekarang), if Allah brings you to it, He will bring you through it.

A person with a positive skin test, a normal chest x-ray, and no symptoms
most likely has only a few TB germs in an inactive state and is not contagious.
Nevertheless, treatment with an antibiotic may be recommended for this person to
prevent the TB from turning into an active infection. The antibiotic used for
this purpose is called isoniazid (INH). If taken for six to 12 months, it will
prevent the TB from becoming active in the future. In fact, if a person with a
positive skin test does not take INH, there is a 5%-10% lifelong risk that the
TB will become active (source: http://www.medicinenet.com/tuberculosis/page5.htm)

Wednesday, August 12, 2009

on hiatus

disebabkan suasana membosankan yang melanda hidup kini akibat tidak ada kerja, jadi saya bercadang untuk menyepikan diri dari virtually active seperti kini. truthfully, dah malas la. malas nak online dah. ah, sungguh bosan. rasa macam nak balik KMB belajar math hl je.

jadi, saya bercadang nak habiskan buku-buku ini. dah berzaman dah beli tapi x habis baca lagi. nampak sangat dah makin pemalas sekarang:

  • blue ocean strategy
  • the world is flat
  • the life of muhammad
  • infidel
  • komik (hehe lawak je. komik pun dah bosan sekarang. dah tak baca dah. useless stuff.)
kawan-kawan, mari kita menambah ilmu juga. there's nothing in the internet and TV yang menarik lg. (yelah, sejak house and leverage dah habis kan...)

Sunday, August 9, 2009

wait a minute LAH!!!


bila nak buat homework ni, nanti kalau bertangguh nanti bertimbun pulak...

"alah rilek LAH, esok boleh buat."

~esok bertambah lagi homework~

bila nak potong rumput depan rumah, dah panjang ni.

"alah, malas LAH, esok petang kalau mendung potong la..."

~tak mendung2 sampai sebulan. dah jadi semak dah depan rumah tu.~

bila nak bersihkan bilik dan kipas ni, makin banyak habuk.

"alah, esok LAH...hari ni malas."

~habuk makin banyak sampai sempot orang dalam rumah dan bilik macam tongkang pecah~

bila nak berhenti buat perkara lagho dan start tambah ilmu yang sikit ni. gunakan masa lapang sepenuhnya.

"alah, kejap lagi LAH. nak facebooking jap. jap. jap."

~sampai lepas sebulan sama je alasannya.~

bila nak bertaubat ni, dosa makin banyak kumpul.

"alah, enjoy dulu LAH. tua nanti taubat la."

~tiba-tiba esok mati. H1N1 makin teruk sekarang~

Saturday, August 8, 2009

persediaan/preparation



bulan 9 dah nak fly. semua orang sibuk buat visa, isi borang tu borang ni, cari accommodation, contact2 senior tanya bagaimana di sana. overall, semua orang sibuk. dan oh, ada juga yang masih sibuk menunggu surat. bersabarlah ye. dalam bersedia tu, ada yang tak sedar ramadan semakin hampir. sudah bersediakah kita menyambut ramadan. ramai yang dalam kepala, termasuk saya (kadang2) fikir pasal raya. raya tak sempat lah, fly malam raya lah, macam2. tapi takpela, janji ingat ramadan dah nak hampir, dan perlulah bersedia. bagi yang tak habis lagi ganti puasa, cepat2la, nanti tak sempat pula. tapi saya yakin semua orang dah tak sabar menyambut ramadan.

sedang2 saya membuat list barang2 yang perlu dibeli etc etc, dan mengira bajet yang hampir mencecah RM1000, saya terfikir. manalah nak cari duit. silap2 bawak beg kosong je. haha. tiba-tiba terfikir. persediaan materialistik dah dirangka bajetnya. persediaan ilmu bagaimana? yelah, nak ke tempat baru, environment baru, cabaran pun baru juga. dah bersediakah saya? dah cukup ilmu di dada? nak berjuang dan bekerja di sana pula? teringat kata2 pa'a pada suatu malam di surau blok F, "nak p oversea, at least juzuk amma kena la hafal, macam mana nak jadi murabbi berjaya macam ni." hurm, betul tu pa'a. dah berbulan cuti. juzuk amma pun tak habis hafal lagi. hampeh ada la. eh, bukan hampeh, asalkan berusaha, kalau tak usaha langsung barulah hampeh. hahaha.

betul juga cakap pa'a. ada masa lagi ni untuk lengkapkan diri dengan ilmu. kalau tak, macam mana nak bawak islam di sana pula? mari rakan2, kita berusaha! agar islam tertegak di mana jua kita berada.

sekadar pandangan.

fin.

titik hitam


apa yang anda nampak dalam gambar di atas?

tentu titik hitam bukan? sungguh mudah untuk kita nampak titik hitam itu kerana yang hitam itu telah 'mengotorkan' yang putih.

sama saja dengan pandangan manusia. biasanya orang akan nampak titik hitam yang kecil berbanding latar belakang putih yang besar di belakang titik hitam itu. kalau kita anggap titik hitam kecil itu sebagai perkara negatif atau keburukan seseorang, bolehlah kita membuat andaian bahawa orang sering melihat keburukan orang lain terlebih dahulu berbanding kebaikannya. apabila keburukan orang dah dikesan, semua benda baik yang dilakukannya tidak akan dipandang malahan tidak dipedulikan. beginilah manusia. saya, anda juga manusia. kita ada tendency untuk men'judge' orang berdasarkan perkara buruk yang dilakukannya sedangkan yang dilakukannya itu mungkin tidak sengaja. atau dia tidak tahu perkara itu salah.

oleh itu, daripada kita mencemuh seseorang kerana keburukannya, maka baiklah kita menolongnya ke arah yang lebih baik. itu merupakan perbuatan yang lebih mulia daripada mengumpat di belakang orang. ramai orang sanggup makan daging saudaranya sendiri berbanding membantu mereka. dapat pahala.

fin. fikirkanlah.

Sunday, August 2, 2009

erni bidin ialah seorang budak yang kurang ajar

erni ialah seorang yang kurang ajar. dah banyak kali dah aku dengar. erni seorang yang antisocial. erni seorang yang susah nak didekati dan difahami.

erni contoh yang tak baik pada budak kecik. erni selalu duduk tak sopan. duduk atas kerusi selalu angkat kaki. "eh, jangan buat macam tu. nanti budak2 ni ikut. nanti kalau pergi rumah orang dibuatnye macam tu." thup.thup.thup. kaki dihentak dengan kuat tanda protes.

erni tak dengar cakap orang. kalau orang tegur, erni selalu buat muka. erni suka menunjukkan tanda protes. erni suka bersikap tak matang. erni degil. yelah, macamlah kau tu dengar cakap orang sangat. ya. erni memang tak suka dengar cakap orang. dia lagi suka dengar kata hati dia. apa yang dia nak, dia akan dapatkan. apa yang dia nak buat, takde orang boleh larang. erni tak suka buat apa yang orang suruh dia buat, erni suka buat apa yang orang tak bagi buat.

erni tak suka bercampur dengan orang. kalau kat ruang tamu ramai orang berkumpul, dia akan masuk bilik main komputer. kalau ada orang dalam bilik main komputer dia akan turun bawah tengok tv bila takde orang kat bawah. kalau ada orang datang rumah, dia akan masuk bilik dan tidur. tak salam pun orang. kurang ajar punya budak.
bukan kurang ajar, tak nak dengar je apa orang ajar. kalau dah ramai orang sangat kat ruang tamu, buat apalah erni nak menyemakkan lagi tempat yang dah semak tu. kan bagus tengok cerita kat internet daripada tengok rancangan yang dia tak suka tengok. kalau dah orang guna komputer tu, baiklah tengok tv je, masa ni lah nak conquer tv. ya, erni memang tak suka kalau orang datang rumah. lagi-lagi kalau lelaki datang. malas nak pakai tudung, tukar baju, pakai stokin. baik menghilangkan diri je. alah, orang takyah kenal siapa dia. dia bukan reti sangat cakap dengan orang. buat semak je.

erni sebenarnya ada masalah komunikasi. erni tak suka kalau orang tahu pasal diri dia. erni susah nak percaya orang, bukan sebab orang tu, tapi erni memang tak suka kongsi masalah dia ke apa dengan orang. dia takut kalau orang tahu rahsia dia. erni tak suka membebankan orang lain. erni suka dengar masalah orang, sebab erni ada peluang untuk selesaikan masalah tu. hobi erni ialah menyelesaikan masalah. sebab tu lah erni nak jadi doktor, sebab doktor selalu berdepan dengan banyak masalah.

erni tak pandai sangat berkomunikasi dengan orang. susah bila dia nak jadi doktor nanti. itulah gunanya pergi belajar di medical school. komunikasi itu adalah skill yang boleh dipelajari. duh..kalau tak pandai, belajar.

erni ada banyak kelemahan. orang lain pun sama. tapi, itu je yang orang pandang. apa yang orang nampak cuma apa yang tak baik. lagi senang nak cerita keburukan orang daripada kebaikan orang tu. ramai orang nampak erni sebagai seorang yang kurang ajar dan susah didekati. dah, kalau dia pun tak nak dekat ngan erni, nak kata erni susah didekati. sungguh ironi. atau paradoks? entahlah, erni dah lupa malay A1.

ini refleksi diri erni. teringat, satu ketika dulu, kawan erni kata. "aku dah setahun lebih kenal erni tapi aku tak pernah kenal erni yang sebenar. tak tahu pun apa yang ada dalam kepala dia." baguslah. erni suka kalau orang tak tahu apa yang dia fikir. misteri. nanti kalau orang tahu, habislah. ada banyak benda yang erni tak mahu orang tahu pasal diri dia. dan orang lain pun sama, dan ini dipanggil privacy.

kita tak payah bagitahu orang sangat masalah kita, sebab dah cukup lah kita bagitahu pencipta kita. orang tak akan faham kita. menurut pengalaman saya, biasanya kalau saya mintak pendapat orang, orang akan bagi apa yang takde kaitan dengan apa yang saya nak. jadi, orang tak faham. takpelah, masalah kita, selesaikan sendiri, dah besar kan. bukan erni tak percaya orang. mungkin dia yang tak percaya diri dia sendiri.

after all, nobody is perfect.

fin.