Thursday, July 2, 2009

renungan pendek

semasa menyalin semula nota2 lama, saya terjumpa beberapa informasi berguna dalam buku nota, koleksi ceramah-ceramah khamis malam jumaat yang diadakan tiap2 minggu di kmb. mujurlah ada nota sedikit, kalau tak mesti dah tak ingat isi-isi ceramah. walaupun ada yang tulis beberapa baris sahaja (biasalah, kalau dah sampai tengah2 ceramah tu ada tendency untuk terlelap seketika, especially kalau penceramah tu membosankan dan pelajar-pelajar KMB yang bajet pandai semuanya nak memberikan pandangan masing-masing semasa ceramah berlangsung yang mengganggu tumpuan orang yang nak mendengar). antara isi-isi yang menarik perhatian saya hari ini:

mati, boleh dalam :
  • husnul khatimah (cahaya yang baik)
  • su'ul khatimah (malaikat menyentap nyawa dan roh dibungkus, busuk dan dihadapkan kepada Allah, lalu Allah menempelak roh mereka, kemudian disoal oleh Munkar & Nakir dalam kubur, dan ditunjukkan jalan ke neraka bagi mereka)
mesti kita tak nak mati dalam keadaan su'ul khatimah.

moga kita semua mati dalam keadaan husnul khatimah.

sekadar renungan pendek.

No comments: