Wednesday, December 31, 2008

Dari Malaysia ke Palestine, edisi khas 31 Disember 2008


source: aljazeera english

FREE PALESTINE.

semalam saya bermimpi. mimpi, seperti biasa, terasa real. mungkin terlalu banyak berfikir pasal ni. mungkin sebab semua tengah membicarakannya.

saya mimpi saya ada dalam rumah dengan mak, ayah dan adik saya. kami baru selesai solat berjemaah sama-sama. tiba-tiba kat luar rumah terdengar bunyi bising. ada budak-budak lari bertempiaran dan menjerit, "mereka dah datang!". beberapa orang lain menjerit. 

saya pun keluar rumah. nampak ramai askar, dengan kereta kebal, datang. semuanya bawak senapang. muka mereka menakutkan. 

"tu tentera israel. dorang dah sampai sini," jiran saya kata.

"hah!" terkejut.

saya pun lari keluar sebab nak cari kakak saya. tiba-tiba diorang tembak kat arah saya. perasaan masa tu terasa sangat takut. takut kalau2 kena tembak. saya jerit2, tanya kat orang yang sedang ketakutan di tepi2 jalan, kalau2 nampak kakak saya. semua tak jawab. semua sibuk selamatkan diri. mujurlah peluru tu tak kena saya.

tiba2 ada orang kat depan saya jatuh. kena tembak dengan tentera israel. darah keluar daripada mulutnya. matanya terbelalak kerana menahan kesakitan. saya tak sempat nak tolong dia. dia dah meninggal dunia. di hadapan saya. 

saya mula menangis. takut kalau saya pun jadi macam tu. lebih takut kalau keluarga saya ditembak. dalam fikiran, saya mula berdoa semoga saya dan keluarga saya selamat. masa tu, terasa sangat kebergantungan kepada Allah. semuanya di dalam kekuasaanNya. saya yakin dengan pertolonganNya. saya rasa Allah dekat dengan saya. 

saya terus berlari. mereka melancarkan roket ke arah kampung kami. saya nampak kepulan asap yang tebal dan bunyi letupan yang menggegarkan bumi. 

"mak, mak! tolong!"

tiba-tiba saya teringat mak saya kat rumah. saya lari semula ke rumah. mujurlah mak saya, ayah dan adik saya masih di rumah. betapa leganya saya tengok mereka masih hidup. tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah kami. 

"tu mesti tentera israel tu. cepat, sembunyi". ayah saya kata. dia berdiri di situ. kami pergi sembunyi. then, saya terbangun. mak saya tengah masak nasi goreng kat dapur. sedapnya bau. saya tidur balik.

tu cuma mimpi saya. macamana dengan mereka di sana? saya cuma merasainya dalam mimpi. walaupun rasa macam real, tapi bila saya bangun, takde pape. ada budak kecik kat sana yang tengah menangis sekarang sebab mak ayah dia dah syahid. ada mak yang menangisi kehilangan anaknya. 

tak mustahil satu hari nanti mereka akan datang, ketuk pintu rumah kita dan bunuh semuanya. kalau kita masih lagi tak sedar. 

HENTIKAN KEGANASAN.

Saya benci zionis.

Tuesday, December 30, 2008

Dari Malaysia ke Palestine

Antara Malaysia dengan Palestine dipisahkan dengan beribu-ribu batu.

Nak pergi sana kena naik kapal terbang.

Tetapi, orang-orang Muslim itu bersaudara. 

Yang di sana sakit, di sini pun terasa sakitnya.

Tapi, adakah semua rasa begitu?

Adakah semua Muslim merasainya?

Malaysia

"Esok 31 Disember. Nak sambut tahun baru ni. Jom la pegi KLCC. Ada konsert la. Boleh gak barang lompat-lompat sekali dua. Boleh drink, mesti banyak orang bawak nyer."

"Haah la, aku nak bawak awek aku...Dia dah janji nak bagi 'hadiah' tahun baru..haha, tak sabar aku nak !@#$% dia! Hehe"

Palestin

Korban hari ni telah mencecah 325 orang. Warga Palestin yang berjaya melepasi sempadan Mesir telah ditembak mati. 

Malaysia

"Alah, sikit2 isu Palestin. dah bosan dah. asik asik nak gaduh. aku tatau la nak cakap apa"

"Sedihnya cerita kat TV tadi. Aku nangis sampai bengkak mata. Memang sayu tengok anak dia kena langgar lori macam tu. "

Palestin

Jenazah para pejuang yang syahid diusung beramai-ramai. Tangisan ahli keluarga kedengaran mengiringi jenazah. Rakyat Palestin hidup dalam ketakutan, kerana lontaran bom rejim zionis mengisi ruang angkasa setiap masa.

Malaysia

Demonstrasi damai di hadapan kedutaan US di Jalan Tun Razak berlangsung selama dua jam. Memorandum turut diserahkan kepada pihak berkenaan. Derma turut dikutip untuk membantu penduduk di sana.

France

Seperti biasa, orang France memang suka buat demonstrasi. Esp pelajarnya. mereka menggunakan kuasa pelajar dan mampu menggulingkan kerajaan sekalipun. mereka juga tak mahu keganasan seperti itu dilakukan ke atas sesama manusia.

Egypt

Mereka pun membantah serangan kejam Israel, walaupun kerajaannya sendiri tak nak tolong Palestin, dan sanggup membunuh rakyat Palestin yang cuba mencari perlindungan.

Tempat-tempat lain

Orang lain yang bukan beragama Islam pun kisah dengan serangan Israel ke atas Palestin. Memang tak patut. Bercanggah dengan konsep keamanan dan keharmonian sejagat.

At least mereka buat something. mereka peduli.

bagaimana dengan anda?kita?saya?mereka?

MEREKA SAUDARA KITA.

Dari Malaysia ke Palestin, jangan jadikan geographical boundary sebagai penghalang. kalau kita boleh tolong sedare kita, kenapa kita tak boleh tolong mereka. mereka sedare kita juga. 

doa itu senjata orang mukmin.

kita ada Allah.

Mintalah kepadaNya.

Dari Malaysia ke Palestin, edisi khas.

Monday, December 29, 2008

tahun baru

hari ini 1 muharram 1430 H. semalam, ramai di antara kita yang pergi ke masjid, baca doa akhir dan awal tahun beramai-ramai. sungguh aman dan damai negara kita.

tapi, saudara kita di Semenanjung Gaza, tak rasa keamanan yang kita rasa sekarang. berita hari ni je dah siarkan almost 200++ yang dah terkorban. sambutan tahun baru mereka. bagaimana dengan keluarga mangsa yang terkorban. tahun baru mereka disambut dengan kematian. tahun baru mereka disambut dengan letupan bom. 

tahun baru di malaysia disambut seperti biasa. seperti tahun-tahun sebelumnya. bacaan doa di masjid, program menarik di astro oasis. yang lain tahun ni cuma tahun baru disusuli dengan pengkebumian YdPertua N.9. Itu sahaja, yang lain semuanya sama. macam biasa.

2 hari lagi tahun baru juga. pastinya pukul 12 tgh mlm ada pertunjukan bunga api, konsert besar-besaran di pusat bandar dan bandar-bandar kecil. di daerah kecil seperti mersing ni pun ada sambutan, dengan pesta di pantai, bunga api, dan pastinya mat-mat rempit akan memekakkan telinga orang yang nak tidur dengan perarakan rasmi mereka setiap kali ada perayaan. 

sambutan tahun baru yang itu lebih meriah. orang ramai sibuk berazam baru dan macam-macam impian yang nak dikecapi tahun 2009 nanti. program-program di tv pun banyak perubahan, ditambah dengan program yg lebih menarik dan lebih popular. 

kalau nak dibandingkan kita di sini, dengan saudara kita di sana, kita jauh lebih beruntung, kerana negara kita tak diserang secara fizikal. tapi, ramai anak-anak muda dan orang tua juga di malaysia ni yang tak tahu pun apa yang berlaku di palestin sekarang. setiap saat ada korban terbaru. setiap saat ada orang yang mati. setiap saat ada je ahli keluarga yang meraung sebab anak mereka, ibubapa mereka dah pergi buat selamanya. 

di sini, satu saat berlalu begitu sahaja. satu saat dihabiskan dengan duduk di atas kerusi tanpa melakukan apa-apa. sedangkan satu saat itu boleh dimanfaatkan.

masa yang berlalu tak akan kembali. tak ada time machine yang boleh bawa kita ke masa lepas. tahun 1429 H dah berlalu, dan tahun 2008 bakal pergi jua. sepanjang tahun, fikirkanlah, apa yang telah kita sumbangkan kepada Islam. apa yang telah kita lakukan selama setahun, adakah memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. tahun yang baru perlu lebih baik daripada tahun yang berlalu. hari ini, 1 muharram, marilah kita jadikan 1 muharram ini sebagai 1 titik permulaan.

untuk kita berhijrah.

"hijrah itu perjuangan, hijrah itu pengorbanan..." ~dah lama tak dengar lagu tu...

Friday, December 26, 2008

bicara kedai kopi


hari tu pergi makan kat satu kedai ni ngan family. pastu nampak la beberapa kelompok kecil orang-orang tua bercakap-cakap sesama mereka. cakap pasal apa lagi, pasal politik negara. 

sangat kelakar kalau nampak orang-orang kita yang fikir mereka lebih bagus menguruskan negara daripada pemimpin-pemimpin kini. 

politik. 

politik tak semestinya berkaitan kerajaan sesebuah negara saja. dalam organisasi kecil pun ada politiknya juga. jawatan ketua pun nak berebut. sampai sanggup keluarga disisihkan. hurm, apa nak jadi. lepas tu bila dah jadi ketua, batang hidung pun tak nampak..

memang bagus.

patutla malaysia maju sangat.

dalam kumpulan kecil pun ada yang nak berebut jawatan.

tambahan pula, sekarang ni ramai yang rasa boleh memajukan negara di kedai kopi. bukak sidang kedai kopi je, macam-macam cadangan ada. "patutnya mereka kena buat macam ni". "apa yang diorang buat tu salah, patutnya macam ni." yang lain pun: "ya, ya, betul tu." slurrp, hirup kopi. "ni kopi Kapal Api, sedap nih." "patutnya diorang tu minum kopi Kapal Api, barulah kaw".

berfikir tanpa bertindak, tulah namanya. fikir-fikir tapi takde tindakan. tak dapat cari makan dengan berfikir je. 

urm, sedapnye....


EE sangat membosankan, jadi saya nak berehat seketika. disebabkan tiada benda menarik, jadi saya ingin berkongsi resepi. nama nya mi ntah pape. (actually saya tak ingat nama dia).

rupanya mungkin tak berapa menarik, sebab saya masak untuk diri sendiri masa tu, jadi tak perlulah nak letak dalam mangkuk fancy ke ape, makan dalam periuk sudahla kan...

pertama sekali, goreng bihun/su-un dalam minyak panas sampai dia kembang..hati-hati, nanti akan ada bunyi letup-letup, mungkin minyak akan terpercik terkena tangan, tapi takpe, sikit je...

lepas dah angkat mi tu, letak kat dalam pinggan. sekarang, ambil periuk, masukkan 1/3 air, panaskan sampai mendidih. sementara itu, potong beberapa ulas bawang merah dan bawang putih halus-halus, dan potonglah sayur ke, jenis sayur  terpulang. lebih sedap kalau ada baby corn, lobak, sawi, broccoli, atau cauliflower. pastu, potonglah perencah yang nak dimasukkan. tak kira lah sotong ke, udang ke, ayam ke....yang pastinya lebih banyak bahan, lebih sedap. tapi jangan masukkan ikan, tak best... 

lepas air dah mendidih, masukkan bahan-bahan tadi, kacau.....dan setelah bahan-bahan tadi masak, masukkan secubit garam, aji no moto ke, dan sedikit black pepper. kalau ada kiub ayam maggi pun boleh, tapi saya tak masukkannya, sebab macam tak best je. nanti jadi macam sup ayam pulak. hahaha. kacau lagi. kalau nak kuah tu pekat sikit, masukkan tepung jagung. oleh sebab kat rumah saya takde tepung jagung, jadi kuah tu cair sikit. 

bila dah masak semuanya, tuangkan kuah tadi dalam mangkuk yang berisi mi yang telah digoreng tadi. kalau nak lagi sedap, mi/su-un tadi boleh dicelup dalam telur dulu dan goreng. tapi rasanya nama mi tu dah lain. tak kisahlah apa nama mi tu, janji sedap..

nyum-nyum..

bolehlah cuba sendiri ya...

Monday, December 22, 2008

Kisah Aiman


Nama dia Aiman.

Dia Aiman saya.
Dia anak sedare saya, tapi bukanlah yang favourite. Sebab tiada yang favourite. saya sayang semuanya sama.

sebenarnya cerita hari ni tiada kaitan dengan aiman saya. tapi aiman lain. 

hari tu, saya tengok 1 cerita ni. ala, cerekarama kat tv3 tu. hari sabtu. tajuk dia tak tahulah. tapi cerita tu macam best. jadi saya teruslah menonton sehingga penghujungnya. 

ceritanya begini:

aiman ni budak yang baik. dia solat 5 waktu, dia patuh kepada ibu bapanya. satu hari, mak dia kemalangan. dan meninggal dunia. hasrat maknya adalah supaya adik lelakinya menjaga anaknya bila dia dah tiada.

jadi, selepas maknya mati, pak cik aiman pun menjaga aiman. pakciknya seorang yang agak kaya, hensem, muda, liar, dan suka berfoya-foya. di depan aiman pakciknya berlagak baik, tapi dia tidak memberitahu aiman siapa dia yang sebenar, iaitu seorang yang suka clubbing, minum arak dan pulang sehingga mabuk.

apa yang aiman buat?duduk sahaja?

oh, tentulah tidak. setiap hari dan setiap waktu aiman mengingatkan pakciknya supaya solat. pakciknya yang malu, bila aiman tanya, dia kata dia dah solat, ataupun, masuk bilik, duduk kejap, lepas tu bila aiman datang, pura-pura baca doa. kononnya dah habis solat lah tu. tapi, bila kawannya ajak clubbing, dia ikut jer. 

satu hari, lepas balik daripada clubbing, tengah malam, dengan mabuknya, dia buka bilik anak sedarenya dan nampak aiman sedang solat. bagusnya, budak kecik tu qiamullail. dia berasa bertambah malu dengan diri sendiri. dan aiman tak henti-henti mengingatkannya, walaupun pak ciknya tak melakukan apa yang disuruhnya tu. namun, jauh di sudut hati pakciknya, dia sangat sayang kepada aiman dan lama kelamaan, dia mula berubah.

walaupun pada mulanya dia rasa aiman menjadi penghalang kepada kebebasannya namun rasa malunya kepada aiman menyebabkan hatinya mula menyatakan sesuatu. dia semakin keliru, jadi dia pun menghantar aiman kepada ibunya di kampung. aiman sedih, pakciknya pun sedih. sama-sama sedih.

di rumahnya, pakcik aiman mula solat. dia mula memberi alasan supaya tidak pergi clubbing bersama rakan-rakannya. dia mula merasai kehilangan aiman. dia mula menyedari kata-kata arwah kakaknya dulu adalah benar, bahawa aiman akan mengubah hidupnya.

jadi, dia pun bawa aiman pulang ke rumahnya semula. mereka mula solat berjemaah sama-sama, bergembira, dan mereka menjadi rapat, seperti adik-beradik. seperti seorang anak sedare dan pakciknya. mesra dan penuh dengan nilai kasih sayang. 

tapi, kebahagiaan mereka tak berpanjangan. sebab aiman dilanggar kereta. dan air mata pak ciknya mengakhiri drama itu. saya hampir menangis. hampir je. tak nangis pun. haha.

ya, itu cuma drama di televisyen. skripnya dah ditulis oleh penulis skrip. tapi cerita ni mungkin juag berlaku dalam real life. seorang budak kecil mampu mengubah hidup seorang dewasa. budak sekecil tu boleh berdakwah kepada pak ciknya yang telah perjalanannya telah menyimpang daripada jalan yang lurus. budak sekecil tu mampu lakukannya. tanpa berputus asa.

bagaimanakah anda?

dan saya. dan mereka. dan kami. dan kita. kita semua. kita semua perlu lakukannya. 

lakukan apa? 

yelah, mengajak orang lain kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 

amar makruf nahi mungkar.

macamana nak lakukannya?

perkara pertama, tunjukkanlah contoh yang baik.

kalau diri sendiri rosak, macamana nak tunjukkan contoh yang baik?

yang rosak boleh dibaiki. yang kendur boleh ditegakkan. yang bengkok boleh diluruskan. yang tejatuh boleh dikutip.

semuanya kena bermula dengan diri sendiri.

saya tak dapat hidayah lagi lah. macamana saya nak berubah?

macamana awak tahu awak dah dapat hidayah ke belum? hidayah tu milik Allah. nak dapat hidayah, kena berusaha. bukan tunggu hidayah datang, baru nak berusaha untuk berubah. macamana nak berusaha? berubahlah kepada yang lebih baik. tambahlah amalan yang nipis melayang tuh. bagi tebal sikit ker. takpun, ingatlah Dia sepanjang masa. bukan si dia. dan berlembutlah dengan ibu bapa. bukan berkata "ah". 

jadilah seperti aiman. dia tak putus asa. kerana usahanya, pakciknya mula berubah. bukan berubah kerananya. tapi keranaNya. kerana usahanya, pakciknya mula berfikir, bahawa perbuatannya buruk. at least dia berusaha.

sudahkah anda? berusaha ke arah yang positif?

berhijrah.

saya harap aiman saya jadi seperti aiman dalam cerita tuh. sentiasa mengingatkan saya juga kalau-kalau saya tersilap. kerana manusia itu mudah lupa. mudah lalai. kena saling ingat mengingati. dan saya harap saya boleh menjadi lebih baik juga. kenalah berusaha, bukan asyik nak berharap je. 

dan Haiqal saya juga. dan Nanda saya. dan Nabil saya. dan Ari saya juga. dan Kimi. dan Is. (semua anak sedareku)

ini haiqal saya. si comel.

Monday, December 15, 2008

there's more

i was watching jelita, an indonesian sinetron on tv3 this afternoon (aired on weekdays, 3.30 - 4.30 pm. usually i dont watch this kind of stories because i consider it to be too melodramatic plus these kind of indonesian dramas usually will go on to hundreds of episodes. i can't stand it. anyway, the message i got was big. it got me thinking for a while. let me tell you the storyline first.

there's this girl, jelita (played by agnes monika). she is a poor girl, with 2 sisters and a brother who always gets on her nerve, because he just plays around without giving a thought on their very sick motther. jelita works at the market and save the money she got for her mother's medication. but one day, she impersonated a rich girl and attend a ball at this rich guy's house ( i think his name is bayu, if i'm not mistaken). bayu thought that she is rich too, but then he was wrong. she left the ball hurriedly and left one of her shoes. (duhh, cinderella like story again...uwekkk).

days after that, bayu met jelita again at the market where she worked, and thought that she was just jalan-jalan. hahaha. he asked her to join him for lunch at a very nice restaurant.

but, halfway eating, bayu said that he's done. he doesnt want to eat anymore, because he was full. and jelita said, "kamu tau tak bagi orang miskin, makan sekali sehari sama nasi dan tempe itu udah cukup bagus bagi mereka? kamu dapat makan begini bagus, terus, kamu bau bazir? ayuh, cepat habisin makanan mu."

lebih kurang macam tu la ayat dia.

"bagi orang miskin, makan sekali udah cukup bagi nampung hidupnya. bagi orang kaya seperti kamu, nggak akan paham, mereka berkorban demi cari makan demi keluarga mereka. kamu hanya tahu, kamu dapat makan, dan bila kamu nggak mau, kamu buang saja. aduh, usah bazirin, kamu patut bersyukur"

then, they went out of the restaurant and they met a beggar. jelita gave the beggar some money (from the one bayu gave her). bayu scolded her, saying she shouldnt waste her money on the beggars.

"kamu tau tak, orang miskin seperti mereka, nggak ada duit utk beli makanan untuk anak-anak mereka? kamu orang kaya, kamu nggak faham kesusahan mereka. aku cuma bg 5 ribu rupiah. aku tanya sama kamu, apa makna 5 ribu rupiah bg orang kaya seperti kamu?"

"5 ribu rupiah boleh buat beli sedikit petrol untuk keretaku."

"bagi kamu, wang sebanyak itu bisa beli petrol kamu, tapi bagi orang miskin, 5 ribu rupiah itu adalah segalanya. mereka bisa guna wang sebanyak itu untuk tampung hidup mereka."

the guy fell into complete silence. and the girl left him.

agnes was right, did she?

bila kita dah ada semuanya, kita jarang menyatakan kesyukuran. bila kita dah ada kesemuanya, kita lupa orang yang di bawah, yang lebih menderita daripada kita.
bagi orang-orang begini, ada yang rasa merekalah yang paling susah, kerana mereka lupa ada lagi yang jauh lebih susah daripada mereka. bagi yang dah senang, mereka pun lupa ada orang yang susah, sebab tu mereka tak nak bagi sikit apa yang mereka ada. lebihan-lebihan harta itu. mereka lebih suka membelanjakan untuk kereta mahal, rumah besar, barangan branded, dan sebagainya. sedangkan mereka tak perlukan semua itu.

bagi orang yang kurang mampu, cukuplah sekadar ada teratak buruk tempat berlindung panas dan hujan, cukuplah ada sebiji basikal usang untuk bergerak ke tempat yang agak jauh, tak perlu kereta BMW X6. kita, kalau dah ada toyota avanza, masih lagi pinginkan BMW X5 atau X6. sedangkan, avanza dah cukup nak bawak keluarga mereka ke sana ke mari. ada di luar sana yang sanggup berjalan kaki 10 km semata-mata nak pergi ke sekolah pun.

sedarkah kita?

mungkin tak. kalau bukak tv tengok E! memanglah tak sedar. kalau baca paper segmen Sukan semata mata memanglah tak nampak. kalau pengemis datang buat dek je, memang lah tak sedar. tak ada sikit pun rasa kesian, nak hulurkan walau seposen, malah mencemuh lagi ada lah. kita selalu fikir, mungkin pengemis-pengemis ni tipu aja, tapi, pernahkah kita terfikir, lebih baik kalau memberi walaupun sedikit tanpa soal. sedangkan tangan di atas itu lebih baik daripada yang di bawah.

sebab tu lah kena bayar zakat, supaya kita ingat ada lagi yang susah.

dan zakat bukan sekadar zakat fitrah je.

salah siapa?

"bangau oh bangau, kenapa engkau kurus?
macam mana aku tak kurus? rumput panjang sangat.
rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
......"
and the list goes on and on.

kenapa benda tu berlaku?
ntah, bukan salah saya, tanya dia.
dia, dia cakap salah awak, betul ke?
ntah, bukan saya, saya tak salah pun. tanya dia.
dia, dia yang tadi cakap salah awak, betul ke?
ha? pehal pulak...bukan salah saya, saya tak ada kena mengena.
salahkan orang itu.
salahkan media.
salahkan kerajaan.

tuduh orang tu, tuduh orang ni.

pernah tak kita salahkan diri sendiri?
pernah tak terfikir semua tu salah kita?

manusia memang tak pernah mengaku salah sendiri.
sentiasa nak menuding jari.
akhirnya, macamana kita nak tahu salah siapa sebenarnya.
salahkan pemimpin, pemimpin salahkan semula orang yang dipimpin.
salahkan rakyat, rakyat salahkan pemimpin pulak.

macamana nak selesaikan masalah?
patutlah masyarakat tak maju.
masih di takuk lama.
semua tak nak mengaku salah sendiri.

salah siapa?

mereka dan keluarga mereka.

keluargalah pulak.

salah siapa?
salah saya. semua salah saya.

hurm, mungkin salah awak.
kita marah la pulak.

apahal pulak? awak ni nak salahkan orang pulak.
eh, bukan tadi awak cakap salah awak?

hurm....

banjir oh banjir

jam dah menunjukkan pukul 1.30 pagi. saya masih belum tidur kerana menonton shonen omyouji di saluran animax (715), sebuah anime yang agak menarik jugalah, tentang seorang "spirit master", masahiro yang mempunyai kuasa untuk menghalau roh jahat yang mengancam kehidupan manusia. tiba-tiba, terdengar suara orang di luar mengharung air. kenapa ada bunyi air ni? banjirkah?

mula-mula mak saya bangun daripada tidur dan membuka tingkap. saya menjenguk ke laman depan. air dan melimpahi longkang. "nampaknya air pasang beso ni," kata mak saya. sekeliling rumah dah dipenuhi air. walaupun waktu itu dah lewat pagi, namun ramai orang di luar rumah, bercakap-cakap mengenai air pasang dan membuat bising. mujurlah tak tidur lagi waktu itu.

"kat dapur air dah masok ke?" saya bertanya.

"belum lagi, baru kat luar je. kalau air tak surut dan hujan tak berhenti, mungkin masuk dalam rumah," jawab mak saya.

tiba-tiba kenangan 2 tahun lalu muncul kembali. waktu yang lebih kurang sama. baru je lepas spm masa tu. boring-boring kat rumah. hujan tak berhenti selama 4 hari berturut-turut. memang kebiasaannya pada hujung disember dan awal januari setiap tahun merupakan waktu-waktu kritikal bagi penduduk di bahagian timur semenanjung malaysia, termasuklah mersing, johor. biasanya akan banjir, kerana pada waktu begini air pasang besar, disebabkan oleh tarikan graviti bulan, bla, bla, bla. boleh check kat wiki kalau nak tahu.

waktu itu, macam malam tadi. saya masih belum tidur, sebab tengok tv. hahaha. pukul 2 pagi, mak dan ayah saya bangun daripada tidur dan membuka tingkap dan pintu. air dah naik paras lutut. mereka tak tidur balik selepas itu. masih menunggu dan menunggu. nampaknya air pasang besar + hujan tak henti-henti telah menyebabkan banjir. waktu itu, berita di tv dah banyak kali memaparkan tentang kawasan-kawasan lain di negeri johor yang dilanda banjir teruk. ramai orang yang dah kena pindah ke pusat pemindahan banjir. rumah-rumah dah tenggelam dan harta-benda rosak. dah beberapa orang yang hilang dan meninggal dunia dihanyutkan banjir. masa tu, memang banjir yang paling teruk dalam sejarah.

beberapa jam selepas tu, air dah naik sampai ke paras pinggang. tiba-tiba kecoh. beberapa orang bomba naik sampan datang dan mengetuk rumah-rumah serta melolong-lolong: "air naik ni. pindah sekarang". hurm, nampaknya dah tiba giliran kami untuk pindah. kami pun beramai-ramai redah air banjir yang menggelikan tu (walaupun menggelikan tapi ramai je budak-budak yang mandi. tak taulah apa yang seronoknya) menuju ke pusat pemindahan banjir naik lori bomba. hahaha. lawak juga bila mengingatkannya. tapi masa tu memang cuak. kalau air naik sampai bumbung rumah pun tenggelam memang kena cari rumah lain la.

lepas 3 hari tinggal kat situ, air dah surut. dah boleh balik. bila balik, 3 hari 3 malam mengemas rumah pun tak habis-habis juga. basuh rumah, basuh perabot, lap itu, lap ini, buang yang dah rosak, basuh pinggan mangkuk. pinggan mangkuk nye pulak banyak. dah boleh buat kenduri kahwin dengan semua pinggan mangkuk kami. hahaha.

tu cuma pengalaman kami di mersing yang tak seteruk penduduk-penduduk kota tinggi, batu pahat, segamat, dan tempat-tempat lain di johor. banjir tahun tu kali pulak tu.

sekarang hujan baru berhenti lepas 2 hari hujan turun. air pasang malam tadi pun dah surut. dah ramai orang keluar naik motor di jalan raya. masa hujan, sunyi je jalan depan rumah saya. di pantai pun tak ramai orang. kalau hari cerah, memang ramai la orang berehat di pantai. waktu-waktu begini, angin kuat dari laut pun dapat dirasai. memang nyaman. tapi kalau dah ribut tu, memang dah tak nyaman la. haha. selagi musim tengkujuh belum habis, hujan akan turun tak henti-henti. ombak akan mengganas. air pasang naik tinggi melimpahi tebing yang dibina di tepi pantai. nelayan tak akan turun ke laut. ikan takde. harga ikan akan tinggi. keropok lekor pun tak ada orang jual. petang-petang tak boleh makan keropok. hahaha.

ini baru setakat banjir yang kecik, tapi mampu affect banyak benda, banyak keluarga di daerah kecik macam mersing ni. kehadiran banjir ini juga memberi kesedaran kepada kita, kita ni cuma manusia yang tak mampu nak buat apa-apa. tak mampu nak menghalang bencana datang, sebab semua tu, datangnya daripada Allah. Kalau Allah kata jadilah, maka jadilah ia.

dulu, masa tsunami, banyak researchers kata, hutan paya bakau kat tepi pantai tu boleh jadi benteng semulajadi kepada tsunami. tapi, hutan paya bakau dimusnahkan sebab: kayu bakau boleh dijadikan kayu arang, hutan dibuka untuk industri pelancongan, nak bukak resort, etc etc. tapi, dengan memusnahkan hutan paya bakau, banyak haiwan tak ada tempat tinggal. haiwan-haiwan yang kerjanya bertasbih memuji Allah. tapi, manusia yang kerjanya, takdelah memuji Allah sepanjang masa, yang terus-terusan melakukan kerosakan di atas muka bumi, memusnahkan yang semula jadi untuk kepentingan mereka sendiri. datangnya bencana daripada Allah itu sebagai peringatan kepada manusia yang telah melampau.

tapi, kita kena ingat, kalau dah datangnya bencana, Allah akan bagi kat semua, bukan sekadar orang yang buat maksiat je, yang tak pun terkena tempiasnya. so kita kenalah faham apa kita kena buat kan?

hujan dah turun semula.

Saturday, December 13, 2008

saya tak suka dia

saya tak suka dia.
dia selalu buat saya marah.
dia selalu buat saya hilang sabar.
dia selalu buat saya rasa macam nak belasah orang.

saya tak suka dia.
dia selalu gunakan tangisannya sebagai senjata.
dia selalu membuatkan orang rasa simpati kepadanya.
dia selalu membuatkan orang rasa bersalah terhadapnya.

saya tak suka dia.
dia selalu mengejek saya.
dia selalu membuat muka kat saya.
dia suka rosakkan barang saya.

tapi, jauh di sudut hati saya,
mungkin saya sayang dia.
mungkin saya akan menangis kalau dia tak ada.
mungkin saya akan menyesal saya buat dia macam tu dan macam ni.

tapi,
tak mungkin saya akan katakannya di depan muka dia.
sebab saya yakin dia pun tak akan ucapkannya kepada saya.
bukan kata sayang, saya tak pernah pun mintak maaf kat dia.
jauh sekali dia nak mintak maaf kat saya.

saya tak patut cakap saya tak suka dia.
saya tahu.
tapi, apa yang boleh saya buat.
bukan salah saya dia jadi begitu.

mungkin salah saya juga.
mungkin saya tak patut layan dia begitu.
tapi dia pun layan saya begitu.
mungkin saya patut mengalah dengan dia.
tapi dia tak pernah mengalah dengan saya.

mungkin saya yang patut mulakannya.
mungkin saya yang perlu minta maaf kat dia.
tapi saya tak tahu bagaimana nak lakukannya.
mungkin saya ego.
dia pun ego juga.
egois semuanya.

kadang-kadang saya rasa bersalah juga.
biasanya perkara kecil dibesar-besarkan.
inilah yang dikatakan making a mountain out of a molehill.
mungkin berpunca daripada saya.
mungkin juga daripada dia.
seolah-olah macam saya begitu bencikan dia.
tapi saya tak benci dia.
mungkin dia yang benci saya.
hurm, siapa tahu...

tapi masih ada secebis rasa kasih padanya.
after all, dia darah daging saya.
tapi terlalu meluat mengatakannya.
kerana apa?
mungkin saya yang bermasalah.
bukan dia.

Friday, December 12, 2008

Gulai daging


"mok masak pe hari ni?"

"gul-la(gulai) daging"

"urm, sedapnya"

sedapnya gulai daging. lebih-lebih lagi kalau mak yang masak. sangat sedap. walaupun orang lain cakap tak sedap, tapi pada anak-anaknya, mesti sedap.

"mana lagi sedap, mok punye gul-la daging ke, masak siakap 3 rasa kat restoran semalam?"

"eh, mestilah yang mok masak."

bukan tipu, bukan bodek. semua anak akan cakap masakan paling best ialah yang dimasak oleh mak sendiri. 

sebab tu la, kalau dah kahwin, si lelaki akan complain, "pesal awak masak tak sesedap mak saya masak?" "saya nak awak masak macam yang mak saya selalu masak." hurm, lepas tu si perempuan mulalah menelefon mak mertuanya ataupun maknya sendiri tanya resepi. tapi bila dah masak, rasanya masih tak sama dengan yang mak dia masak. 

(pengalaman di atas bukan pengalaman saya, cuma berdasarkan pemerhatian terhadap kakak-kakak saya dan kakak-kakak ipar saya yang telah berumahtangga.)

sebab tu la, kalau bab masak memasak ni, memang penting kalau dah kahwin. 

(hurm, mujurlah saya masih muda, not nowhere near nak kahwin)

tapi ingatlah wahai rakan-rakanku, syurga di bawah telapak kaki ibu.

Thursday, December 11, 2008

Dead End

dah berubah. dah bertukar. daripada purple ke coklat. kenapa? mungkin sebab dah lama tak makan coklat. teringat coklat. eh, bukan...semuanya dah bertukar coklat kerana gambar kat atas tu dah tukar. daripada gambar buku atas meja kepada gambar "RANCH ROAD - DEAD END". sebenarnya gambar tu diambil daripada National Geographic punya website. mungkinkah tidak boleh, sebab gambar itu dicopyrighted? tak tahu la pulak. habislah kalau tak boleh. nanti kena saman dengan National Geographic pulak kang. Anyway,

Let's take a look at what it said : Dead End.

Do you believe that there will be a point where we call it a dead end in our life? 

I don't think so. 

Kita sentiasa ada pilihan. kita boleh pilih apa yang kita nak buat dalam hidup kita. 

Jadi pilihlah yang betul.

Dan apabila kita rasa kita dah sampai ke jalan mati, apabila kita tak tahu apa lagi yang kita perlu buat, 

kita sentiasa boleh patah balik.

U-Turn. 

Ke pangkal jalan. supaya kita boleh start perjalanan kita semula. dan kesalahan lalu boleh dielakkan. kerana kita dah ambil pengajaran.

fikirkan.

Wednesday, December 10, 2008

lapar atau kebulur?

di saat televisyen menyiarkan berita bahawa lebih kurang 1 billion penduduk dunia berhadapan dengan masalah kebuluran, aku dan familiku sedang sibuk menyuapkan nasi goreng yang ku masak sebentar tadi ke dalam mulut masing-masing walaupun petang tadi baru je membaham pisang goreng, keropok lekor. pagi dan tengahari tadi pulak kami satu famili makan nasi lemak yang ibuku masak.

banyak benar makanan yang kami makan. agaknya kalau semua makanan yang kami makan tadi dihulurkan kepada kanak-kanak kebulur di Afrika mesti boleh bagi makan beratus - ratus orang. 

kadang-kadang kita makan terlalu banyak. kita makan lebih daripada mencukupi. kita makan melebihi keperluan. kita makan dengan gelojoh. kita makan ikut nafsu. kita tak ingat orang kebulur kat tempat lain. kita tak menghargai makanan yang kita makan, sebab kita dah biasa makan benda2 sedap, yang dapat memuaskan nafsu kita yang sebesar South China Sea ni.

Dah la tak ingat orang yang kebulur sana tu, ada hati lagi nak complain? macam orang tak sedar diri je. mungkin kita masih tak sedar. sebab apa kita tak sedar? sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.

once again, say Alhamdulillah.

apa kenapa bagaimana

apa yang membuatkan mereka fikir begitu?

apa yang mendorong mereka berpendapat sebegitu?

kenapa mereka fikir begitu?

kenapa mereka tak nak dengar nasihat?

mungkin mereka tak mahu terima kenyataannya.

mungkin mereka terlalu asyik dengan dunia mereka.

manusia memang susah nak terima kebenaran, walaupun kebenaran tu terpampang di depan mata, kerana mereka tak boleh tinggalkan kejahilan yang mereka setiap hari lakukan..

kejahilan telah menjadi kebiasaan buat mereka, jadi mereka rasa itu adalah perkara biasa, tak pe kalau buat... tiap-tiap hari buat..kenapa sekarang tak boleh buat pulak?

hai, manusia...

bagaimana nak ubah mentaliti manusia-manusia begini?

mungkin tak boleh nak ubah mentaliti mereka. 

bagaimana?

plan, strategize.

Tuesday, December 9, 2008

ini sejarah kita

nampaknya asmak dah menceritakan perjalanan kami ke melaka dalam blognya... apa yang kami dapat, sepanjang perjalanan ini bukan sahaja tentang ukhuwah, tapi bagaimana pentingnya sejarah....

nikita khruschev kata, "historians are dangerous people. they are capable of upsetting everything" mungkin itulah yang berlaku. sejarah menceritakan tentang masa dahulu. tapi kenapa nak belajar pasal orang yang dah mati? kenapa nak belajar benda yang dah lepas? kan orang kata, "let bygones be bygones"? bukan ke belajar sejarah tu buang masa? kita patut plan untuk masa depan, bukan mengenang masa lampau. belajar sejarah? so last year...oldies....not up-to-date...

tapi, bukan ke kita belajar daripada sejarah? tahu ke tak, sampai sekarang orang belajar pasal plato's philosophy, walaupun dia dah mati beribu tahun dulu (tOk)? tahu tak, sampai sekarang orang masih tertanya - tanya macamana piramid tu dibina? tahu tak, matematik yang kita belajar sekarang ni al-khawarizmi, euclid, bayes, etc yang develop?

hurm...mungkin kita tak pernah tahu..

sebab kita tak pernah nak ambik tahu...

sejarah pun kita tak tahu, isu semasa pun kita tahu, perkara lain yang menimpa ummah kita sekarang pun kita tak tahu, berita banjir kat terengganu pun kita tak tahu, kawan kita sakit masuk hospital pun kita tak tahu, mak kita terasa dengan kita pun kita tak tahu...

jadi, apa yang kita tahu?

adakah kita hanya tahu minggu ni pasangan mana yang terkeluar daripada sehati berdansa? 

adakah kita hanya tahu pasangan selebriti mana yang bercerai hari ni? yang kahwin semalam? yang kena tangkap basah hari tu?

adakah kita hanya mahu ambil tahu perkara yang berlaku di depan mata kita sahaja? tanpa mahu mengambil tahu di belakang kita, ada orang yang sedang merana? ada orang yang sedang menanti-nanti pertolongan kita?

kita memang tak pernah belajar dari sejarah.

kita memang tak pernah mengambil iktibar.

kita belajar, tapi kita tak faham.

kita hafal fakta sejarah, hanya untuk peperiksaan Sejarah SPM. 

ignorance is bliss, orang kata...tapi kita nak jadi macam lembu yang tak tahu apa-apa? makan, makan, makan rumput sampai gemuk kemudian disembelih dan dilapah dagingnya, kemudian digoreng dan diratah beramai-ramai?

paradoxism.

orang yang bodoh ialah orang yang tak mengambil pengajaran daripada kesalahan lampau dan mengulanginya.

nampaknya ramailah orang bodoh sekarang.

hurhurhur...

"Demikianlah Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebahagian kisah (umat) yang telah lalu, dan sungguh, telah kami berikan kepadamu suatu peringatan (Al-Quran) dari sisi kami"

"Barangsiapa berpaling darinya (Al-Quran), maka sesungguhnya dia akan memikul beban yang berat (dosa) pada Hari Kiamat."

- Taha, 20: 99-100 -

Tuesday, November 25, 2008

I T G S, bisnes, econs...

walaupun time2 genting nak dekat exam, tp saya masih ada masa nak update blog...hurm,mungkin sebab sekarang tengah study itgs...jadi, saya rasa macam nak cerita pasal internal assessment subject itgs - information technology in a global society.
di sini bukan nak promote itgs, atau nak ape-apelah...cuma nak reflect diri sendiri, sebagai seorang yang dah pilih subjek ini setahun setengah yang lalu.

internal assessment (IA) itgs terdiri kepada 3 bahagian - logbook, project dan report...
semuanya adalah lebih kurang sama saja. prosesnya bermula pada semester 1 semasa cikgu Azlinda brief kami pasal projek ni. pertama sekali kami kena cari seorang yang boleh dijadikan client dan solve problemnya menggunakan IT. projek yang kami buat nanti terpulanglah kepada masalah yang client tu ada. biasanya student2 akan buat website, database program, or interactive multimedia presentation menggunakan teknologi Flash (seperti yg saya buat). agak leceh kalau tak tau macamana nak buat mende2 tu. mengikut pandangan cikgu, projek mestilah agak gempak. kalau nak buat website kenalah bersungguh2, macam website yang betul2 tuh...kalau tak pandai guna dreamweaver ke, flash ke, visual basic ke, kena la master dulu. semuanya kena belajar sendiri dan explore sendiri. bak kata cikgu, everything is in the internet...hurm, memangla, tapi nak faham nye satu hal..

logbook pulak kena diisi setiap hari. dari proses cari client, solving problem, product development, kenalah isi. sepatutnya tiap2 hari, tapi sebab kami selalu procrastinate, date dalam logbook kenalah tipu2, kalau tak kena potong markah. in the end, logbook tu akan jadi setebal buku Biology CJ Clegg (ada yang separuh buku Campbell pun ada).

report pun kena buat jugak. report ni macam logbook, cuma lebih formal. word limitnyer 2500 je, tapi macam tak logik sebab banyak gila kena explain. baru 1 part yang sikit dah nak dekat 2000. banyaklah kena edit nanti. tambah lagi 1500 boleh buat EE (mengingatkan EE IT ku yang tak siap2 lagi...).

buat product 1 hal...nak master software, masukkan data...sakit mata asek pandang laptop jer...boleh CVS (computer vision syndrome) cam ni. bila product checking jer, barulah sume budak2 it cuak...barulah nak bukak2 laptop klik2 taip2 sana sini. huhu~~. PROCRASTINATION KILLS!

setahun buat IA...markahnya 35, banyak tuh...takle buat main2...boleh menentukan dapat 7 ke tak... kepada sume budak2 it, sabar jela...kita hantar 1st week of January kan...pastu mungkin boleh lek sikit..

budak business dan econs juga rasa begitu....rumate saya tak tido siapkan 4 commentary econs. jiran sebelah bilik saya pun bersengkang mata siapkan ia business... sama je semua..
hakikatnya, IB memang begini... nak buat macamana..kita dah dipertanggungjawabkan untuk menghadapi IB. so hadapi jelah! jangan merungut, jangan mengalah, kerana apabila kita mengalah, kita adalah orang yang KALAH!

kalah dengan diri sendiri sebab tak mampu tonjolkan potensi diri. kawan saya kata, sebenarnya otak kita ni tak ada limit pun. the mind controls the body. kalau kita kata kita boleh, maka kita boleh lakukannya. ingatlah, Allah tak menilai hasil, tapi usaha yang kita lakukan...

jadi, lepas ni, janganlah kata:
"alah, aku kena buat lagi banyak daripada ko...ko budak econs, ia sikit jer..budak bisnes ngan it lagi kena buat banyak daripada ko...setakat 4 commentary....satu malam boleh buat."

"alah, ko budak it..tekan2 laptop boleh buat...kitorang kena kaji 4 artikel n extract the econs things out of it.."

YELAH TU.

banyak sangatlah yang kita kena buat.

mak cik cleaner kat blok tuh kena buat kerja lagi banyak daripada kita. cuma kita je yang tak sedar, sebab kita terlalu pentingkan diri. mungkin kita rasa kerja kita banyak as an IB student, as an ITGS student, as an Econs student, as a Business student, tapi...

SAMA JE.

ayah saya cakap " belajar memangla banyak kerja. semua benda susah. mana ada senang. kalau kita nak dia susah, dia akan jadi susah. kalau kita rasa dia senang, maka senanglah ia..."

so sekarang ni, stop thinking only about ourselves. buka mata, buka minda, buka hati...orang lain punya susah kita tak peduli...orang lain bersengkang mata cari duit nak provide makanan untuk anak2...kita, makanan dah disediakan...tak payah cari jauh2, pun nak bersungut?

for once, think about others as well.

Friday, November 21, 2008

repayment

tadi terdengar sesuatu yang sangat menarik time tazkirah kat blok...
buat kan kita terfikir seketika...

Allah dah bagi kita nikmat yang sangat banyak sepanjang hidup kita di dunia..
Allah sangat sayangkan kita sebenarnya.cuma kita yang masih tak mahu sedar. cuba kita bayangkan, kalau kita merangkak kepada Allah, Allah akan datang dengan berlari kepada kita. Allah sangat sayang hambaNya.. Tapi, sedarkah kita yang kita tak mampu pun nak bayar balik apa yang dah diberi kepada kita...

sesungguhnya, nikmat Allah itu tak terhitung banyaknya..
tapi kita sombong, kita selalu lupa dari mana kita dapat nikmat-nikmat tu..
contohnya, nikmat kepandaian...

biasanya, kalau kita cemerlang dalam exam, kita akan rasa: "wah, nampaknya kerana aku usaha banyak, aku dah dapat 42...straight As..."
tapi sebenarnya,

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (39:49)

cuba kita fikir sejenak.

jantung berdegup setiap masa untuk pastikan kita dapat hidup. siapa yang gerakkan jantung kita dengan kuasaNya? Allah.

kalau kita andaikan on average jantung berdegup 100 kali seminit, setiap jam dah 6000 kali, setiap hari 144 000 kali, seminggu 1 008 000 kali, setahun 324 juta kali...sepanjang hayat? kalau kita andaikan setiap kali jantung berdegup tu kita kena nbayar RM 1, berapa banyak yang kita kena bayar untuk setiap degupan jantung sepanjang hayat kita?

mampukah kita?

mampu ke kita nak bayar balik semua nikmat Allah kat kita?

dan kita terus bersikap sombong?

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mempergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seprti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (7:179)

Say Alhamdulillah.

Tuesday, November 18, 2008

menangis itu sakit tapi lebih sakit kalau tak menangis

apabila kita menangis kita dianggap lemah. terasa lemah pun. orang akan kata kita cengeng. orang akan kata kita lembik.

kalau perempuan, menangis selalu dikaitkan sebagai satu medium untuk menagih simpati. dikatakan air mata itu adalah senjata wanita untuk membuatkan lelaki cair. kalau lelaki, orang kata, mereka tak menangis di mata, tapi dalam hati. macamana nak menangis dalam hati, aku pun tak tahu. dulu selalu membayangkan dalam hati mereka jatuh titisan darah macam air mata (lawak la tuh!!!). hari tu tanya seorang classmate ni, "lelaki pun nangis2 kat orang jugak ker?". dia kata, depends on the individual, tapi jarang la nak tengok lelaki menangis... buat apa nak nangis depan orang.. (sori classmateku itu, aku tambah sikit kata2 ko...).

mungkin ramai yang tak mahu menangis. ya, memang sakit kalau menangis. kalau dah menangis banyak tu, mata bengkak. dah sakit mata. tapi memang sakit di "dalam". dalam hati. kenapa? reason berbeza untuk individu berbeza. tapi, kalau kita tahan perasaan kita yang sakit kat "dalam" macam tu, lagilah sakit. akan rasa seperti ada satu benda yang tersekat di kerongkong, dada, etc..

kita terasa lemah.

hakikatnya kita memang lemah. tak salah kalau nak menangis kerana sedar akan kesilapan lalu. tak salah kalau nak menangis kerana takutkan Dia. kita kena sedar, utk betulkan yang salah. 

kita adalah manusia yang lemah. kita adalah nothing di dunia ini kalau kita rasa kita hebat dan berkuasa, jika nak dibandingkan dengan kekuasaanNya. kita patut menangis kerana malu kepadaNya. 

ego. tak nak menangis. tak sombong ke macam tu?

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

menangis tak bererti kita sedih, betul tak?

3:139"dan janganlah kamu(berasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman"

Wednesday, November 12, 2008

makin jauh

jauh sekali kurasakan dengannya..
dah lama tak balik kampung...
di kampunglah aku kenal semua ini.
di kampunglah aku bertemu dengannya...

dia mendengar segala kata hati aku
yang gembira, yang sedih lagi mengecewakan.
dia dengar semuanya.
sebelum aku pergi, dia hadiahkan aku sesuatu...
sesuatu yang amat berharga, yang tak dapat ditukarganti dengan yang lain.
sesuatu yang mampu buat aku menangis tatkala aku sedih
dan membuat aku senyum tatkala aku gembira...

kini aku rasa aku makin jauh darinya.
aku hanyut dalam dunia aku sendiri
aku lebih pentingkan orang lain daripadanya
aku lebih pentingkan diri sendiri.
aku cintakan diriku lebih daripadanya.
aku seorang yang pentingkan diri.
aku jahat.
aku memang tak sayang dia.

aku memang tak sayang dia.
sedangkan dia sayangkan aku.
aku lawan cakap dia.
aku tak nak ikut apa yang dia suruh.
sedangkan, aku tahu, itulah yang terbaik untukku.

aku dah jauh daripadanya.
sedangkan orang lain berlari lari untuk dekat dengannya.
aku tak mampu nak kejar
aku tak mampu nak kejar.
aku tertinggal di belakang.
aku makin jauh.
hanya tangisan dan ratapan pilu bersimpul di dadaku.
sedangkan bayangannya makin lama makin hilang.

aku takut.
kalau-kalau aku akan kehilangannya
terus.

hatiku akan gelap.
pandanganku akan kabur.
hidupku seperti tanpa arah tuju.

Monday, November 10, 2008

Maha Pengampun

 Dari Anas bin Malik r.a berkata: Aku mendengar Rasululah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. berfirman,'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'" (HR Tirmidzi)

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Friday, November 7, 2008

Tuhanku. Solatku. Kambingku = Tuhanku. Solatku. Assignmentsku.

tadi saya dengar satu cerita masa tazkirah kat blok. ceritanya ringkas. pendek. tapi mampu memberi kesan mendalam sebagai seorang pelajar IB di KMB.

ceritanya begini:

pada suatu hari abu dzar mahu membawa 60 ekor kambingnya ke Sahara (if i heard it right). tapi dia takut kalau kesibukan menjaga kambingnya itu akan membuatkannya lalai dan menjadi sukar untuk beribadah. lalu dia pun pergi bertemu Rasulullah untuk meminta pendapat Baginda. Baginda pun kata, "pergilah". dia pun pergi.

sampai satu tempat, abu dzar pun solat. dia tinggalkan kambing-kambingnya bermain-main di tepi. tiba-tiba, jengjengjeng....

datang seekor SERIGALA...

serigala nak makan kambing-kambingku..

saat tu, syaitan berbisik kepadanya supaya menyelamatkan kambing-kambingnya rather than teruskan solatnya yang penuh rendah diri kepada Allah itu.

adakah abu dzar akan selamatkan kambing-kambingnya?

Tak!

Dia teruskan solat. Kenapa? Kambing lebih penting ke Allah lg penting? Solat lg penting ke kambing lagi penting? Walaupun kambing sumber rezekinya, tapi siapa yang beri rezeki? Allah. Tuhanku.

Untuk bersyukur, aku perlu jaga Solatku.

Tuhanku + Solatku = lebih penting daripada Kambingku.


kesudahannya, muncullah seekor singa untuk memakan serigala itu. kambing-kambingnya selamat.Dia mengutamakan kewajipannya kepada Allah yang MEMBERI rezeki kepadanya daripada kambingnya yang merupakan rezeki DARIPADA Allah.
Mana lebih penting?

Fenomena pelajar IB di KMB

kita seperti meletakkan kerja sebagai tempat utama.
"tak nak pergi ceramah sebab nak buat homework"
"tak nak pergi usrah sebab nak buat EE"
"tak nak solat sebelum homework habis"
"homework lebih penting daripada solat"
"kerja adalah segala-galanya"
"serabut sebab kerja tak siap lagi. tak serabut walau tak solat lagi"
"baca Quran buang masa. it takes my time to study"

macam-macam lagilah. kalau fikir, macam agak dahsyat pemikiran-pemikiran seperti itu. tapi itulah yang berlaku. itulah yang kita buat.

cuba fikirkan, kalau kita mati esok, apa yang kita dah buat untuk Allah? nak tunjukkan Honor Roll? dapat 42 = masuk syurga? tak semudah itu. tak semudah itu. IB kita ni akan jadi sia-sia kalau kita tak buat apa-apa yang bermakna di sini. segala yang kita belajar itu akan menjadi sia-sia kalau kita setakat belajar untuk exam.

exam = bukan apa sangat pun. kecoh je lebih.

bila time nak exam, semua orang nak jadi sensitif. semua orang nak tension. marah orang sana-sini.
hubungan dengan sahabat pun terjeejas. konflik sana-sini. gaduh situ, gaduh sini. alasan diberi = tak 'masuk' dgn group irp. hum, ye lah tu.

bukan untuk condemn sesiapa, cuma nak katakan di sini, hidup ini bukan sekadar exam. bukan sekadar assignment. bukan sekadar kerja 24 jam. bukan sekadar nak dapat 42. bukan sekadar nak lepas IB. bukan sekadar nak masuk top uni. bukan sekadar nak puaskan hati sendiri. bukan sekadar nak puaskan hati ibu bapa.

kita manusia. kita ada tanggungjawab.
kita hamba. kita ada tanggungjawab.
kita makhluk yang diciptaNya. apa yang kita dah buat untukNya.

fikir balik. adakah kita belajar untukNya?

Friday, October 31, 2008

penat


"malas la nak datang irp, penat.."

"ala, penat la nak buat homework, nak tido la"

"malas nye nak makan, penat gila ni"

"nak tido dulu, biarlah pg remedial lambat sikit.."

"tak kisah datang lambat pon kelas...malam tadi stay up buat homework..penat.."

penat. penat. penat. 

macam-macam benda yang kita buat setiap hari..

tapi kepenatan sering dijadikan alasan.

tak nak sesuatu, jadikan penat sbg sebab.

penat sangatkah kita ni?

setakat kerja sekolah.

setakat IB.

setakat A-Level.

setakat medic student.

setakat pelajar?

itu sajakah peranan kita?

itu sajakah tanggungjawab kita?

ingat mak kita tak penat ke? layan anak-anak.

ingat ayah kita tak penat ke? cari duit untuk kita. bagi makan kita.

ingat cikgu kita tak penat ke? ajar kita sampai faham.

ingat adik-beradik kita tak penat ke? layan kerenah kita.

ya, semua orang penat.

tapi, jangan sampai orang pun penat nak layan anda yang selalu penat.

Rasulullah tak pernah penat sampaikan kebenaran.

jadi, patutkah kita berasa penat sedangkan separuh daripada kebenaran pun kita tak sampaikan lagi?

patut ke?

macam tak je.

ya, manusia perlukan rehat.

tapi, ibadah itukan rehat bagi kita..

solat itukan merehatkan kita?

rehatkan minda.

tenangkan diri.

penat. mindset. psiko.

saya pun penat, anda pun penat.

kalau semua orang penat, 

sape yang nak memimpin ummah?

Tuesday, October 28, 2008

berkecamuk

kebelakangan ni fikiranku macam agak berkecamuk
short term memory lost
tatau paper
blurr
pening

Sunday, October 26, 2008

kenangan semalam

semua orang (not exactly semua) nak bercerita tentang apa yang berlaku semalam...

ada yang gembira, ada yang dalam dilema, ada yang rasa bersalah, ada yang rasa dihargai, ada yang... hurm, macam-macamlah.. walaupun semalam sangat gembira, dan pulang agak lambat (kerana kelewatan menunggu bas untuk pulang, walaupun sebenarnya tak kisah pun nak balik pukul berapa) tapi jauh di sudut hati, kenangan semalam masih terpahat sehingga ke hari ini..

it's a fact that the whole sehati serumpun is a family...

walaupun rasanya macam dah lama kami pergi ke cambodia bersama-sama, berjumpa dengan orang di sana, but the memory is still fresh in our minds. (tapi tak taulah kalau ada yang dah lupa)... it's a once in a lifetime experience, to go somewhere and bonded together...

kenangan semalam memang best, dan bertahan hingga ke hari ini, tapi esok, siapa tahu...kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.. kalau dulu, mungkin meeting seminggu 2 kali, task itu dan ini, event itu dan ini, kumpul duit di sana sini, then bergembira bila pergi...

kenal-mengenali antara satu sama lain, impression pun berubah... perspektif dari seorang:

sebelum: saya rasa awak seorang yang macam susah nak mesra, cam takut la ngan awak..

selepas: rupanya awak ni kelakar...

and as for me, sebelum ni, ada seorang yang sangat tak suka la. rasa dia macam berlagak dan kerek, terfikir jugak, kenapalah ada budak ni sekali. tapi, it turns out that dia sangatlah seronok..macam seronok la jugak berkawan dgn dia... impression bertukar terus...

perkara ni dah beri pengajaran..it teaches me something, that we cannot judge people based on first impression. we never know someone unless we really know him/her, because there is more than meets the eye...tak boleh bersangka buruk...

kenangan semalam, harap terpahat dalam jiwa...walaupun dah banyak berkorban untuk itu, tapi tak kisah, kerana the after effect is better than expected. it does not worth anything, because it is priceless. we are more than friends.

we are family.

Saturday, October 25, 2008

dia roommate saya

saya nak cerita pasal roommate saya....

nama dia nurul adibah, orang panggil dia adib je..

saya sayang roommate saya, walaupun saya tak pernah luahkan dalam bentuk kata-kata.

dulu, saya takdelah sayang dia sangat, tapi sekarang sayang dia..

kenapa?

sebab dia sangat baik..

sebab dia selalu ingatkan saya kepada Allah...

sebab dia membantu saya sedar kembali...

sebab dia selalu kejutkan saya di awal pagi, supaya saya tak terlepas subuh..

sebab dia selalu bagi nescafe kat saya..

sebab dia selalu pinjamkan duit kat saya waktu saya terdesak....

sebab dia selalu belanja saya...

sebab dia selalu pinjamkan buku kat saya...

sebab dia selalu hantarkan bakul dobi saya...

tapi apa yang buat saya sayang sangat kat dia, 

dia tak pernah marah walau sekali pun dengan saya....

walaupun kata-kata saya kadang-kadang menyakitkan hati...

dia sentiasa sabar dengan saya...

tak pernah sekali pun dia meninggikan suara...

dan, 

dia tak jemu-jemu cerita pasal Islam pada saya..

dia mengajar saya sayangkan Islam..

dia sentiasa ajak saya kepada kebaikan...

kerana itu, 

saya sayangkan adib!

"Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah cahaya dan petunjuk kepada kami agar kami sentiasa tetap di atas jalan ini, ya Allah...Kuatkanlah kecintaan kami kepadaMu..."

Friday, October 24, 2008

Menanti di barzakh


Menanti di Barzakh

Ku merintih... aku menangis... 
Ku meratap... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali...
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri...
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari...
Nafas terhenti...
Tidak tergambar sakitnya mati...
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan 
di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis...
Ku merata... aku mengharap...
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata.





Wednesday, October 22, 2008

motivasi

beberapa hari yang lalu seorang kawan yang rapat datang menemuiku.

"erni, aku malas. tolong bagi motivasi kat aku."

wah, dah lama tak bagi motivasi kat orang. tiba-tiba teringat pula komen kinah.

"anda memang suka memotivasikan orang. tapi, kadang-kadang cara tak betul. lain orang, lain caranya"

kaki berhenti sebentar. bagaimana kalau tersalah cakap? 

tak kira.

tiba-tiba terfikir. aku memang suka memotivasikan orang. adakah aku menerima apa yang aku bagi tau kat orang untuk diriku sendiri?

aku bagitau orang supaya jangan bazir masa. 

aku bagitau orang supaya isi masa terluang dengan perkara berfaedah rather than lepak.

aku bagitau orang supaya mengutamakan akhirat lebih daripada dunia.

aku bagitau orang supaya jangan jadikan kerja perkara utama.

aku bagitau orang supaya sentiasa ingatkan Dia.

aku bagitau orang supaya jangan jadikan homeworks and assignments sebagai tuhan.

aku bagitau orang supaya ingat tujuan hidup kita.

aku bagitau orang supaya meletakkan agama di tempat utama.

now it's time to reflect.

Friday, October 17, 2008

malam ini..


malam ini, malam tanpa bintang.

malam ini, bulan tidak kelihatan.

malam ini, aku duduk seorang melayan perasaan.

malam ini, kegelapannya melemaskan.

malam ini, lampu neon tidak dinyalakan. 

malam ini, tiada manusia melintas di jalan.

malam ini...

malam ini, tiba-tiba aku memikirkan, 

keindahan alam ciptaan Tuhan.

Tuesday, October 14, 2008

lemah

kita cuma manusia lemah. tak berdaya nak buat apa-apa. tak berkuasa membina gunung. tak berkuasa memikul awan. kita cuma ada sepasang mata, sepasang telinga, sepasang kaki dan tangan, hidung, mulut dan sebagainya.

tapi kita tak sedar yang kita lemah. kita anggap kita hebat. kita mampu berbuat apa saja. 

kita mampu mendaki gunung, tapi kalau salji runtuh, macamana?

kita mampu bina bangunan tinggi, tapi kalau gempa bumi, macamana?

kita mampu terbang di atas awan, tapi kalau disambar kilat, macamana?

macam-macam perkara boleh berlaku. 

kita cuma manusia lemah.

kita mampu belajar, atas kurniaan akal yang diberi kepada kita.

kita mampu makan dan minum, atas nikmat yang diberikan kepada kita.

kita mampu menulis, sebab ada tangan.

kita mampu berjalan ke kelas, pasar, shopping mall, tengok wayang, pergi surau, sebab ada kaki. 

kita mampu tengok TV, tempat2 percutian menarik, bangunan tinggi, sebab ada mata.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" -Surah ar-Rahman.

kita tak pernah terfikir, macamana kalau kita takde kaki, 

macamana kalau kita buta, 

macamana kalau kita pekak,

macamana kalau kita takde tangan...

macamana nak hidup?

macamana nak jadi doktor, engineer, etc, etc....

macamana?

kalau kita tengok orang buta tepi jalan, apa kita buat?

tolong? atau tolong tengok?

cuba bayangkan kalau kita di tempat dia. hidup dalam kegelapan. hidup tanpa warna.

kita cuma manusia lemah.

kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan.

kita tak tahu apa yang akan terjadi di hari esok.

ambillah iktibar daripada semalam, belajarlah daripada hari ini.

kerana esok yang mendatang mungkin tak seperti yang kita sangkakan.

Friday, October 10, 2008

KEMAAFAN

Topic yang sering kali hangat dibicarakan semasa musim hari raya aidilfitri. Tapi, kemaafan bukan setakat di hari raya saja. Mulut kata maafkan, dalam hati geram. Selalu sahaja perkara bergini berlaku. Jadi saya ingin mendedikasikan entry kali ini kepada seorang, atau dua, atau tiga, atau empat, atau banyak, rakan saya. Kepada orang itu, kalau ada rasa, maka awaklah orang yang saya tujukan itu.

Kata-kata ini lahir daripada hati saya.

Saya memang suka menyindir.

Saya memang suka berkias.

Saya memang sinis.

Kadang-kadang, kalau saya buka mulut, ramai orang yang akan terasa.

Kadang-kadang saya memang berniat nak buat orang terasa dengan harapan mereka akan berfikir. Ya, kita kena mengingatkan, tapi mungkin ada orang akan argue tak kena caranya. Tapi kadang-kadang cara itu berkesan. Ada orang bagi tahu saya, kalau mereka terasa dengan saya, terutama dalam konteks tak buat kerja, mereka akan segera berfikir sendiri dan ambil yang positif.

Kadang-kadang saya memang tak sengaja. Saya nak cakap dengan lemah lembut dan kadang-kadang sindiran itu tidak perlu pun, tapi ada masanya akan terlepas begitu saja. Jadi, saya minta maaf ya.

Maafkan saya.

Dan kalau rasa saya melampau, cakap kat saya: “Erni, anda melampau!”.

Kalau saya melampau. Bukan anda yang melampau.

Kepulangan

Kepulangan ke kmb setelah 2 minggu cuti berhari raya memang tidak ditunggu-tunggu. Siapa yang tak nak sambung cuti? Namun, hidup perlu diteruskan jua. Belajar mesti diteruskan. Tapi, adakah jika kita berada di kmb, kita akan belajar? Tidak, dan tidak perlu pun (sepanjang masa). Hidup bukan sekadar mengadap buku. Hidup bukan sekadar menyiapkan IA (yang kini mengalami masalah besar—Flash tidak menyeronokkan).

Tapi, itu semua adalah tanggungjawab. Bukan suka-suka sahaja kita di kmb ini. Bukan di sini tempatnya untuk bersuka ria, bergurau senda. Kalau nak ceriakan diri, dan lepaskan tension, ada cara lain. Ada cara yang lebih baik. Carilah cara yang terbaik untuk anda. Bak kata kawanku Kinah, “lain orang, lain caranya”.

Mengapa kita perlu bertungkus lumus di KMB (termasuk institusi pengajian tinggi yang lain juga):

• Tidak membazir duit rakyat—kalau kita membuang masa dengan bermain game, tgk movie, datang lambat ke kelas, chatting semasa cikgu mengajar, etc, setiap saat yang kita bazirkan=sen duit yang dikeluarkan untuk kita.

• Tidak menghancurkan harapan ibu bapa—mak ayah nak tgk semua anaknya berjaya. Bukan sekadar dalam exam, tapi berjaya dalam pelajaran, disiplin, etika, moral, semua benda yang baik.

• Tidak menjadikan kita seorang yang pecah amanah. Belajar itu adalah tanggungjawab. Menjadi anak yang diharapkan ibu bapa itu satu tanggungjawab. menjadi seorang pemegang biasiswa itu satu tanggungjawab. Faham-fahamlah sendiri.

Banyak lg factor lain sebenarnya. Tapi, kita kena faham, belajar itu bukan sekadar menghadap buku dalam bilik, dan menjadi selfish. Ramai orang yang mementingkan diri kadang-kadang, dan menjadikan study dan assignment sbg alas an. Patutkah? Memang kadang-kadang tidak patut. Menyiapkan kerja adalah tanggungjawab, tapi ada tanggungjawab yang lagi besar. Kita kena pandai-pandai lah. Kata IB World School—pandai-pandai belaka. Kalau nak fikir benda simple pun tak pandai, urm... Tepuk tangan, orang kata gila. Tepuk dada, terbatuk pulak nanti. Tanyalah iman kita. Apa yang paling utama..

Sunday, October 5, 2008

BARU KE?




PERKARA YANG SAYA TAK SUKA TERHADAP LAPTOP BARU SAYA



1. Walaupun dia nampak macam tablet pc, tapi dia bukan tablet pc
2. Tak boleh masukkan CD
3. Tak muat masukkan earphone bersaiz biasa
4. Hanya ada 2 USB port, macam tablet pc saya yang dulu
5. Bateri tak tahan lama
6. Processor bukan Intel Centrino, like my previous Dell, which I think is better
7. Skrin senang melekat habuk dan cap jari
8. Keyboard tak selembut Dell
9. Touchpad susah digunakan
10. Akan shut down secara automatic jika laptop terlalu panas, dan laptop ini senang panas
11. Takde lubang untuk masukkan kabel telefon, jadi selepas ini kalau takde internet connection kat KMB, masuk lab IT pun tak guna
12. OS adalah Windows Vista



PERKARA YANG SAYA SUKA TERHADAP LAPTOP BARU SAYA



1. Saiznya kecil dan amat ringan, mudah dibawa ke mana saja
2. Boleh masuk SD card
3. Ada built-in camera, which my Dell doesn’t have
4. Sleek and shiny
5. Hard disk nye masih banyak free memory
6. Comel, secomel namanya HP Mini
7. Tak mengambil ruang yang banyak
8. It’s brand new



Apa pun, adalah tidak bagus untuk saya complain memandangkan laptop ini bukan kepunyaan saya. Walaupun telah banyak kali bertukar laptop, tapi saya rasa bertuah kerana dapat merasai bagaimana menggunakan pelbagai laptop dan mencuba sesuatu yang baru mengikut peredaran masa dan trend. Jadi, saya mendapat lebih pengalaman daripada orang lain!



Akhir kata, terima kasih abangku kerana meminjamkan laptop anda!



Bila agaknya saya boleh memiliki PC sendiri ya? Biarlah masa (dan wang!) menentukan.
Among Tablet PC, Dell Latitude and HP Mini, I like Dell the most!



Hihi.



Perkara yang paling tidak bagus akibat selalu bertukar laptop: transfer semua data penting ke dalam laptop baru, backup everything all over again, and in the end not everything can be transferred. Kali ni, gambar-gambarku di Cambodia terpaksa dikorbankan. Nampaknya terpaksa copy semula dari mereka. Seriously, I need an external hard disk!




Reminder to all: backup all data in your PC! At least 3 places—grandfather, father and son!

MILIK SIAPAKAH HATI INI?


Adalah diingatkan bahawa diskusi di bawah adalah tertakluk kepada cinta terhadap yang berlainan jantina sahaja (bukan mahram).

Tanda-tanda seseorang dilamun cinta:

1. Apabila kita melihat wajahnya, jantung kita akan berdegup kencang, seolah-olah baru sahaja memenangi marathon.

2. Apabila kita melihat dia senyum, hati kita akan mencair bak biskut almond London yang diletakkan dalam kereta selama 3 hari (panas).

3. Apabila kita berbuat salah, kita akan cepat-cepat meminta maaf kepadanya kerana kita takut dia akan membenci kita selamanya, sedangkan kita menunggu hari raya untuk meminta maaf kepada kakak kita setelah menengkingnya.

4. Apabila dia tidak ketawa semasa kita membuat lawak bodoh, kita akan cepat-cepat sorokkan muka kita di bawah meja kerana bimbang muka merah kita (akibat malu melampau) akan dilihatnya.

5. Apabila dia memarahi kita, maka kita akan pulang ke rumah dengan hati yang kecewa dan kemudian frust menonggeng selama tujuh hari tujuh malam.

6. Apabila kita menyuarakan pendapat kepadanya, kita akan berharap semoga dia memahami kita dengan seadanya, walaupun selama ni memang dia tak pernah nak faham kita.

7. Apabila kita suruh dia buat sesuatu dan dia tak buat, kita akan jadi emosional dan marah-marah tak tentu pasal kat dia dan orang lain macam PMS sahaja.(simptom ini bukan untuk perempuan sahaja. Dalam situasi cintan-cintun ni kadang-kadang lelaki pun akan bertindak seperti perempuan PMS jua—bagi sesiapa yang tak tahu PMS tu apa, sila rujuk Wikipedia, the free encyclopedia).

*Adalah diingatkan bahawa simptom di atas adalah berdasarkan pemerhatian saya yang berpengalaman sebagai kaunselor cinta selama beberapa tahun(yelah tu!!!). Simptom di atas mungkin berubah mengikut jenis darah, tekanan darah, kandungan gula dalam darah, kestabilan hormon dan tahap nafsu seseorang.

Pernah tak anda mengalami simptom-simptom di atas? Kalau pernah, besar kemungkinan anda dilamun cinta. Sesiapa sahaja boleh rasa begitu. Rasa seperti di awang-awangan, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, dan macam-macam lagilah. Kononnya, sedang dilamun cinta. Hai, begitulah ragamnya. Mungkin dah ramai orang tahu, tapi saya nak beritahu lagi—cinta yang hakiki hanyalah cinta kepadaNya, kepada yang Maha Esa.

Jika anda telah jatuh cinta, sila tanya soalan-soalan ini kepada diri anda:

1. Adakah aku mampu untuk menyekang nafsu aku selepas ini?

2. Adakah jantungku akan berdegup kencang kerana terpandang wajahnya atau berdegup kencang kerana takut dan bergetar hatiku setelah mendengar ayat-ayat Allah?

3. Adakah aku mampu untuk terus mengingati Yang Maha Kuasa atau selepas ini fikiran aku hanya terbayang wajahnya saja, kelembutan suaranya, keperibadiannya yang tinggi…?

4. Adakah aku hanya akan menyukainya dalam diam dan berdoa sahaja jika dia yang terbaik untukku atau aku akan cuba mendampinginya untuk mengenalinya dengan lebih dalam lagi?

5. Adakah aku akan membazirkan malamku dan kreditku dengan menelefonnya selama berjam-jam atau aku penuhkan malamku dengan mengabdikan diri kepadaNya?

6. Adakah aku akan ingat padanya setiap masa atau ingat padaNYA setiap waktu dan ketika?

7. Adakah aku akan berubah kerananya atau berubah kerana Yang Maha Esa (ini untuk kes “saya cintakan dia kerana saya nak berubah menjadi yang lebih baik”)?

8. Adakah aku akan terus bergelumang dengan maksiat (bagi yang extreme bercouple) atau mampukah aku meneruskan hubungan hanya dengan ikatan yang halal?

Bukan ini sahaja yang kita perlu tanya diri kita. Banyak lagi soalan yang perlu ditanya. Tetapi bukan soalannya yang penting, tetapi jawapannya, iaitu kata hati kita. Memang, kadang-kadang kita tidak boleh lari daripada cinta mencintai ini, tapi kita boleh berusaha untuk mengelaknya.

Bagaimana?

Tentulah dengan mengingati Allah sepanjang masa.

Cintailah seseorang itu kerana Allah (hek eleh, cakap senanglah!). ya, memang cakap senang, tapi kan kita ada Allah? Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mintalah pertolongan daripadaNya. Janganlah kita memalukan agama kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka. Kan dalam al-Quran Allah berfirman, dan janganlah kamu mendekati zina…

Ramai lagi orang yang boleh kita cinta, sayang. Contohnya, keluarga, ayah ibu, rakan-rakan terdekat, roommate, classmate, etc… dah cukup ke kasih sayang yang kita bagi kepada mak dan ayah kita? Akak dan abang kita? Adik-adik kita? Best friend kita? Sahabat?

Kalau kita ingat perempuan/lelaki yang kita cinta tu sangatlah baik, perfect, rajin, gentleman, dan entah apa-apa lagi pujian yang boleh buat orang termuntah… Ingatlah, cuma ada seorang saja manusia yang perfect. Dia sahaja. Siapa dia?

Mestilah Rasulullah s.a.w.

Kalau kita cinta lelaki/perempuan itu, kita akan dapat syafaat ke daripada mereka?

DAA!!MESTILAH TAK!!!

Tapi kalau kita cintakan Rasulullah, dia boleh berikan syafaat di sana nanti. Dan hanya pada diri Rasulullah sajalah contoh ikutan yang terbaik…

Tapi cinta dan sayang itu subjektif. Terpulanglah kepada fikiran masing-masing untuk mentafsirkannya. Kita dah dikurniakan akal fikiran kan… Bak kata kawan saya Asmak, “tepuk dada, sakit sendiri”.

Jadi apa yang perlu kita buat?

Sudah terang lagi bersuluh, kita mintaklah tolong…

“Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.” – (al-Fatihah: 5)

Dan, sudah cukupkah cinta dan sayang yang diberikan kepada ibu dan ayah anda, sebelum anda mencurahkan cinta dan sayang anda kepada orang asing?

p.s: jika ada saya tersalah kata, atau ada fakta tak betul, atau terasa, sila beritahu saya ya. Jangan pendam dalam hati saja, kita sama-sama membaiki apa yang patut… kepada rakan-rakan saya yang terdekat, sila ingatkan saya jika saya turut mengalami salah satu daripada simptom-simptom di atas.

SINIS DAN KIAS


Apakah maksud sinis? Menurut kamus dewan, sinis ialah mempersoalkan kebaikan, kejujuran orang dll, kata-kata bersifat mengejek, merendahkan orang lain.


Manakala kias merupakan kata-kata berbentuk teguran yang tidak membawa maksud sebenar.


Ya, mengikut kamus dewan di sini, sinis berbentuk negatif. Kias merupakan perkataan sebenar yang perlu digunakan untuk menggambarkan kata-kata orang yang dikatakan sinis.


Penggunaan bahasa Melayu yang betul perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


Jadi, kalau lepas ni nak cakap saya sinis, gunakan ayat ini: “Erni berkias rupanya!”


HAHAHA.

SUASANA HARI RAYA


Kedah dan Pulau Pinang: 1 Syawal disambut dalam keadaan banjir dan air memenuhi rumah - rumah mereka. Persiapan raya dibuat dalam keadaan serba sederhana kerana mereka lebih sibuk menyelamatkan harta benda akibat air yang semakin melimpah naik memenuhi kawasan rumah mereka.


Baghdad, Iraq: 1 Syawal disambut dengan letupan bom di sekitar kediaman mereka. Sejurus selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, penduduk dikejutkan dengan letupan bom yang telah mengorbankan 20 orang.


Somewhere in Malaysia: 1 Syawal disambut dengan penuh meriah. Pakaian baru dipakai, juadah tradisi iaitu rendang, ketupat, lemang dan dodol disantap dan sanak-saudara dan ahli keluarga yang jauh datang berkunjung. Kanak-kanak bergembira bersama kutipan duit raya dan baju baru. Anak-anak yang tinggal jauh di bandar pulang ke kampung.


Tidakkah kita sedar bahawa betapa bersyukurnya kita berada dalam keadaan aman damai dan dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga dan sahabat handai, sedangkan nun jauh di sana terdapat ramai lagi saudara kita yang sengsara. Ramai lagi rakan dan saudara kita di luar sana yang menyambut 1 Syawal tanpa kehadiran orang tersayang, yang telah pergi meninggalkan mereka buat selamanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yatim yang tidak dapat beraya bersama ibu bapa mereka? Adakah kita ingat saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik daripada kita semasa kita gembira menyambut hari raya?


Ramai yang hanyut dalam kemeriahan hari raya, hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Aku juga begitu. Tetapi, kita lupa, adakah kita telah menang dengan hanya menahan lapar dan dahaga selama sebulan? Adakah kita telah memenangi peperangan kita dengan syaitan dan hawa nafsu kita sendiri, jika kita kembali kepada diri kita sebelum ramadhan?


Peringatan ini untuk rakan-rakan dan diriku sendiri: kadang-kadang, nafsu yang telah ditahan selama sebulan akan meletus apabila tibanya hari raya. Jadi, untuk menyekang nafsu daripada berleluasa, marilah kita sama-sama berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal. InsyaAllah, kita akan dapat kembali berjuang melawan hawa nafsu dan mengembalikan semula suasana ramadhan yang telah berakhir. Masih belum terlambat untuk berpuasa.


Kalau tak silap, ada satu hadis Rasulullah yang mengatakan, kalau kita telah berpuasa di bulan ramadhan selama sebulan, kemudian kita sambung lagi selama enam hari di bulan syawal, maka ibaratnya kita telah berpuasa selama setahun. Nak berpuasa setahun, memang kita tak larat. Jadi, rebutlah peluang ini untuk menambahkan amalan kita. Semoga waktu ramadhan yang telah kita bazirkan itu sedikit sebanyak dapat ditampung dengan ibadah puasa sunat ini.

Friday, September 26, 2008

kawan-kawan


komen rakan-rakan sekelasku mengenai diriku:

  1. anda memang suka memotivasikan orang. tapi, kadang2 kita kena pilih teknik yg betul. lain orang, lain caranya.
  2. saya rasa kamu baik, pandai, suka menolong kawan dan sangat berterus terang. harap kamu dapat lebih menjaga hati kawan anda kerana ramai yang sudah terluka.
  3. miss bubbly~~
  4. bertekad menghadapi cabaran yang menghalang.
  5. erni comel, rajin, so smart, and so sarcastically funny
  6. you look all tough and garang on the outside but you're actually sweet and friendly once i got to know you
  7. always being positive, but sometimes you are fighting with yourself. and times, you tend to be cynical,but i can accept that, as long as it doesn't cross the border
  8. erni dah berubah! tp still maintain...
  9. brutal, gangster...ckp macam nak gado...tp sgt rajin dan berdisiplin
  10. pandai dan rajin  berusaha, tak takut mengeluarkan pandangan, lantang bersuara, tp seorang yang praktikal dan tak pernah mengikut emosi
  11. you are a good leader, but sometimes maybe awk macam bossy sangat..and kena consider jugak masalah orang lain and others opinion...and maybe awak kena perbaiki sikit cara awak berkomunikasi dgn orang...macam lebih lembut la...jgn terlalu brutal...
  12. sy rasa panggilan bos banyak mempengaruhi anda. kadang2 terlebih confident kot...
  13. kdg2 kata2 ko cam "pedas" sangat...kurangkan rempah, tambahkan gula!
  14. mak aku selalu cakap...tulah apa yang aku ingat pasal kau...erni yang aku kenal--rajin kot, sebab selalu je siapkan math. kumpulan matahari ko dah menyinar terang la. teruskan berusaha untuk semua.
  15. erni-kawan yang baik, suka gelak, kelakar, kdg2 memahami, a good listener...memang straightforward...overall, u r a good fren and i'm glad, sebab sekarang ni ko dah pandai control amarah ko...
  16. your mind is matured even though your personality isn't like that..you always think out of the box...
  17. smart and has intelligent point of views, kadang2 menakutkan...

17 komen berbeza tentang diri ini daripada 17 manusia berbeza yang belajar dalam kelas yang sama di sebuah kolej yang sama. ada komen yang membina, ada komen yang agak terkesan di hati... terutamanya part yang "kamu dapat lebih menjaga hati kawan anda kerana ramai yang sudah terluka". Ramai ke? Ramai kot...Manelah aku tahu, hati orang. Di luar nampak biasa, tapi dalam, hanya Allah yang tahu...

tak sangka kertas-kertas kecil begitu dah mampu buatkan aku mengalirkan air mata...bukan sebab kecewa, terluka atau terasa, bukan juga sebab hormon terlebih dan emo tak tentu pasal. tapi sebab hanya mereka yang betul2 care dan menyayangi saja yang dapat memberi komen yang datangnya tulus ikhlas dari hati. kalau nak diikutkan, boleh je salah sorang daripada 18 orang budak kelas N tu tak bagi cooperation dan tak take part dalam benda ni. tapi semua ok, dan semua berusaha untuk keluarkan kata2 yang datang dari hati demi classmates yang lain. 

garang?menakutkan? tak kisah... yang penting hanya kawan yang betul2 kawan je yang akan sedar yang there is more than it seems to be. bak kata nana (lebih kurang macam ni la ayatnya) "i am proud 2 have fwen like u guyz... sbb...the things that matter is when ur fwen xbtau pe yg die suppose to tell..bile kite btau kekurgn atau kelemahn yg de kt diri die..doesnt mean that kite xsyg kwn kite kn??? like u said..people dont know one's attention..and dat makes things so special..supaye hanye org2 yg btl2 hayati je bleyh tau pe mkne tsirat disebalik surat2 tuh.klo xsilap..de ayat dlm quran..beruntunglah org2 yg mengetahui..."

ya..kata2 pendek daripada 17 org tu boleh buat aku muhasabah diri...masih banyak kekurangan diri ini...bak kata wan, "little things, big effects". dia cakap lagi (sorry wan, ak quote ko) " anda sinis, erni.. anda rasa begitu?n benda ni efek orang..ada positif ada negatif..bg ku.. make sure ap yg jd, biar bermakna..after effect tu..we can't control the outcome..tp what comes before it kita bole kan?orang x tau pe kita nk buat...kita makhluk sosial..so, x ble nk elak dr berinteraksi..bila interaksi, akan berlaku kesan"

betul juga ya kata2 kawan2 aku ni... irp group member yang baik... yang pasti, kita perlukan kawan yang baik yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar...bukan kawan-kawan yang mampu merosakkan kita..aku bersyukur kerana aku sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang baik...yang kurang baik tu, kita baiki sama...

teringat perbualan dengan izzi dan mimi di Cambodia...

izzi: "erni, ko selalu cerita pasal classmate ko kan? aku selalu dengar pasal perkara tu la, perkara ni la..."

mimi: "haah, dia selalu cerita dengan gembira..."

izzi: "ko mesti sayang gle kat classmate ko kan?"

erni:"mestilah!"

aku sedar satu perkara: 

aku SAYANG semua classmate aku!!!

thanks everyone!

Thursday, September 25, 2008

tatkala malam bulan mengambang










dah pukul 1 pagi.. malam ni pun sebenarnya takde bulan...dah nak raya..dah nak muncul anak bulan... tengah2 check out blog org len, tbe....




"kak uda, jom p jalan TAR...cari baju raya..."




biar betul abang aku nih.. pukul 1 pagi?




"kak long, serius ke nak p cr baju raye ni? time2 camni? kedai bukak lagi ke?




"SERIUS..."




hoho.....nak ikut ke tak? malas nye..siang tadi dah jalan 1 hari... rase cam nak dok umah bace buku tOk je....




"jom la. nak x? ble lagi nak pilih baju raye?"




"ala, baju yg beli kat cambodia tu dah ade dah...malasnyer.....tapi..."




fikir punya fikir punya fikir...akhirnya...




"ok lah, jap ek, p siap dulu"




hoho! pegi jugak!




jam waktu tu dah pukul 1.15. jalan di kawasan kl agak lengang. tapi, bila sampai di kawasan jalan TAR, kelihatan agak ramai manusia berduyun-duyun membeli barangan sempena hari raya..




orang KL tak tido ke?




jalan-jalan beli baju raya memangla best, sebab dapat baju baru, tapi agak bosan dan mengantuk, terutamanya kalau berjalan dengan akak-akakku yang nak bargain punyalah lama dan tak dengar lawak bodohku. kalau jalan ngan kawan2, dorang layan je lawak2 bodoh 2, tapi akak-akak ni fokus je...mungkin lepas penat bekerja di siang hari.. pagi esok kena kerja lagi...so ape lagi, tengok orang jela kerja...




ade orang yang bersungguh-sungguh promote baju, ade lelaki 2 sanggup pakai baju kurung dan tudung semata2 nak promote baju nye...ade pak cik tu, nak yakin kan orang dengan produknya, tapi kurang meyakinkan.. ade yang bergurau senda, bergelak ketawa, dan macam-macam lagi...




saat itu, aku sedar....




aku sama je macam mereka... membazirkan ramadhan semata-mata kerana raya.. raya yang cuma sehari...raya yang tak bermakna kalau kita menghayati ramadhan betul2. sepatutnya semakin berakhirnya ramadhan semakin kita sedih..




kan bagus kalau instead of pegi shopping baju raya, kita solat sunat ke, tadarus ke....




aku sama je macam mereka....




tiada bezanya...



macamana nak laksanakan tanggungjawab?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
apa aku nak buat ni?
Allah, please help me....