Friday, October 29, 2010

kisah aku

Aku cuma manusia biasa. Aku adalah hamba yang banyak berbuat dosa. Aku hamba yang lemah. Aku berbuat dosa, lalu aku bertaubat, dan berbuat dosa yang sama berkali-kali, lagi dan lagi.
Aku takut suatu hari nanti andai aku mati dalam keadaan berdosa. Aku takut suatu hari nanti hatiku keras membatu lantaran dosaku seluas lautan. Aku takut Allah akan mencabut kembali hidayah yang diberikan. Aku takut sekiranya suatu hari nanti aku sudah bosan berada di atas jalan yang benar, kerana hatiku mati, hatiku beku, hatiku berkarat.

Aku masih terus menerus melakukan dosa. Aku masih tidak yakin dengan keikhlasan hatiku. Apakah ikhlas? Aku pun tidak tahu, mungkin kerana aku tidak pernah merasainya. Aku hamba yang hina. Aku tidak mampu mengangkat wajahku ketika mengangkat tangan untuk berharap kepadaMu, kerana malu. Aku malu dengan dosa-dosaku. Sedikit benar aku ingat kepadaMu. Aku mohon sangat2, aku tak mahu ke neraka. Harapan aku cuma satu, mahu bertemu denganMu.

Aku cuma takut, pabila nanti malaikat maut datang menjemputku, ketika itu tiada lagi peluang kedua, tiada lagi masa untukku berubah. Tiada lagi masa untuk mengumpul bekalan. Ketika itu, masa telah mati bersamaku.

Aku lihat manusia kini, begitu sayangkan dunia. Tiada langsung idea bahawa satu hari nanti, bumi yang cantik ini akan hancur. Gunung-ganang akan menjadi debu. Langit akan terbelah, lautan akan menjadi kering. Tiada lagi tempat lari. Tiada lagi pertolongan. Tiada lagi pasukan Mercy, Islamic Relief, datang membantu. Aku terfikir, bagaimana kesudahanku nanti.

Aku takut kepada Allah. Siapalah kita, hamba yang hina, mahu mengingkari Yang Maha Pencipta? Aku kadang-kadang lupa, ada yang memerhati, ada yang mencatat, setiap apa yang aku lakukan, katakan, rasakan, dan fikirkan. Dosa yang aku lakukan, terlalu banyak. Wahai Yang Maha Pengampun, ampunilah aku.

-Aku Yang Berdosa-

Tuesday, October 19, 2010

ikhlaskan hati

ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati.

kerana Allah.

dalam kesusahan, ada kesenangan. ada dalam surah al-insyirah kot. haish, jadi buat apa nak risau sangat. usaha sehabis baik. sehabis habis habis habis baik. jangan malas. dan amal apa yg dicakap. jangan cakap cakap cakap cakap cakap tapi satu habuk pun tadak.

:)

Tuesday, September 14, 2010

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan yg kita nak

tadi saya baca artikel ni: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-yang-kita-perlu-dan-yang-kita-nak/#more-2958

wah, betul la apa yg dia kata. Allah bagi apa yg kita perlu. Jadi, bila Allah uji kita, Allah tahu yang itu perlu bagi kita. Mungkin untuk menguatkan jiwa kita, mungkin untuk uji keikhlasan kita. God works in a mysterious way in which we cannot understand.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).Surah Al-Baqarah ayat 214.
kita kata kita manusia luar biasa. kita kata kita produk tarbiyah. kita kata kita yakin dengan Allah sepenuhnya. jadi, bila ditimpa ujian, kenapa mahu bersedih, kenapa mahu depress, kenapa mahu mengurung diri, kenapa mahu marah, kenapa mahu give up?

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana Allah sentiasa menguji saya, kerana Allah mahu saya berharap kepadaNya sahaja. redha itu perlu. tawakal itu perlu. sentiasa bersangka baik dengan Allah itu perlu. kita manusia. kita tak faham kenapa. tapi Allah maha Mengetahui. Allah tahu segalanya yang terbaik buat kita.

Ujian yg kita hadapi sekarang tak sehebat pun dengan apa yg generasi zaman Rasulullah, zaman jahiliyyah dulu. takkan la baru gagal sekali dah nak give up. tidak, kau tak selemah itu, erni. Allah bagi peluang untuk kita melalui kesusahan, agar kita lebih bersyukur dengan kesenangan dan kelapangan yang selama ini kita rasai. walau macam mana susah pun kita, ingatlah yang dekat tempat lain, ada orang yang lebih susah daripada kita. ada orang yang kena berlapar setiap hari, ada yang terpaksa tahan kesejukan, ada yang kena tembak, rumah kena bom, family kena bunuh, tapi ada yang sentiasa sabar.

Allah kata pertolongan Dia dekat, asalkan kita terus bersabar. Sabar, dan sabar lagi. Orang yang sabar lebih tinggi darjatnya. Bila kita diuji dan lepas ujian tu, Allah nak bagi peluang kat kita untuk tingkatkan iman kita sebenarnya. Itu yang kita perlu, dan kadang2 apa yang kita nak, sebenarnya akan menjauhkan kita daripadaNya. Kita tak tahu, tapi Allah tahu.

Kalau kita ingat Allah, hati kita akan tenang. jadi dalam kesusahan, kena sentiasa ingat Allah. Alhamdulillah.

Syurga itu mahal, jalan dakwah itu bukan mudah.

Kawan2, doakan saya ye.

Saturday, September 11, 2010

:((

menghadapi ujian paling besar dalam hidup, lebih teruk daripada accident.
makin lama, ujian makin berat. tapi takpe, semua ni yang akan mematangkan kita.
kita hidup untuk akhirat.

Saturday, August 21, 2010

Thursday, August 19, 2010

of exam, taqwa and taubat

Hari ini saya rasa saya sangat lalai. saya kurang ingat Allah hari ni. saya kurang stadi. saya buang masa. tiba-tiba saja fikiran melayang. saya fikir itu ini. saya bazirkan masa di internet, bukak facebook, twitter, baca email, youtube, dan macam2 lagi yang membuang masa. sikit itu boleh, tapi kalau da banyak2 jadilah membuang masa. saya rasa kecewa sebab peperiksaan dah hampir, last shot for me. kalau saya gagal yang ini, nauzubillah, habislah saya. saya tak sanggup nak fikir apa akan jadi.

sebab tu saya berdoa dengan sepenuh hati, sepanjang masa supaya saya lulus peperiksaan kali ini. tapi kenapa hari ini begitu melalaikan dan tak produktif. di bulan ramadan lagi. orang ramai berlumba-lumba beriktikaf di masjid. orang ramai berlumba2 baca quran. tapi saya baca quran sikit. satu juzuk sehari lah pencapaian paling baik, sedangkan orang lain khatam berkali-kali. (wow.) dalam hati saya tersimpan hasrat, lepas exam saya nak buat macam2. saya tak nak bazirkan masa langsung, saya nak kumpul pahala banyak2.

saya admit saya rasa sedikit malas hari ni. tiba-tiba, terlintas kat hati saya, untuk rasa sangat bersalah, rasa sangat kosong, rasa sangat berdosa. saya kena mohon ampun daripada Allah sebab saya banyak buat dosa, saya bazir masa, saya lalai, saya lupa. saya rasa bersyukur sangat1000x sebab Allah masih bagi lagi saya rasa macam ni. saya tak nak hati saya jadi macam batu, bahkan lebih keras lagi, macam dalam surah al-hadid tu. saya sedar, saya manusia yang mudah lupa, mudah lalai, saya tak bernilai langsung, kalau Allah tak bagi petunjuk. saya akan jadi macam semut, yang kalau dipijak, mati. macam tu je, dikuis ke tepi oleh tangan2 manusia lepas mati. no value. tiba2 ditakdirkan Allah terbaca entry ni, kat blog orang ni: pasal exam.

wah, terbuka mata, hati dan minda. tiba2 tersentak dan terfikir. hidup ni adalah exam. examiner kita ialah Allah. Allah Maha Melihat. (tengok sini.) pernah dengar tak cerita pasal perbualan antara Saidina Umar al Khattab dan Ibn Ka'ab : bila umar tanya kat ka'ab pasal taqwa, dia tanya balik, "pernah tak kau jalan dekat tempat yang penuh duri?" dan ditanya bagaimana, saidina umar jawab, Umar said that he would carefully walk through after first having collected all loose and flowing clothing in his hands so nothing gets caught in the thorns hence injuring him. Ka’ab said, “This is the definition of taqwa, to protect oneself from sin through life’s dangerous journey so that one can successfully complete the journey unscathed by sin.” (source: sini).

kenapa kita tak nak berusaha bersungguh2 untuk exam dunia dan akhirat? dunia dalam tangan, akhirat dalam hati, kan. kena la ada dua2. ramadan, pun exam untuk kita. life is like a series of examinations. kalau pass, masuk syurga. kalau fail, masuk neraka. no resits. no 2nd chance. tapi, dekat dunia, selagi malaikat maut belum datang menjemput, masih ada 2nd chance, untuk memperbaiki diri. taubat.

hari ni saya jumpa ayat ni:

" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu, dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. iaitu,
-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit
-dan orang yang menahan amarahnya
-dan memaafkan (kesalahan) orang lain.
Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.
-dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
-dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."
(3:133-135)

Saya rasa bersyukur sangat hari ni, sebab daripada exam resit satu paper 2 jam 100 soalan mcq 9 pbl cases on cardiorespiratory fitness yang kecik ni, macam-macam rupanya tarbiyah Allah kepada saya. macam-macam saya belajar. macam-macam yang saya sedar. rupanya, Allah bukan saja nak suruh saya bersabar, redha atas segala keputusan. tapi, saya belajar pasal taqwa, taubat, pengharapan kepada Allah, ingat mati, doa, mensucikan hati, dan banyak lagi yang mungkin saya sedar ataupun tak.

saya cinta Allah lebih daripada segala-galanya. saya bersyukur Allah masih bagi peluang kepada saya memperbaiki diri saya hari ni.

Ramadan penuh barakah dan rahmah,

Erni Bidin,

Manchester.
10 Ramadan 1431.

Sunday, August 15, 2010

nikmat ujian

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'innalillahi wainna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(al-baqarah, 2: 155-157)

Setiap kali saya rasa macam susah, mesti saya akan ingat ayat ni. bagi saya, ayat ni memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam hidup. memang, tak ada sesiapa yang akan terlepas daripada ujian. semua orang pernah rasa kan; takut, lapar, takde duit, jiwa kacau, macam-macam. tapi sejauh mana kita bersabar, itu yang diambil kira.

Kadang-kadang kita lupa yang dengan ujian seperti itu, yang akan mematangkan kita. In the end, ujian-ujian inilah yang menjadikan kita lebih tabah dan lebih sabar menghadapi cabaran. Memang senang bila cakap dekat orang lain, "oh, bersabarlah, sesungguhnya ini adalah ujian daripada Allah", tanpa kita betul2 rasa seperti mana orang tu rasa. jadi, kenapa bila kita ditimpa ujian, kita bersungut, kita mengeluh, kita bersedih, kalau kita pandai cakap kat orang supaya bersabar, dan bahawa ini semua hanyalah ujian? well, that's something to ponder.

ramadhan datang lagi. mungkin kedatangan ramadhan kali ini merupakan satu ujian buat kita. ujian untuk istiqamah. sama ada selepas ramadhan kita masih 'baik' seperti semasa ramadhan. alangkah ruginya bila kita tak 'pass' ujian itu. kita tak mahu kita gagal dalam peperiksaan akhir tahun, tapi kita membiarkan diri kita gagal ujian istiqamah ini, tanpa ada usaha yang lebih.

saya rasa, bagi saya, pulang ke manchester merupakan ujian yang besar bagi saya. mana taknya, jejakkan saja kaki ke manchester, teringat macam2 benda yang tak menggembirakan. kisah depression tahun lalu, kisah post traumatic stress disorder, kisah kesunyian, kisah yang tak best. sampai saja di sini, terasa tidak gembira, mungkin sebab masih teringatkan ayah yang sakit di rumah. mungkin juga teringatkan ramadhan di malaysia yang lebih 'best'. apa pun, saya masih tak sedar sesuatu yang penting, sampailah sorang kawan saya ni comment kat facebook, "things happened for reasons". wah, ayat pendek yang membuka mata saya.

malaysia= comfort zone bg saya. manchester= penuh dengan memori duka (cewah) dan memang sangat tak comfort zone. Allah uji berkali-kali dengan perkara yang sama, sebab saya masih tak belajar sesuatu. saya masih tak 'pass' sepenuhnya ujian2 tersebut. saya faham sedikit sebanyak sekarang, kenapa saya di sini, seorang diri, tanpa teman berbuka, tanpa teman belajar bersama, tanpa mak ayah, tanpa makanan best, etc etc. Mungkin Allah nak tapis, sama ada saya betul2 ikhlas keranaNya ataupun tak. sama ada saya betul2 hanya cinta Allah, sebagaimana yang saya kata. dan mungkin ada perkara lain, yang saya tak sedar.

apa pun, apalah sangat ujian ini jika nak dibandingkan dengan saudara2 di tempat lain, yang mungkin ramadannya sangat menyedihkan. mungkin tiada ibu ayah di sisi kerana mereka telah syahid, mungkin tiada makanan untuk berbuka puasa, apatah lagi bazar ramadan yang mewah makanannya. pernah terfikir pasal saudara2 kita di palestin, pakistan, dan anak2 yatim yang mungkin lebih sedih daripada kita? pernah? pernah? kadang2 dalam kesenangan kita lupa orang lain. kita lupa banyak perkara. jadi saya bersyukur kerana saya rasa sedikit 'kurang best' daripada orang lain.

i love Allah.

Erni Bidin,

Manchester.

Saturday, August 7, 2010

look into my eyes

semua orang ada benda yang mereka takutkan. ada yang takut hantu, ada yang takut tempat tinggi, ada yang takut mati, ada yang takut labah-labah, takut air, takut naik kereta, takut naik kapal terbang. macam-macam. the list is neverending. saya pun tak dapat describe dengan perkataan perasaan takut. semua orang mengalaminya dan semua orang akan faham rasanya.

semalam, saya bercerita pasal ketakutan yang saya alami kepada kawan saya mimi. (mimi lagi! takde orang lain ka). secara jujurnya banyak benda yang saya takutkan. takut nak balik manchester, takut nak exam lagi 2 minggu, takut belajar medic, especially bila dah makin meningkat yearnya, takut nak jadi doktor, takut takut takut.

tiba-tiba hari ni saya dengar lagu ni. macam ni lirik dia.

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters
oh, tajuk dia: look into my eyes. by outlandish.

sebenarnya mesej lagu ni nak sampaikan kepada orang-orang di luar sana, especially orang Amerika pasal nasib rakyat2 Palestin. Kalau tengok video klip dia, mereka gambarkan kanak-kanak kecil Palestin macam dalam cerita 'Little Red Riding Hood' versi moden dan askar-askar Israel sebagai serigala.

tapi, apa yang membuatkan saya sedar tentang ketakutan saya ialah

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

tiap-tiap hari kita bangun pagi dalam keadaan aman, tak kisah apa., kita kisah oh pagi ni breakfast apa, nasi lemak ke, mi goreng ke, nasi goreng ke; sedangkan mereka yang berada dalam keadaan macam ni, bersyukur kalau pagi ni mereka hidup lagi, dan keluarga mereka masih ada bersama mereka, untuk hidup mungkin sehari lagi sahaja. point penting nye ialah dalam keadaan begini, kesedaran yang mati akan menjengah bila-bila masa sangat tinggi berbanding kita yang leka dalam kemewahan kita, dalam keamanan ini. jadi mereka lagi bijak daripada kita, walaupun kita belajar tinggi2 sekali pun, sampai kena naik kapal terbang 14 jam nak pergi belajar, sebab orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati, betul tak?

kita bimbang dan takut pasal pelajaran kita, sama ada kita boleh pass exam ke tak, kena repeat paper ke tak, kena balik awal ke tak untuk resit exam, sedangkan banyak lagi perkara yang kita kena bimbangkan. mungkin lebih baik kalau kita stop fikir pasal kepentingan diri sendiri dan fikir pasal kepentingan orang lain pula. kalau semua orang nak fikir pasal diri sendiri, apalah nak jadi dengan dunia.

come on, people. wake up. the ummah needs us. stop thinking about small matters because we have bigger problems ahead of us. Palestin masih belum milik kita sepenuhnya.

Friday, August 6, 2010

nak mula berubah senang, tapi nak kekal dalam perubahan itu susah

image source: here
hari ini, 7/8/2010, saya dan MIMY nak mulakan hidup baru. banyak sangat benda yang kami kena perbaiki dalam hidup kami yang singkat ini, dan ini merupakan satu step kecil untuk kami mula. bila bersembang dengan mimi tadi, terfikir beberapa perkara. muncul beberapa kekesalan dalam hidup. memang tak guna kita kesal, tapi perlu untuk kita sentiasa muhasabah diri.

macam-macam benda yang kami nak ubah dari diri kami. tapi perubahan pertama yang saya rasa penting bagi saya cuba untuk terus buat ialah, niat. nampak mudah, dan perkara biasa. nak buat sesuatu kena tukar niat. niatkan kerana nak dapatkan rahmat dan keredhaan Allah. ikhlas. kita lakukan sesuatu bukan sebab nak impress manusia, kepuasan diri, etc, tapi kerana Yang Maha Esa. Macam mana tu? Saya rasa semua orang pun tahu macam mana, cuma sama ada buat atau tak, itu persoalan utamanya. Mudah saja niat tu boleh mempengaruhi sama ada amalan kita ni, sia-sia atau sebaliknya.

sekarang ni saya tengah sibuk mengulangkaji pelajaran, untuk peperiksaan 23 hb ni. mudah saja usaha saya ni jadi sia-sia, kalau saya niatkan untuk diri saya sahaja, belajar kerana exam bukan kerana Allah. bila kita niatkan semua kerana Dia, kita akan jadi lebih bersemangat, ya tak? Astaghfirullah. Kena istighfar banyak2, sebab kadang2 kita terlupa kan. manusia memang mudah lupa. tapi, manusia ada hati dan akal, mudah juga sedar kalau diberi peringatan, insyaAllah.

saya dah tak nak malas lagi. sejak habis IB, saya rasa saya dah jadi malas. saya lima tahun lalu, dengan saya sekarang, saya rasa dulu saya sangatlah rajin. rajin baca, rajin belajar, rajin macam2 la, kenapa sekarang malas? kita tak boleh malas. malas tu membantutkan produktiviti, dan memberi peluang kepada syaitan masuk cucuk jarum acupuncture nya.

mungkin dengan keazaman baru saya boleh berubah. sedikit demi sedikit tu takpelah. tahu tak, sebenarnya orang yang mahu berubah secara mendadak, dan mahu segalanya sempurna dalam bayangannya, tanpa mahu berusaha sedikit demi sedikit, merupakan orang yang paling banyak procrastinate.

saya tak mahu hidup dalam dunia bayangan. sedar tak, kadang2 kita ni hidup dalam dunia bayangan? kita membayangkan kejayaan kita, atau kita bayangkan kita buat banyak kerja, atau bayangkan kita kaya, atau bayangkan semua benda2 yg best, kadang2 yang far-fetched, sedangkan kita tak buat apa2. tu namanya berangan. tak bagus berangan ni. boleh merencatkan emosi dan memberi kesan secara psikologi.

disiplin boleh dibentuk dalam diri, asalkan kita ada motivasi yang sangat tinggi dan kita berusaha sedaya upaya tidak akur kepada nafsu kita. sedar tak, kalau kita tunduk kepada nafsu banyak sangat, akan ada kesan kepada produktiviti kerja, dan kebolehan kita mendisiplinkan diri.

apa pun, marilah kita berusaha supaya hari esok lebih baik daripada hari ini. kalau tak, celaka lah kita.

mari berubah dan mari lakukan perubahan.

p/s: saya dah tukar nama blog saya. dah penat bertanya apakah? jadi saya dah tukar nama. nama blog saya, phalaenopsis equestris var leucaspis merupakan nama saintifik bagi sejenis orkid. kalau nak bg hadiah hari jadi kat saya, bolehlah bg bunga ni. hihi.



Friday, July 16, 2010

fenomena cuti summer

kebelakangan ni ramai rakan2 saya yang bagitahu saya mereka busy. busy dengan JOM, busy dengan predeparture yang lain, busy dengan jaga family, busy dengan kenduri, busy dengan aktiviti ziarah, dan busy dengan kemalasan jiwa. macam2 orang busy, walaupun cuti summer.

ada orang busy dengan mengorganize macam2 program bermanfaat. macam2 majlis ilmu mereka pergi. ada orang busy membantu keluarga, kemas rumah, basuh baju, mop lantai, jaga adik, hantar adik pergi sekolah, beli barang rumah, masak, lipat kain, sibuk menolong orang lain dan dalam masa yang sama mengumpul pahala. ada orang keluar ke sana, keluar ke sini, dengan harapan dapat menambah iman, menambah ilmu, berjumpa dengan orang ramai untuk merapatkan ukhuwah, sanggup berkorban sampaikan family pun jumpa sekejap saja, sibuk bekerja mengumpul bekalan untuk akhirat jua, dengan harapan family mereka pun dapat sedikit tempias pahala dan rahmah.

ada orang lain pula, busy jumpa kawan, pergi karaoke, lepak mamak, tengok bola, pergi tengok movie, jalan-jalan cari makan, ronda-ronda kota raya. ada orang pun busy berehat di kerusi malas di depan laptop dan tv. ada orang busy makan tido.

in the end, ada orang habiskan summer mereka dengan mengumpul saham akhirat. ada orang habiskan summer mereka seolah-olah selepas mati tiada lagi hidup yang kekal abadi.

tapi, ingatlah kawan2, kadang2 busy macam mana pun kita, yang penting adalah keikhlasan. ada orang terlampau busy sampaikan terlupa yang kita buat semua ni, ilmu yang kita kumpul ni, kerja yang kita buat ni, yang diharapnya menjadi bekalan ke akhirat nanti, akan jadi sia-sia, dan buang masa, kalau niatnya bukan untuk Allah. kalau buat kerja sebab nak bangga, kalau buat kerja sebab nak rasa hebat, kalau buat kerja sebab nak keseronokan, sia-sialah bazir masa. baik dok rumah tido. tu pun bazir masa. sama jela. takyah berpenat lelah buat itu buat ini.

hati-hati dengan hati. hati kawal emosi. hati kawal pemikiran. hati bersih, mudah untuk serlahkan keikhlasan. ikhlas. ikhlas. ikhlas. tu penting.

selamat beramal.

Tuesday, June 29, 2010

muhasabah result exam

rasanya dah lama tak update blog ni. dah hampir2 mati dah blog ni. last sekali update masa nak exam final semester 2. lepas dapat result barulah ada post lain. result saya taklah "flying colours" macam orang lain. dan boleh dikatakan teruk jugalah. dalam sejarah hidup saya rasanya inilah result exam paling teruk pernah saya dapat.

walau bagaimanapun, saya tak adalah sedih sangat. atau terlampau kecewa sampai menangis 7 hari 7 malam. tidak sama sekali. hidup perlu diteruskan. dan berusaha lagi dan lagi supaya lepas ni dapat improve result exam. terima kasih lah kepada sebahagian rakan2 yg asyik memberi tazkirah, mungkin tak mahu saya kecewa sangat, padahal happy je. sebab saya rasa sangat bersyukur sebab result saya teruk. ada second chance untuk saya improve lagi. ada masa lagi untuk prepare supaya saya dapat perform lebih baik lagi.

kita belajar bukan sebab nak lepas exam ye rakan2. exam tu cuma satu medium je untuk uji kita punya kefahaman dari semasa ke semasa. exam bukanlah Tuhan. ada orang sanggup bunuh diri, kecewa berhabis2an, ungkit dari semasa ke semasa result examnya yang tak memuaskan, sampaikan mereka menganggap exam itulah yang segala-galanya dalam hidup. bukan.

sebelum exam, kita doa banyak2 mintak Allah bagi yang terbaik untuk kita, kejayaan kepada kita etc. dan usaha sehabis baik. lepas result keluar, haruslah diingat yang bukan sebab performance kita yang mantap kita akan berjaya, ataupun sebab pemeriksa kita dpt markah tinggi atau rendah. semuanya ketentuan Allah. Allah lebih tahu. jadi tak guna kita menyesali diri sendiri, marah diri sendiri, atau yg lebih teruk, marah kat Allah sebab bagi kita result yg kita tak nak. mestilah Allah knows best. daripada kita sedih, cuba kita duduk kejap, istighfar, dan muhasabah, fikir yang apa yang kita dpt tu adalah yang terbaik untuk kita, dan mestilah ada kebaikannya, untuk kita jugak. kalau kita ikut perasaan saja, mestilah kita akan fikir macam2 benda buruk. carilah ketenangan dalam doa dan dalam ingatan kepada Allah.

kepada kawan2 yang belum dapat result exam, sabar, and prepare yourself, just in case. ingat Allah lebih berkuasa dan lebih mengetahui daripada kita, examiner, sape2 lah.
kepada junior2 kmb yang bakal dapat result IB pun, ingatlah, kita dapat fly ke, kita x dapat fly ke, insyaAllah itulah yang terbaik untuk kita, dan tak kira apa pun yang terjadi, bersyukur aje. ingat ramai lagi orang yang x dapat peluang nak belajar, yang lebih teruk lagi keadannya daripada kita. mestilah rezeki tu masing2 punya, tapi, kadang2 kita kena sentiasa ingat yang lebih unfortunate supaya kita lebih bersyukur. dan apa2 pun yang terjadi, Allah knows best.

good luck.

Friday, May 14, 2010

it's easy to forget, but it's not that easy to remember

Encik Tony Buzan kata dalam bukunya The Memory Book, yang memori manusia ni sangat mengagumkan. Manusia mampu mengingat benda yang SANGAT banyak, dan memori tu mampu stay dalam otak untuk jangka masa yang sangat lama. Masalah bg sesetengah orang pula, bukanlah process menyimpan memori, tetapi satu process yang dipanggil recall.

Kenapa saya bercakap pasal memori secara tiba2?

Kerana saya mengalami masalah besar dalam process recall yang sangat penting itu, especially utk seorang medical student. Dan ya, exam lg 2 hari.

Selamat menjawab peperiksaan untuk semua.

Semoga berjaya.

Love,

Erni Bidin.

Tuesday, May 4, 2010

JOM!

JOM! Kita bersedia

Anda semua adalah pelajar yang akan ke UK/Eire?

Masih samar-samar mengenai kehidupan yang bakal anda hadapi?

Ibu bapa anda risau mengenai keadaan anda nanti?

Keliru untuk memilih program predeparture?

ANDALAH ORANG YANG KAMI CARI!!

Kami mewakili pihak Majlis Syura Muslimun UK/Eire(satu persatuan yang berdaftar dengan Malaysia Student Department,MSD) berbesar hati menjemput anda menghadiri predeparture kami buat julung-julung kalinya yang akan diadakan pada 26 Julai – 28 Julai 2010 di Lembah Klang.

Apa beza kami dengan program predep lain?

· Kami mempunyai wakil dari setiap universiti major di UK/Eire

· Program ini santai, bermaksud tiada aktiviti formal. Jiwa remaja perlukan santai dan kami remaja memahami perasaan remaja.

· Mengumpulkan pelajar dari banyak kolej persediaan

· Program ini adalah percuma. Tiada masa untuk kami berlawak. Kami serius, program ini adalah percuma.

Tempat terhad

Daftar segera di http://www.journey- of-a- muslim.com/

Jumpa anda semua di sana.

Saturday, May 1, 2010

mari mari



maklumat lanjut:

booduck_sg2903@yahoo.com

atau comment je kat bawah ni.

Monday, April 26, 2010

indonesia relief mission 2010.




teringat zaman2 promote utk sehati serumpun kemboja dulu.

anyway, ni bukan project saya. saya tolong promote je.

maklumat lanjut pasal ni: http://irm10.blogspot.com/


Saturday, April 24, 2010

apa yang saya dah buat

sedar tak sedar, dah berapa bulan dah berada di manchester ni.
dah nak habis satu tahun pengajian.
dah nak exam semester ni.
dah nak balik malaysia. (oops, dua bulan lagi.)

tapi,

apa je yang saya dah buat kat sini?

belajar? belajar takde la banyak sangat. semester 1 punya test dah membuktikan yang saya belajar sangatlah sedikit berbanding orang lain.

menulis blog? post tahun ni tak sebanyak post tahun lepas. dah la asyik berhenti berblog sahaja.

dakwah? yang ni lagilah sedikit. apa je yang saya dah buat berbanding dengan orang lain. orang lain macam2 yang dah dibuat, macam2 program dia pergi. macam2 yang dia organise. macam2 orang dia dakwahi. macam2 benda dia buat. tapi saya, masih lagi di sini. dengan ilmu yang tak seberapa ni, dengan ilmu yang kebanyakannya tak jadi amal pun.

jadi apa yang saya dah buat?

saya pun tak tahu, dan walau apa pun yang saya dah buat, masa tu tak mungkin datang balik. tak mungkin saya boleh rewind balik dan isi masa tu dengan benda2 ni.

honestly, saya kecewa dengan diri sendiri.

tapi, apa yang saya belajar daripada ni, tak guna kita compare diri kita dengan orang lain dan berharap sangat dengan orang lain. last2, kita yang akan kecewa. jangan harap orang akan datang, ajak kita ke situ, ajak kita ke sini, mari buat itu, mari buat ini. sebab mudah saja kita boleh dilupakan. yang pastinya, in the end, kita akan keseorangan juga. orang yang ada Allah sebagai peneman, insyaAllah dia akan dapat mengharungi apa saja, walaupun sorang2. orang yang jadikan syaitan dan hawa nafsu sebagai peneman, dia akan lebih hampir kepada kegagalan, miserable, dan berbagai masalah emosi yang lain.

bukan senang nak melawan syaitan, dan bukan senang nak melawan diri sendiri. kita akan sentiasa bertarung dengan diri sendiri. tapi, orang yang sentiasa berdamping dengan Allah, orang yang selalu ada Allah dalam hatinya, orang tu tak akan kisah pun apa pun yang berlaku, sebab dia akan yakin dengan pertolongan Allah. walau apapun kesalahan yang dia lakukan dulu, dia akan minta keampunan dengan segera. sebab orang yang dah hampir lemas dengan dosanya sendiri, lebih2 lagi bila dia keseorangan, dia akan hanyut dalam dosa itu, dan siapa tahu, mungkin kesudahannya pula akan begitu. nauzubillah.

kadang2 ada situasi, yang kita tak perlukan orang lain, cukuplah hanya Allah dalam hati.

dan harap2 kita tak termasuk dalam golongan ini:

" Belum tibakah waktunya bagi orang2 yang beriman, untuk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku ) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik. "

(al-hadid, 57: 16)
bacalah maksud seluruh surah al-hadid ni dan hayati. moga terkesan di hati. supaya kita tak lalai lagi.

Dan, Allah kata, orang2 beriman tak perlu rasa lemah, dan tak perlu rasa sedih.

sekadar renungan di pagi hari.


Sunday, April 11, 2010

internet

internet tu penting. internet tu bagus. internet tu memudahkan. internet menyebabkan kita up to date. kalau xde internet, x lengkap hidup kita. internet oh internet.

saya pun rasa internet itu bagus. saya rasa internet itu berguna. saya rasa internet itu penting. saya rasa saya dah banyak habiskan masa dengan perkara2 yang tak berguna dan lagha dengan kemudahan internet yang ada.

saya tinggal sorang2 di hall. jadi, peneman saya ialah internet. tapi saya tak sedar yang sebenarnya peneman saya ialah syaitan. sebab syaitan selalu hasut saya untuk membuang masa dan melaghakan diri menggunakan perantaraan internet. kadang2 saya menang, kadang2 saya kalah, sebab saya sedar yang iman saya tak cukup kuat. saya tak nak daripada hanyut terkapai2, kemudian terus lemas dan mati.

jadi, saya akan ajar diri saya supaya gunakan internet untuk benda2 penting sahaja. tak mati kalau xde internet. saya akan cabut kabel internet, simpan kat dalam almari selama seminggu. saya hanya akan pasang internet seminggu dari sekarang, iaitu hari ahad depan, untuk cek email penting dan cek jadual sekolah. nak tinggalkan internet pun kena mujahadah. saya rasa saya tak sampai lg tahap menggunakan internet untuk perkara2 berfaedah sahaja, dan saya rasa untuk buat itu saja perlukan training. saya tak mahu bazir masa saya dan menyesal di kemudian hari.

jadi lepas ni, kalau saya bosan, saya akan keluar rumah dan berehat di park, melihat alam, kerana sekarang sunny dan it's spring! yey. alhamdulillah. best. no more internet. for the rest of the week. dan saya akan cuba untuk buat begitu setiap minggu.

jadi, rakan2. kalau ada perkara penting, sila call. +44 7969 576 545.

atau mesej.

sila doakan saya berjaya.

Wednesday, April 7, 2010

Di Bawah LangitMu

langit di newcastle..


Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
Dan Bertasbih Semua

Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta Dan Kasihmu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak Abadi
Semua Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali

Friday, April 2, 2010

lub dub



lub dub, lub dub, jantung berbunyi.

bila ada perkara yang exciting, menakutkan, surprising, dan macam2 lagi, jantung akan berdenyut dengan laju.

pernah tak kita rasa setiap denyutan jantung tu untuk Allah? dan bila kita letakkan tangan di dada, dan rasa sendiri denyutan demi denyutan, kita ingat Allah.

sangatlah best kalau kita dapat rasa macam tu.

kalau kita jatuh cinta, jantung akan berdenyut dengan laju.

i think i fell in love.

Thursday, March 18, 2010

Demi Masa

jantung kita berdenyut sebab Allah punya kuasa. dan setiap denyutan jantung kita hanya untuk Allah. Hidup ini hanya untuk Allah. Sama lah dengan makan, minum, berjalan, berlari, belajar, semuanya kerana Allah. Barulah jadi ibadah. Bukankah kita hidup hanya untuk beribadah?

dan kalau kita kata kita hidup hanya untuk Allah, kita sepatutnya tak ada masa lapang untuk diri kita sendiri. Hamba tak ada masa untuk melayan kehendaknya sendiri. Hamba tak ada masa untuk bersenang lenang sebab hamba hanya hidup untuk memenuhi kehendak tuannya. Bukankah kita hamba?

Masa lapang sepatutnya tak ada dalam kamus seorang daie. Kenapa? Sebab masa yang ada untuk buat kerja dakwah pun tak cukup. Tapi, nanti penatlah. Asyik kerja je. Sedangkan orang yang bekerja pun ada cuti. Takpe. Kita berehat kat syurga nanti. Tak perlu rehat kat sini. Hidup ni sekejap je, hidup ni persinggahan aje. Hidup di dunia ni semata-mata nak kumpul bekalan untuk akhirat. Akhirat tu selama-lamanya. Wah, kita pun tak dapat bayangkan selama-lamanya tu macamana. Tak ada masa pun untuk kita rehat sebenarnya. Banyak lagi kerja kena buat. Ramai lagi orang kat luar sana yang tak sampai pun lagi Islam pada mereka. Ramai lagi yang tak tahu siapa tuhan mereka. Ramai lagi yang tak paham untuk apa mereka hidup. Jadi, boleh ke kita kata yang kita nak bersenang lenang. Sekejap aje, sekejap aje. Allah dah bagi peluang untuk kita berehat. Solat kan untuk kita berehat daripada dunia kejap dan recharge balik tenaga dan minda kita.

Tak ada masa untuk kita berehat bukak Youtube, tengok muzik video terbaru artis ni la artis tu la, tak ada masa untuk bukak Facebook lama2 sia2, tak ada masa nak catch up episod drama terbaru, tak ada masa untuk perkara2 jahiliyyah. Kerana perkara2 ini akan melambatkan kita.

Bila fikirkan, umur saya dah 20 tahun. Apa je yang saya dah buat selama 20 tahun ni? Apa je sumbangan yang ada untuk agama. Apa je yang saya dah buat untuk menegakkan islam. Apa je.

Manusia itu sentiasa dalam kerugian.

Nak ke kita termasuk dalam orang yang rugi.

Orang yang rugi, tempat mana yang sesuai untuk mereka?

Orang yang hidupnya semata-mata untuk Allah, mana pengakhiran mereka?

Mana kita nak?

Thursday, March 11, 2010

berhenti

saya nak berhenti daripada berblog.

buat seketika.

aim semester ni: x nak dapat low pass lagi.

selamat berjaya semua

Monday, March 1, 2010

kelakar ke?

kelakar ke bila seorang kawan datang kepada anda dan kata dia depressed, kemudian, anda mempermainkan kenyataan tersebut dengan kata-kata yang anda tak sedar mampu menambahkan lagi kesedihan rakan anda?

kelakar ke bila nanti kamu2 semua dah jadi doktor, dan pesakit datang bagi tahu masalah, lepas tu kamu gelakkan dia dan mempermainkan dia?

kelakar ke?

mungkin orang yang depressed tu fikir negatif aje memanjang. tapi yela, kalau dia fikir positif je memanjang, takdela dia depressed.

Saturday, February 20, 2010

depression

dulu saya sangat rajin. orang pertama dalam kelas yang siapkan homework maths. orang yang rajin baca buku. orang yang rajin buat nota. orang yang rajin belajar. macam2 jenis rajin lah.

dulu saya sangat suka cakap, bolehlah dikatakan peramah. tapi makin lama makin pendiam. makin lama makin introvert. makin lama makin malas nak bersosial. makin lama makin sukar untuk mengkespresi diri.

dulu saya sangat positif. sume perkara yang berlaku bolehlah ditangani dengan bijak dan positif. hidup ini begitu gembira sampaikan orang lain punya masalah pun saya dengan hepinya boleh tolong selesaikan. dulu orang2 yang kurang gembira akan datang meminta nasihat daripada saya, kerana saya rasa saya agak pandailah memberi kaunseling kepada orang2 yang memerlukan. dan kalau orang tanya apa strength saya, saya akan katakan saya sentiasa berfikiran positif dan mempunyai motivasi diri yang tinggi.

tapi,

sekarang mana perginya kerajinan, mana hilangnya keceriaan, mana hilangnya pemikiran positif yang biasanya bertapak dalam minda saya ni? kemana perginya wisdom untuk menyelesaikan masalah? kemana perginya interest terhadap benda2 lain, concentration, fokus. semuanya dah hilang. tertinggal kat kmb ke? hurm, mungkin tak. jangan nak salahkan kmb. orang lain ok je.

saya tak pernah rasa macamana itu stress, sebab saya percaya kita tak perlu stress, asalkan kita berfikiran positif dan merancang masa dan kehidupan seharian dengan bijaksana. sampailah satu masa, saya terpaksa menguruskan beberapa perkara dalam masa yang sama, sampaikan dah tak larat dah nak buat kerja, sampai dah tak larat nak berfikir, sampaikan dah tak larat. tak larat.

oh, macam ni ke stress? tak suka. tak mahu rasa stress lagi.

lepas habis IB, mulalah kehidupan sebagai medical student. oh, bukan mudah. there is no easy way. there is no slacking, there is A LOT to learn. more stressful dengan PBL yang ntah ape2. bagus, in a way, tapi silap langkah sikit dan tertinggal walau seinci ke belakang, amat sukar untuk cepatkan balik pace. sampaikan orang lain dah tinggalkan jauh, kita masih terhegeh2 dan tersemput2 mengejar, dan hilang motivasi sama sekali utk terus mengejar. sampai satu masa kita akan rasa penat mengejar. dan tak mahu lagi bergerak langsung. saya rasa itulah yang berlaku pada saya.

masa semester satu, banyak kali jugak ponteng lecture, padahal lecture tu cuma 5 jam je seminggu. pbl beberapa kali tak pergi. sebab demam dan macam2 lagi. kadang2 rasa tak sihat sikit je, tapi sebab tak berdaya lagi mengangkat kaki kerana frustration melampau semasa pbl dan kelas anatomy menyebabkan bertambah tidak semangat nak belajar. sampai satu masa, terfikir, mungkin medicine bukan course yang sesuai utk saya. mungkin takde keinginan langsung pun nak belajar medic. mungkin boleh pack barang balik malaysia dan belajar kat universiti yang ada kat malaysia, ambik course lain. mungkin saya dah pilih course yang salah. bila fikirkan, kalau lepas medical school, akan jadi doktor, rasa takut. dan cuak. takut dan cuak adalah sama. makin mengurangkan keinginan untuk belajar.

ah, erni, cepat betul nak mengalah. kalaulah dulu Rasulullah berputus asa sampaikan dakwah, takkan sampai Islam kat kau sekarang.

betul juga. kenapa nak rasa putus asa, sedangkan perjuangan baru bermula. baru semester satu. baru start aje, dah nak quit. erni bukan quitter. erni lebih tabah daripada tu.

macam2 rasa, rasa sedih, rasa hopeless, lonely, rasa macam diri ini adalah failure, rasa macam2 yang negative. nak cakap ngan seseorang, tapi xde orang. and i'm not used to feeling weak. semua orang tak percaya kalau kata tengah sedih, atau depressed. erni kan ceria selalu. nak keluarkan air mata pun dah penat. penat untuk menangis. penat rasa sedih. penat. penat.

hari ni result exam keluar. dapat low pass aje. honestly dah bersedia untuk fail dan resit. alhamdulillah pass jugak. walaupun cukup2 makan. tak sedih sebab low pass aje, walaupun orang2 lain dapat lagi tinggi. x kisah la. we get what we deserve. dah bersyukur sangat2 sebab pass aje. tapi bila family kata, sedih bila tahu low pass aje, sikit lg nak fail, tbe2 sedih. yela, mungkin diorang tak pernah kecewa dengan result exam. mungkin dorang tak tahu walaupun dapat honours sekalipun, that doesn't mean you're a better doctor than those yang dapat just satisfactory. result exam cuma menentukan you know more than somebody else. only a portion of it which counts on you being a better doctor than the rest. bertambah depressed dan sedih bila fikirkan.

hari ni pergi jumpa doktor. dia diagnose masalah ni as depression. quite a high score as well. if this continues kena amek antidepressants and undergo psychotherapy. wah, tak sangka seteruk ni. therapy? drugs? masalah besar juga ni. aku sakit rupanya. jiwaku sakit.

mahu merawat jiwa yang sakit. mungkin hubungan dengan Allah dah semakin jauh. sebab tu jiwaku sakit. jiwa yang sakit akan membuatkan fizikal pun sakit. sebab tu asyik sakit2. concentration dan fokus hilang. mungkin boleh tambahkan fokus ketika solat. interest yang hilang, kena cari dan kutip semula.

tapi, tak ada manusia yang faham seorang manusia yang lain. tak ada manusia yang boleh atasi masalah manusia lain. saya boleh bercakap dengan kawan2 terdekat, family, senior tutor, academic advisor, counsellor, gp, dan macam2 orang lagi, tapi cuma boleh tolong saja, tak boleh selesaikan masalah. mereka boleh bagi suggestion, dan dengar masalah, tapi tak boleh selesaikan.

Dia The Almighty je boleh. that's the main thing that i learnt after suffering from depression for 4 months and post traumatic stress disorder for almost a year.

jadi, mahu mengasingkan diri daripada dunia luar buat seketika. facebook dah diactivate, ym dan skype tak mahu bukak dah, cuma nak bukak email uni sekali sekala tgk ape yg penting. dan mungkin phone boleh dihubungi. moga2 bila mengasingkan diri daripada dunia luar ni dapat menjumpai sesuatu.

kawan2, doakan saya x depressed lagi.


Monday, February 15, 2010

9 cara kuatkan diri dan jiwa

rujuk surah al-muzammil, surah ke 73.

1. bangunlah (utk solat) pd mlm hari.
2. bacalah al-quran dgn perlahan-lahan.
3. bacaan waktu malam lebih berkesan & bangun malam lebih kuat mengisi jiwa.
4. sebutlah nama Tuhanmu dan beribadatlah kepadaNya dengan sepenuh hati.
5. bersabarlah dengan apa yg mereka katakan dan tinggalkanlah mereka dengan cara yg baik.
6. ingat hari akhirat.
7. beri pinjaman kpd Allah pinjaman yg baik.
8. berbuat kebajikan.
9. dan mohonlah keampunan kpd Allah.

Monday, January 18, 2010

exam

...

endocrinology
genetics
osseous tissue & bone structure
pelvis perineum, upper limb lower limb anatomy
lymphoid+immunology
psychology
pharmacology
physiology
ageing
neoplasia

...

ah, tak habis stadi lg!!!
cuti punyalah lama, tapi start study betul2 5 hari sebelum exam.
macamana ni?
distinction nampak begitu jauh..
sekarang ni dah bersyukur sgt2 kalau dapat satisfactory aje.
ah
ah
ah
...

moga2 dipermudahkan semuanya olehNya.

walaupun tinggal 2 hari, masih belum terlambat utk study semua ni.

rakan2, doakan saya ye.
oh, goodluck juga kepada orang lain yg exam.

Thursday, January 7, 2010

because of you

kadang2 tertanya, kenapa nak jadi doktor? jawapan cliche, nak tolong orang, nak berbakti kepada masyarakat, dulu saya ada nampak kawan saya accident, die cedera tapi saya tak boleh nak tolong apa2, dulu nenek saya sakit alzheimer, saya nak jadi doktor dan cari cure penyakit tu, saya nak jadi doktor sebab doktor orang yang respectable dan dipercayai, almost noble dalam masyarakat, bla bla bla.

kenapa nak datang uk? owh, the university of manchester ranked 3rd only behind oxford and cambridge in research. owh, kena pergi uni yang berprestij. nak pergi yang lebih berprestij mara x hantar pulak, lagipun bukan senang nak pass interview. manchester pun ok lah. uk kan up sikit daripada malaysia, dapat menimba pengalaman baru, di negara yang baru, bla bla bla.

biasanya kita selalu dengar, biasanya pasangan yang bercinta la, oh, saya buat semua ni sebab awak, saya sanggup redah snow tebal 15 cm demi cinta kita. saya sanggup bungee jump sebab awak. buwek. saya nak berjaya sebab mak saya dah banyak berkorban untuk saya. saya nak balas jasa keluarga saya, guru saya, kucing saya, arnab saya, dan sebagainya.

kadang2, saya terfikir. kenapa nak jadi doktor sebenarnya, kenapa nak datang sini sebenarnya. mungkinkah lebih baik ambik course lain sahaja. kadang2 terfikir, cool nye tgk orang2 yang ambik course literature la, music la, film studies, journalism, kenapa la aku stuck ambik course medic yang tak exciting dan tak adventorous ni. kelas dull aje. belajar pasal badan manusia. communication. ape lah sangat. pergi jumpa hospital. nanti bila dah jadi doktor, kena jumpa pesakit setiap hari, bila memikirkan pasal tu, jadi cuak. merasakan jadi doktor tu sebagai kerja yang menakutkan. kenapa? sebab responsibility nye yang banyak ke? atau bidang kerja yang memberi impak kepada hidup orang lain? boleh tak kalau nak rewind semula, tukar course. tak nak ambik medic. boleh tak? sepanjang hidup tak pernah ada cita2 nak jadi doktor, jumpa doktor pun tak suka, tak nampak the thrill. seolah2 hidup ni cuma untuk mencari thrill.

tapi.

kalau end post di sini mesti akan ada orang comment. "inilah yang terbaik."

memang betul. tapi, kadang2 mulut kata begitu, hati kata lain. senang sungguh hati itu nak berbolak-balik, senang sungguh syaitan nak masukkan jarum dalam hati yang bergolak.

ya, memang ini yang terbaik, tak semestinya kalau saya ambik course lain saya lagi gembira. tak semstinya kalau saya belajar kat malaysia ke, alaska ke, hatta antartika sekalipun, saya akan berjaya kalau itu bukan yang terbaik. semua benda ada sebab. sebab Allah dah tentukan. terpulang kepada kita nak percaya atau tak., nak ambil pengajaran atau tak, nak bersyukur atau tak. dan amatlah beruntung orang2 yang bersyukur. dan mengambil pengajaran.

kita hidup bukan untuk mencari thrill. kita belajar bukan untuk mengimpress sesiapa. kita redah lautan bukan kerana cintakan seorang manusia kerdil lemah dan hina. kita pergi berjalan bukan sebab best. kita pergi bukan sebab nak jumpa kawan semata2, tangkap gambar, post kat facebook sahaja, bukan untuk tayangan dan untuk kebanggaan semata, bukan untuk pengalaman saja, bukan untuk belajar sahaja.

kalau difikirkan, hidup ini bukan free. kena bayar. apa yang paling precious? nyawa? tu bukan milik kita beb. Dia punya. perasaan kasih sayang? siapa yang bagi rasa tu?

Jadi, kita hidup bukan untuk bersuka ria. kita kasihi seseorang tu bukan semata-mata sebab cinta kat dia.

sebab tu lah dalam hadis 40, hadis yang pertama tu :
" Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya."

Tuesday, January 5, 2010

Dear Mom

I’m feeling tired today
Left alone in the room hugging a pillow
Touching my phone distracted my mind
It’s lonely to eat tonight

Suddenly, i was frightened by the ringing phone
my mom’s worried voice asked if i’ve eaten
these words annoyed me but today it’s different
The forgotten promises are remembered

I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

Though I’ve made hurtful wrong choices
You silently watched over me from behind
But now I think more than an innocent child
The meaning of mom’s silent prayers

I will be a person with pretty heart
And become a person who is selfless
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I think of mother who used to share my dreams and brush my hair

What will i do, yet my heart is small
Can I do better without holding mother’s hand

I’m afraid that it will still lack
I’ll be a wise daughter of my mom (Give me the courage)
I will be a proud daughter no matter where I go (You’ve been there for me)
I’ll keep the love of my mother’s wishes
I’ll show endless love
I’ll have a warm heart
I’m shy to express to mom

That I really love my mom


p/s: Ini adalah lirik lagu, bukan sajak aku buat.aku x reti buat sajak.

Monday, January 4, 2010

aku dah hampir 20 tahun

biasanya kalau sebut new year, mesti ada new resolutions. azam baru setiap tahun baru. setiap tahun renew azam, sebab yang tahun sebelumnya tak tercapai pun. eh, jangan fikir negatif sangat, ada je orang yang mampu laksanakan azam mereka.

tahun 2009, banyak perkara menarik berlaku. habis IB, alhamdulillah dapat fly, ke manchester pulak tu, jadi medic student, accident, dapat 41, dan macam2 lagi la yang berlaku. semuanya memberi impact dalam hidup. even every little details give impact to one's life. cuma kita sedar ataupun tak je. the butterfly effect.

azam tahun baru kali ni, unlike tahun sebelumnya, cuma satu aje. azam tahun lepas panjang berjela. siap buat list, post kat blog and even tampal kat dinding bilik kat kmb dulu. tapi tahun ni, satu je.

NAK ISTIQAMAH.

dalam semua benda la, tak kisah la belajar ke, ape ke, semua benda yang baik. sebab rasanya itu benda yang paling susah sekali, bagi saya, nak laksanakan. kadang2 cakap je senang, tak pun, plan je yang hebat, semangat berkobar2 tu mula2 aje, tapi last2 hampeh.

selamat tahun baru semua.