Thursday, August 19, 2010

of exam, taqwa and taubat

Hari ini saya rasa saya sangat lalai. saya kurang ingat Allah hari ni. saya kurang stadi. saya buang masa. tiba-tiba saja fikiran melayang. saya fikir itu ini. saya bazirkan masa di internet, bukak facebook, twitter, baca email, youtube, dan macam2 lagi yang membuang masa. sikit itu boleh, tapi kalau da banyak2 jadilah membuang masa. saya rasa kecewa sebab peperiksaan dah hampir, last shot for me. kalau saya gagal yang ini, nauzubillah, habislah saya. saya tak sanggup nak fikir apa akan jadi.

sebab tu saya berdoa dengan sepenuh hati, sepanjang masa supaya saya lulus peperiksaan kali ini. tapi kenapa hari ini begitu melalaikan dan tak produktif. di bulan ramadan lagi. orang ramai berlumba-lumba beriktikaf di masjid. orang ramai berlumba2 baca quran. tapi saya baca quran sikit. satu juzuk sehari lah pencapaian paling baik, sedangkan orang lain khatam berkali-kali. (wow.) dalam hati saya tersimpan hasrat, lepas exam saya nak buat macam2. saya tak nak bazirkan masa langsung, saya nak kumpul pahala banyak2.

saya admit saya rasa sedikit malas hari ni. tiba-tiba, terlintas kat hati saya, untuk rasa sangat bersalah, rasa sangat kosong, rasa sangat berdosa. saya kena mohon ampun daripada Allah sebab saya banyak buat dosa, saya bazir masa, saya lalai, saya lupa. saya rasa bersyukur sangat1000x sebab Allah masih bagi lagi saya rasa macam ni. saya tak nak hati saya jadi macam batu, bahkan lebih keras lagi, macam dalam surah al-hadid tu. saya sedar, saya manusia yang mudah lupa, mudah lalai, saya tak bernilai langsung, kalau Allah tak bagi petunjuk. saya akan jadi macam semut, yang kalau dipijak, mati. macam tu je, dikuis ke tepi oleh tangan2 manusia lepas mati. no value. tiba2 ditakdirkan Allah terbaca entry ni, kat blog orang ni: pasal exam.

wah, terbuka mata, hati dan minda. tiba2 tersentak dan terfikir. hidup ni adalah exam. examiner kita ialah Allah. Allah Maha Melihat. (tengok sini.) pernah dengar tak cerita pasal perbualan antara Saidina Umar al Khattab dan Ibn Ka'ab : bila umar tanya kat ka'ab pasal taqwa, dia tanya balik, "pernah tak kau jalan dekat tempat yang penuh duri?" dan ditanya bagaimana, saidina umar jawab, Umar said that he would carefully walk through after first having collected all loose and flowing clothing in his hands so nothing gets caught in the thorns hence injuring him. Ka’ab said, “This is the definition of taqwa, to protect oneself from sin through life’s dangerous journey so that one can successfully complete the journey unscathed by sin.” (source: sini).

kenapa kita tak nak berusaha bersungguh2 untuk exam dunia dan akhirat? dunia dalam tangan, akhirat dalam hati, kan. kena la ada dua2. ramadan, pun exam untuk kita. life is like a series of examinations. kalau pass, masuk syurga. kalau fail, masuk neraka. no resits. no 2nd chance. tapi, dekat dunia, selagi malaikat maut belum datang menjemput, masih ada 2nd chance, untuk memperbaiki diri. taubat.

hari ni saya jumpa ayat ni:

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu, dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. iaitu,
-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit
-dan orang yang menahan amarahnya
-dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.
-dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
-dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."
(3:133-135)

Saya rasa bersyukur sangat hari ni, sebab daripada exam resit satu paper 2 jam 100 soalan mcq 9 pbl cases on cardiorespiratory fitness yang kecik ni, macam-macam rupanya tarbiyah Allah kepada saya. macam-macam saya belajar. macam-macam yang saya sedar. rupanya, Allah bukan saja nak suruh saya bersabar, redha atas segala keputusan. tapi, saya belajar pasal taqwa, taubat, pengharapan kepada Allah, ingat mati, doa, mensucikan hati, dan banyak lagi yang mungkin saya sedar ataupun tak.

saya cinta Allah lebih daripada segala-galanya. saya bersyukur Allah masih bagi peluang kepada saya memperbaiki diri saya hari ni.

Ramadan penuh barakah dan rahmah,

Erni Bidin,

Manchester.
10 Ramadan 1431.

7 comments:

:) said...

ini post paling terbaik dalam blog ini.

huhu sangat mengetuk hati.

insyaallah erni. innalaha ma'ana. allah bersama-sama awak. bersama-sama kita.

jangan rasa keseorangan ok. kitorang sume di sini sntiasa support dan doakan anda. but in the end.. anda jugak yg perlu buat sehabesssssss baek. erni BOLEH!!!!!

sama2 kte perbanykkan instighfar dan taubat. sbb ilmu x kan masuk dalam hati yg gelap kan. take care dear. JOM terangkan hati!

yang sayang erni sepenuh hati kerana allah,
:)

teh bunga chrysanthemum said...

paling terbaek? wow.
haha.
ye, mari doa bebanyak dan taubat bebanyak!

Azrin said...

erni..
wow, nice post..
memang menyiat2 hati ni..

manusia memang mudah leka..
walaupun ramadhan, tarikan syaitan tiada..
tapi jangan lupa kita masih ada musuh iaitu tarikan nafs.. dan jihad melawan nafs adalah jihad terbesar..

sama2 lah kite mengingati Allah..banykkan berzikir..(^^)v

Heidy said...

akak..gudluk taw kt sne ye!

Aliah said...

wow sifu this is indeed the best tazkirah for me this summer!!!! aaa, lately saye asyik laghaaaaaaa T___T
thank you for reminding!!

tarbiyah Allah kpd awk sgt hebat erni!

i pray the best for u, as always

me love sifu!

:)

nawwar insyirah said...

insyaAllah khair, dearest erni.
Allah amat amat amat pemurah, He gives what we need, and sometimes even what we want.

sayang Allah,
sayang erni :)

~aozora~ said...

erni terbaeek post ni..
thank a lot for sharing ur thought
huhu byk lagha gk cuti ni
all d best erni.He knows what's best 4 u =)
all d best sahabat!
take care <3