Friday, October 29, 2010

kisah aku

Aku cuma manusia biasa. Aku adalah hamba yang banyak berbuat dosa. Aku hamba yang lemah. Aku berbuat dosa, lalu aku bertaubat, dan berbuat dosa yang sama berkali-kali, lagi dan lagi.
Aku takut suatu hari nanti andai aku mati dalam keadaan berdosa. Aku takut suatu hari nanti hatiku keras membatu lantaran dosaku seluas lautan. Aku takut Allah akan mencabut kembali hidayah yang diberikan. Aku takut sekiranya suatu hari nanti aku sudah bosan berada di atas jalan yang benar, kerana hatiku mati, hatiku beku, hatiku berkarat.

Aku masih terus menerus melakukan dosa. Aku masih tidak yakin dengan keikhlasan hatiku. Apakah ikhlas? Aku pun tidak tahu, mungkin kerana aku tidak pernah merasainya. Aku hamba yang hina. Aku tidak mampu mengangkat wajahku ketika mengangkat tangan untuk berharap kepadaMu, kerana malu. Aku malu dengan dosa-dosaku. Sedikit benar aku ingat kepadaMu. Aku mohon sangat2, aku tak mahu ke neraka. Harapan aku cuma satu, mahu bertemu denganMu.

Aku cuma takut, pabila nanti malaikat maut datang menjemputku, ketika itu tiada lagi peluang kedua, tiada lagi masa untukku berubah. Tiada lagi masa untuk mengumpul bekalan. Ketika itu, masa telah mati bersamaku.

Aku lihat manusia kini, begitu sayangkan dunia. Tiada langsung idea bahawa satu hari nanti, bumi yang cantik ini akan hancur. Gunung-ganang akan menjadi debu. Langit akan terbelah, lautan akan menjadi kering. Tiada lagi tempat lari. Tiada lagi pertolongan. Tiada lagi pasukan Mercy, Islamic Relief, datang membantu. Aku terfikir, bagaimana kesudahanku nanti.

Aku takut kepada Allah. Siapalah kita, hamba yang hina, mahu mengingkari Yang Maha Pencipta? Aku kadang-kadang lupa, ada yang memerhati, ada yang mencatat, setiap apa yang aku lakukan, katakan, rasakan, dan fikirkan. Dosa yang aku lakukan, terlalu banyak. Wahai Yang Maha Pengampun, ampunilah aku.

-Aku Yang Berdosa-

2 comments:

ubiQ said...

erni dear..
see what Allah says to us,

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Az-Zumar : 53

Maksud sabda Rasulullah SAW :

"Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya."
HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

subahanallah..
kembali bertaubat padanya..sesungguhnya Dia sedang menunggu...

crixerity said...

situasi yang sama dengan aku.
T.T