Tuesday, September 14, 2010

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yg kita nak

tadi saya baca artikel ni: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-yang-kita-perlu-dan-yang-kita-nak/#more-2958

wah, betul la apa yg dia kata. Allah bagi apa yg kita perlu. Jadi, bila Allah uji kita, Allah tahu yang itu perlu bagi kita. Mungkin untuk menguatkan jiwa kita, mungkin untuk uji keikhlasan kita. God works in a mysterious way in which we cannot understand.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).Surah Al-Baqarah ayat 214.
kita kata kita manusia luar biasa. kita kata kita produk tarbiyah. kita kata kita yakin dengan Allah sepenuhnya. jadi, bila ditimpa ujian, kenapa mahu bersedih, kenapa mahu depress, kenapa mahu mengurung diri, kenapa mahu marah, kenapa mahu give up?

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana Allah sentiasa menguji saya, kerana Allah mahu saya berharap kepadaNya sahaja. redha itu perlu. tawakal itu perlu. sentiasa bersangka baik dengan Allah itu perlu. kita manusia. kita tak faham kenapa. tapi Allah maha Mengetahui. Allah tahu segalanya yang terbaik buat kita.

Ujian yg kita hadapi sekarang tak sehebat pun dengan apa yg generasi zaman Rasulullah, zaman jahiliyyah dulu. takkan la baru gagal sekali dah nak give up. tidak, kau tak selemah itu, erni. Allah bagi peluang untuk kita melalui kesusahan, agar kita lebih bersyukur dengan kesenangan dan kelapangan yang selama ini kita rasai. walau macam mana susah pun kita, ingatlah yang dekat tempat lain, ada orang yang lebih susah daripada kita. ada orang yang kena berlapar setiap hari, ada yang terpaksa tahan kesejukan, ada yang kena tembak, rumah kena bom, family kena bunuh, tapi ada yang sentiasa sabar.

Allah kata pertolongan Dia dekat, asalkan kita terus bersabar. Sabar, dan sabar lagi. Orang yang sabar lebih tinggi darjatnya. Bila kita diuji dan lepas ujian tu, Allah nak bagi peluang kat kita untuk tingkatkan iman kita sebenarnya. Itu yang kita perlu, dan kadang2 apa yang kita nak, sebenarnya akan menjauhkan kita daripadaNya. Kita tak tahu, tapi Allah tahu.

Kalau kita ingat Allah, hati kita akan tenang. jadi dalam kesusahan, kena sentiasa ingat Allah. Alhamdulillah.

Syurga itu mahal, jalan dakwah itu bukan mudah.

Kawan2, doakan saya ye.

3 comments:

sahabiat said...

salam erni yg tgh sabar..
semoga jadi lebih sabar...
tahu tak apa part yg plg best bila dpt ujian...selain dari kita rasa dekat dengan Allah...
kita mula dpt rasa ukhuwah fillah dan kethabatan antara kita - akhawat..sebab akhawat lain akan cuba memastikan kita tak jatuh seorang2 dan sedih sorang2..
so kita pun jadi makin sayang pada akhawat2 lain...

saya nak jadi sahabiat mcm tue
so saya syg anda erni..
smg Allah syg anda lebih...semoga dengan ujian ini akan memberi nafas baru untuk anda..

hadiah bt erni: 02:106

BigKid said...

insyaAllah, will always pray for my sifu!

sifuuuuuuuuu~

ferriangel said...

saya suke apa yg ija tulis.. betul sgt2..

dan Allah memberi semuanya yang terbaik untuk kita.. cuma neraca manusia sahaja yang menimbang baik buruk sesuatu berdasarkan kaca mata manusia ie. kaya dan miskin.. dua2 baik di mata Allah tapi manusia sering mendefinekan miskin itu hina.. nauzubillah..

maafkan salah silap jika pernah menyakitkan hati di kala saya tak sedar ya erni..

baru menyiram benih untuk bunga yang mekar..
azrin