Sunday, August 2, 2009

erni bidin ialah seorang budak yang kurang ajar

erni ialah seorang yang kurang ajar. dah banyak kali dah aku dengar. erni seorang yang antisocial. erni seorang yang susah nak didekati dan difahami.

erni contoh yang tak baik pada budak kecik. erni selalu duduk tak sopan. duduk atas kerusi selalu angkat kaki. "eh, jangan buat macam tu. nanti budak2 ni ikut. nanti kalau pergi rumah orang dibuatnye macam tu." thup.thup.thup. kaki dihentak dengan kuat tanda protes.

erni tak dengar cakap orang. kalau orang tegur, erni selalu buat muka. erni suka menunjukkan tanda protes. erni suka bersikap tak matang. erni degil. yelah, macamlah kau tu dengar cakap orang sangat. ya. erni memang tak suka dengar cakap orang. dia lagi suka dengar kata hati dia. apa yang dia nak, dia akan dapatkan. apa yang dia nak buat, takde orang boleh larang. erni tak suka buat apa yang orang suruh dia buat, erni suka buat apa yang orang tak bagi buat.

erni tak suka bercampur dengan orang. kalau kat ruang tamu ramai orang berkumpul, dia akan masuk bilik main komputer. kalau ada orang dalam bilik main komputer dia akan turun bawah tengok tv bila takde orang kat bawah. kalau ada orang datang rumah, dia akan masuk bilik dan tidur. tak salam pun orang. kurang ajar punya budak.
bukan kurang ajar, tak nak dengar je apa orang ajar. kalau dah ramai orang sangat kat ruang tamu, buat apalah erni nak menyemakkan lagi tempat yang dah semak tu. kan bagus tengok cerita kat internet daripada tengok rancangan yang dia tak suka tengok. kalau dah orang guna komputer tu, baiklah tengok tv je, masa ni lah nak conquer tv. ya, erni memang tak suka kalau orang datang rumah. lagi-lagi kalau lelaki datang. malas nak pakai tudung, tukar baju, pakai stokin. baik menghilangkan diri je. alah, orang takyah kenal siapa dia. dia bukan reti sangat cakap dengan orang. buat semak je.

erni sebenarnya ada masalah komunikasi. erni tak suka kalau orang tahu pasal diri dia. erni susah nak percaya orang, bukan sebab orang tu, tapi erni memang tak suka kongsi masalah dia ke apa dengan orang. dia takut kalau orang tahu rahsia dia. erni tak suka membebankan orang lain. erni suka dengar masalah orang, sebab erni ada peluang untuk selesaikan masalah tu. hobi erni ialah menyelesaikan masalah. sebab tu lah erni nak jadi doktor, sebab doktor selalu berdepan dengan banyak masalah.

erni tak pandai sangat berkomunikasi dengan orang. susah bila dia nak jadi doktor nanti. itulah gunanya pergi belajar di medical school. komunikasi itu adalah skill yang boleh dipelajari. duh..kalau tak pandai, belajar.

erni ada banyak kelemahan. orang lain pun sama. tapi, itu je yang orang pandang. apa yang orang nampak cuma apa yang tak baik. lagi senang nak cerita keburukan orang daripada kebaikan orang tu. ramai orang nampak erni sebagai seorang yang kurang ajar dan susah didekati. dah, kalau dia pun tak nak dekat ngan erni, nak kata erni susah didekati. sungguh ironi. atau paradoks? entahlah, erni dah lupa malay A1.

ini refleksi diri erni. teringat, satu ketika dulu, kawan erni kata. "aku dah setahun lebih kenal erni tapi aku tak pernah kenal erni yang sebenar. tak tahu pun apa yang ada dalam kepala dia." baguslah. erni suka kalau orang tak tahu apa yang dia fikir. misteri. nanti kalau orang tahu, habislah. ada banyak benda yang erni tak mahu orang tahu pasal diri dia. dan orang lain pun sama, dan ini dipanggil privacy.

kita tak payah bagitahu orang sangat masalah kita, sebab dah cukup lah kita bagitahu pencipta kita. orang tak akan faham kita. menurut pengalaman saya, biasanya kalau saya mintak pendapat orang, orang akan bagi apa yang takde kaitan dengan apa yang saya nak. jadi, orang tak faham. takpelah, masalah kita, selesaikan sendiri, dah besar kan. bukan erni tak percaya orang. mungkin dia yang tak percaya diri dia sendiri.

after all, nobody is perfect.

fin.

4 comments:

Anonymous said...

insyaALlah erni..kita berubah untuk menjadi lebih baik..~~

adib said...

salam
wahh..menarik kisah erni neyy..walo bagaimanapun,ex-rumate erni tetap percaya yang erni sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik

walupun kita tak mungkin jadi perfect, berusahalah nak jadi seperfect Rasulullah..that's d only way kita nak jadi sehabis perfect di hadapan-Nya

"Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah"-33:21-

adlan wafi said...

post ni sgt menarik dan menang anugerah post yg paling byk perkataan ERNI...hehe

NaMa SaYa ErNi!!! said...

haha..terima kasih adlan di atas award itu...