Friday, August 29, 2008

REZEKI ITU DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK…

Dalam kesempitan wang dan berada dalam situasi kewangan yang agak genting, air mata ini hampir mengalir mengenangkan ketiadaan wang yang cukup untuk membayar pelbagai tuntutan sekolah dan komitmen lain. Tambahan pula baru-baru ini aku telah menghilangkan kamera orang. Not my fault entirely, but somehow I felt entitled to bear some of the guilt to take responsibility of the matter. Terkenang nasib kanak-kanak dan orang-orang Kampong Cham, Cambodia di mana mereka terpaksa berpuasa, mengemis kerana kekurangan wang untuk membeli makanan. Alangkah bersyukurnya kita di Malaysia yang cukup makan, ada tempat belajar yang selesa, tapi tak pernah menyatakan syukur. Kita mengaku kita bersyukur, tapi sebenarnya kita cuma hipokrit. Walaupun hutang berlambak, tapi kita masih ada sumber untuk makan, belajar, surau dan masjid di Malaysia pun cantik… ada yang dibuat daripada Kristal, besi, konkrit, macam-macam. Tapi sayang, waktu solat Jumaat je penuh. Waktu lain, hambar. Ini bukan kritikan, tapi pernyataan hakikat… 

 Berbalik kepada masalah kewangan tadi, kawanku yang baik, Ijah ada berkata: rezeki yang Allah bagi ada kat mana-mana aje. Kadang-kadang kita tak sedar pun. Walaupun nampak remeh, tapi rezeki Allah tak disangka-sangka. Mungkin kita miskin dari segi harta, tapi dari segi budi, dari segi nilai-nilai humanity, kita kaya. Ramai je orang yang miskin harta tapi ketaqwaanNya mengatasi orang lain. 

 Dunia ini hanyalah penjara bagi orang-orang mukmin… kesenangan dunia tak penting, yang penting ialah akhirat yang kekal abadi. Aku sendiri tak sedar kadang-kadang yang aku tak bersyukur dengan rezeki yang ada. Mungkin duit tak banyak, tapi Allah telah mengurniakan akal yang mungkin lebih peka dan sharp daripada sesetengah orang lain. Sometimes I forget that there must be something special within me that no one else has. Apa yang aku boleh lakukan ialah berusaha bersungguh-sungguh dan pastikan kejayaan yang aku dapat mampu mengubah nasib keluarga dan matlamat hidup aku supaya segala yang aku dapat nanti mampu membalas balik apa yang orang lain dah bagi. Adik beradik, ibu bapa, each of them have sacrificed for me. Sacrifice for other people, that’s what I need to do. My mother always said that we must always put others before ourselves. Selfishness must never cross our mind. 

 Kita berusaha untuk membalas jasa orang yang telah berjasa kepada kita. Sebagai tanda penghargaan… Allah pemberi rezeki kepada kita, dan kita perlu bersyukur kepadaNya. Bersyukur? Bukan sekadar mengucapkan “aku bersyukur” tapi perlu juga memanfaatkan rezeki/nikmat ke tahap yang maksimum. Penyalahgunaannya menandakan kita tidak berterima kasih.

2 comments:

Zarith Shafie said...

"Ini bukan kritikan, tapi pernyataan hakikat… "

aku rasa cam "kritikan terhadap hakikat" je..
btol x?
heh..
ku blom mampu tulis pape lg pasal kemboja aa..
blur.. or too much to tell.. or too tired to think kot..
or having other things to think first..
whatever.. huhuh...

majin said...

Kesyukuran itu memang amat sukar untuk dilihat, terutamnyanya di kalangan kita remeja. Diantara sebabnya pada pendapat saya adalah kerana kita terlalu bercita-cita tinggi. Dan cita-cita tinggi ini menyebabkan kita sentiasa inginkan yang lebih baik.

Termasuk diriku ini. Yang sedang ingin berubah.