Sunday, August 15, 2010

nikmat ujian

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'innalillahi wainna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(al-baqarah, 2: 155-157)

Setiap kali saya rasa macam susah, mesti saya akan ingat ayat ni. bagi saya, ayat ni memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam hidup. memang, tak ada sesiapa yang akan terlepas daripada ujian. semua orang pernah rasa kan; takut, lapar, takde duit, jiwa kacau, macam-macam. tapi sejauh mana kita bersabar, itu yang diambil kira.

Kadang-kadang kita lupa yang dengan ujian seperti itu, yang akan mematangkan kita. In the end, ujian-ujian inilah yang menjadikan kita lebih tabah dan lebih sabar menghadapi cabaran. Memang senang bila cakap dekat orang lain, "oh, bersabarlah, sesungguhnya ini adalah ujian daripada Allah", tanpa kita betul2 rasa seperti mana orang tu rasa. jadi, kenapa bila kita ditimpa ujian, kita bersungut, kita mengeluh, kita bersedih, kalau kita pandai cakap kat orang supaya bersabar, dan bahawa ini semua hanyalah ujian? well, that's something to ponder.

ramadhan datang lagi. mungkin kedatangan ramadhan kali ini merupakan satu ujian buat kita. ujian untuk istiqamah. sama ada selepas ramadhan kita masih 'baik' seperti semasa ramadhan. alangkah ruginya bila kita tak 'pass' ujian itu. kita tak mahu kita gagal dalam peperiksaan akhir tahun, tapi kita membiarkan diri kita gagal ujian istiqamah ini, tanpa ada usaha yang lebih.

saya rasa, bagi saya, pulang ke manchester merupakan ujian yang besar bagi saya. mana taknya, jejakkan saja kaki ke manchester, teringat macam2 benda yang tak menggembirakan. kisah depression tahun lalu, kisah post traumatic stress disorder, kisah kesunyian, kisah yang tak best. sampai saja di sini, terasa tidak gembira, mungkin sebab masih teringatkan ayah yang sakit di rumah. mungkin juga teringatkan ramadhan di malaysia yang lebih 'best'. apa pun, saya masih tak sedar sesuatu yang penting, sampailah sorang kawan saya ni comment kat facebook, "things happened for reasons". wah, ayat pendek yang membuka mata saya.

malaysia= comfort zone bg saya. manchester= penuh dengan memori duka (cewah) dan memang sangat tak comfort zone. Allah uji berkali-kali dengan perkara yang sama, sebab saya masih tak belajar sesuatu. saya masih tak 'pass' sepenuhnya ujian2 tersebut. saya faham sedikit sebanyak sekarang, kenapa saya di sini, seorang diri, tanpa teman berbuka, tanpa teman belajar bersama, tanpa mak ayah, tanpa makanan best, etc etc. Mungkin Allah nak tapis, sama ada saya betul2 ikhlas keranaNya ataupun tak. sama ada saya betul2 hanya cinta Allah, sebagaimana yang saya kata. dan mungkin ada perkara lain, yang saya tak sedar.

apa pun, apalah sangat ujian ini jika nak dibandingkan dengan saudara2 di tempat lain, yang mungkin ramadannya sangat menyedihkan. mungkin tiada ibu ayah di sisi kerana mereka telah syahid, mungkin tiada makanan untuk berbuka puasa, apatah lagi bazar ramadan yang mewah makanannya. pernah terfikir pasal saudara2 kita di palestin, pakistan, dan anak2 yatim yang mungkin lebih sedih daripada kita? pernah? pernah? kadang2 dalam kesenangan kita lupa orang lain. kita lupa banyak perkara. jadi saya bersyukur kerana saya rasa sedikit 'kurang best' daripada orang lain.

i love Allah.

Erni Bidin,

Manchester.

5 comments:

khadijah rusli said...

salam mak cik teh
waa sedih pun ade bc post nie
bangga pun ade
hehehe insya Allah ujian Allah itu tarbiyah tuk kita
supaya kita boleh mereflex balik muntalaq kita..

betul2...suka ayat alia
"things happened for reasons"

saya syg erni yg dah nak exam..all the best..

mimyliana said...

erni

saya sayang awk juga.

buku tarbiyah zatiyah tu mengharukan. sy baca ayat yang sama berkali-kali. rasa cam nak post kat awk bagi awk baca

sy nak lawat awak bila smpai leeds nanti :)

teh bunga chrysanthemum said...

wah..sayang korang jugak!!!!

Zarith Shafie said...

sjak bila jadi teh ni eh?
lama sudah x jenguk blog ko.
wuwuwu~

rumah mmg agak comfort zone la..
membuatkan ku rasa x sabar nak balik Ncl.. tapi sememangnya macam ko in a way, sana macam ada tendency utk berduka, but somehow ada satu bentuk kenikmatan dari situ yang memanggil2 ku balik..
anyhow,
bersabarlah.
ku x ingat surah apa..
"La tahzan.. innAllaha ma'ana."
surah awal2 gak....

Aliah said...

sifuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!

i love you!!!

things happened for reasons ;)

moga Allah beri awak kekuatan, ameen..

wait for my visit to Manchester!!!!